بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
Seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Abu Hurairah adalah seorang sahabat yang paling banyak meriwayatkan hadis walaupun beliau hidup bersama-sama Nabi SAW selama 3 tahun, ini diceritakan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya. Dalam jarak yang singkat ini, Abu Hurairah diriwayatkan mempelajari agama islam dengan bersungguh-sungguh.
Abu Hurairah antara yang masuk islam lambat bersama-sama sahabatnya Thufail bin Amr ad-Dhausi. Dalam Kitab Hilyah al-Auliyah memberitahu bahawa Abu Hurairah juga dikenali sebagai Ahlul Suffah , iaitu kembali ke Madinah bersama-sama Nabi SAW dan menjadikan Suffah sebagai tempat tinggalnya.
Abu Hurairah seorang yang miskin. Fizikalnya diceritakan dalam as-Siyar bahawa beliau berkulit sawo matang, giginya terpisah janggut yang merah. Manakala kakinya pula kurus.
Abu Hurairah seorang yang sangat menyayangi ibundanya. Beliau berusaha keras membawa ibundanya masuk ke agama islam. Berdasarkan beberapa riwayat yang jelas, Abu Hurairah berhijrah ke Madinah bersama-sama ibundanya ke Madinah dalam keadaan ibundanya masih lagi musyrik. Dalam Sahih Muslim ada diceritakan bahawa Nabi SAW berdoa :
"Ya Allah berilah petunjuk pada bonda Abu Hurairah.______"
Dalam as-Siyar , Imam ad-Zahabi menceritakan bahawa, Abu Hurairah berkata, "Aku kembali menemui Nabi SAW dalam keadaan menangis kerana gembira, sebagaimana aku menangis kerana bersedih dan aku katakan, "Berdoalah kepada Allah agar menjadikan aku dan bondaku mencintai hamba-hambaNya yang beriman." Nabi SAW berdoa :
روى مسلم وغيره عن أبي هريرة رضي الله عنه أنه قال: قلت: يا رسول الله ادع الله أن يحببني أنا وأمي إلى عباده المؤمنين ويحببهم إلينا، قال: فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: اللَّهُمَّ حَبِّبْ عُبَيْدَكَ وَأُمِّهِ إِلَى عِبَادَكَ الْمُؤْمِنِينَ وَحَبِّبْهُمْ إِلَيْهِمَا
Yang bermaksud : "Ya Allah jadikanlah hambamu ini dan ibunya mencintai hamba-hambaNya yang beriman, dan jadikanlah mereka mencintai kedua-duanya."
Al-Hafiz Ibnu Kathir menceritakan bahawa kedua-duanya memang dicintai oleh seluruh manusia.
al-Imam al-Bukhari memasukkan sebuah hadis yang cantik di dalam kitabnya al-Adab al Mufrad, Bab Membalas Budi Ibu Bapa, yang mencerikatakan bahawa Abu Hurairah suatu hari mendoakan ibunya sebelum keluar rumah. Beliau mengetuk pintu rumah ibundanya dan mendoakan ibundanya depan-depan, begitu jugalah doa ibundanya di hadapan Abu Hurairah ra. dan memberi restu padanya. Kisahnya seperti :
الأدب المفرد , كتاب الْوَالِدَيْنِ , بَابُ جَزَاءِ الْوَالِدَيْنِ
حَدَّثَنَا عَبْدُ اللهِ بْنُ صَالِحٍ قَالَ: حَدَّثَنِي اللَّيْثُ قَالَ: حَدَّثَنِي خَالِدُ بْنُ يَزِيدَ، عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلاَلٍ، عَنْ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ أَبِي مُرَّةَ مَوْلَى عَقِيلٍ، أَنَّ أَبَا هُرَيْرَةَ كَانَ يَسْتَخْلِفُهُ مَرْوَانُ، وَكَانَ يَكُونُ بِذِي الْحُلَيْفَةِ، فَكَانَتْ أُمُّهُ فِي بَيْتٍ وَهُوَ فِي آخَرَ. قَالَ: فَإِذَا أَرَادَ أَنْ يَخْرُجَ وَقَفَ عَلَى بَابِهَا فَقَالَ: السَّلاَمُ عَلَيْكِ يَا أُمَّتَاهُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، فَتَقُولُ: وَعَلَيْكَ السَّلاَمُ يَا بُنَيَّ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ، فَيَقُولُ: رَحِمَكِ اللَّهُ كَمَا رَبَّيْتِنِي صَغِيرًا، فَتَقُولُ: رَحِمَكَ اللَّهُ كَمَا بَرَرْتَنِي كَبِيرًا، ثُمَّ إِذَا أَرَادَ أَنْ يَدْخُلَ صَنَعَ مِثْلَهُ.
Dari Said bin Abu Hilal, dari Abu Hazim, dari Abu Murrah pembantu 'Aqil bahawa Abu Hurairah ra. pernah diminta menggantikan Marwan untuk sementara waktu dan saat itu mereka berada di Dzulhulaifah. Ibunda Abu Hurairah berada di rumahnya dan Abu Hurairah di bilik yang lain. Jika Abu Hurairah ra mahu keluar rumah, beliau berdiri di hadapan pintu bilik ibunya dan mengucapakan , Wahai Ibu , assalamualaiki warahmatullahi wa barakatuhu. Ibunya menjawab , Waalaikas salam warahmatullahi wa barakatuhu wahai anakku. Abu Hurairah berkata , Semoga Allah merahmati wahai ibunda sebagaimana engkau mengasihiku ketika kecil. Ibunya menjawab , Dan semoga Allah merahmatimu wahai anakku. Sebagaimana engkau berbakti padaku saat aku sudah tua. Begitu pula yang ia lakukan , jika ia hendak masuk ke dalam rumah.
