بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Segala puji bagi Allah, aku memuji, memohon pertolongan, meminta keampunan serta berlindung kepadaNya dari kejahatan diri aku dan keburukan aku. Segala puji adalah hanya layak untuk Allah sahaja tuhan sekalian alam, yang memiliki Araysh yang Agung. Aku serahkan diri aku kepadaNya setiap saat. Selawat dan salam ke atas junjungan yang mulia, kekasih, penghulu manusia Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam.
Ini merupakan tulisan pertama dalam sejarah hidup aku. Tujuan diwujudkan blog ini tidak lain hanyalah untuk mendekatkan diri kepada Allah dengan menghimpunkan segala nota dan maklumat yang aku pelajari sejak tahun 2008.
Adapun diri ini masih merangkak untuk mengetahui ilmu Allah yang luas ini. Diharap rakan-rakan dapat menegur salah dan silap yang dilakukan.
Semoga saya dan rakan-rakan mendapat kebaikan darinya, dan kita nanti dihimpunkan di dunia dan akhirat bersama dalam keadaan baik.
Abu Hud Fhaiq Amrie al Mi'maariy,
Putrajaya.
إنَّمَا العَالِمُ هو صالِحُ الخُلُقِ فقَلِيلُ العِلمِ جَلّ بِخُلُقِه
"Manusia yang berakhlak adalah manusia yang berilmu. Kalaupun dia 'kurang pandai', dia akan mulia kerana akhlaknya."
Comments
Post a Comment