Kita seharusnya ambil sifat-sifat murni dari sahabat Rasulullah yang hebat ini. Jasanya, budi pekertinya, dan kesungguhannya benar-benar mengagumkan dan seharusnya cerita-cerita ini disampaikan kepada anak-anak. Doa dan restu seorang ibu itu seharusnya ditagih oleh seorang anak.
Wafatnya Abu Hir pada tahun 59 H di rumahnya dan dikuburkan di Baqi.
Namun namanya diperselisihkan oleh ulama , antaranya :
Nama 1: Abdullah bin Amr.
- Dalam kitab al adab al mufrad, Imam al Bukhari , Hadis No. 14, __________ Musa memberitahu, "Nama Abu Hurairah adalah Abdullah bin Amr. "
عن أبى حازم أن أبا مرة مولى أم هانئ بنت أبي طالب أخبره أنه ركب مع أبى هريرة ت الى أرضه بالعقيق فإذا دخل أرضه صاح بأعلى صوته عليك السلام ورحمة الله وبركاته يا أمتاه ، تقول وعليك السلام ورحمة الله وبركاته ، يقول رحمك الله ربيتنى صغيرا ، فتقول يا بنى وأنت فجزاك الله خيرا ورضى عنك كما بررتنى كبيرا ، قال موسى كان اسم أبى هريرة عبد الله بن عمرو
Nama 2 : Abdul Rahman bin Sokhri r.a
- Dalam kitab Arbain Nawawi , Hadis no 9, Daripada Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sokhri r.a. beliau berkata: Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda:___________
عَن أبي هُريرةَ عَبدِ الرَّحمنِ بنِ صَخْرٍ رَضِي اللهُ عَنْهُ قالَ:( سَمِعْتُ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يقولُ: {مَا نَهَيْتُكُمْ عَنْهُ فَاجْتَنِبُوهُ، وَمَا أَمَرْتُكُمْ بِهِ فَأْتُوا مِنْهُ مَا اسْتَطَعْتُمْ، فَإِنَّمَا أَهْلَكَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ كَثْرَةُ مَسَائِلِهِمْ واخْتِلاَفُهُمْ عَلَى أَنْبِيَائِهِمْ}) رواه البخاريُّ ومسلمٌ.
Nama 3 : Abu Hir
- Dalam sahih al bukhari no. 6452 (cetakan Mahira) , Nabi SAW panggil Abu Hurairah _____ "Wahai Abu Hir". (Rujuk)
حدثني أبو نعيم بنحو من نصف هذا الحديث حدثنا عمر بن ذر حدثنا مجاهد أن أبا هريرة كان يقول ألله الذي لا إله إلا هو إن كنت لأعتمد بكبدي على الأرض من الجوع وإن كنت لأشد الحجر على بطني من الجوع ولقد قعدت يوما على طريقهم الذي يخرجون منه فمر أبو بكر فسألته عن آية من كتاب الله ما سألته إلا ليشبعني فمر ولم يفعل ثم مر بي عمر فسألته عن آية من كتاب الله ما سألته إلا ليشبعني فمر فلم يفعل ثم مر بي أبو القاسم صلى الله عليه وسلم فتبسم حين رآني وعرف ما في نفسي وما في وجهي ثم قال يا أبا هر قلت لبيك يا رسول الله قال الحق ومضى فتبعته فدخل فاستأذن فأذن لي فدخل فوجد لبنا في قدح فقال من أين هذا اللبن قالوا أهداه لك فلان أو فلانة قال أبا هر قلت لبيك يا رسول الله قال الحق إلى أهل الصفة فادعهم لي قال وأهل الصفة أضياف الإسلام لا يأوون إلى أهل ولا مال ولا على أحد إذا أتته صدقة بعث بها إليهم ولم يتناول منها شيئا وإذا أتته هدية أرسل إليهم وأصاب منها وأشركهم فيها فساءني ذلك فقلت وما هذا اللبن في أهل الصفة كنت أحق أنا أن أصيب من هذا اللبن شربة أتقوى بها فإذا جاء أمرني فكنت أنا أعطيهم وما عسى أن يبلغني من هذا اللبن ولم يكن من طاعة الله وطاعة رسوله صلى الله عليه وسلم بد فأتيتهم فدعوتهم فأقبلوا فاستأذنوا فأذن لهم وأخذوا مجالسهم من البيت قال يا أبا هر قلت لبيك يا رسول الله قال خذ فأعطهم قال فأخذت القدح فجعلت أعطيه الرجل فيشرب حتى يروى ثم يرد علي القدح فأعطيه الرجل فيشرب حتى يروى ثم يرد علي القدح فيشرب حتى يروى ثم يرد علي القدح حتى انتهيت إلى النبي صلى الله عليه وسلم وقد روي القوم كلهم فأخذ القدح فوضعه على يده فنظر إلي فتبسم فقال أبا هر قلت لبيك يا رسول الله قال بقيت أنا وأنت قلت صدقت يا رسول الله قال اقعد فاشرب فقعدت فشربت فقال اشرب فشربت فما زال يقول اشرب حتى قلت لا والذي بعثك بالحق ما أجد له مسلكا قال فأرني فأعطيته القدح فحمد الله وسمى وشرب الفضلة
Nama 4 : Abu Hurairah bin Umaimah
- Dalam Siyar A'lam An-Nubala', Abu Hurairah berkata, (kepada Umar ketika memanggilnya sebagai wali) : ______ aku adalah Abu Hurairah bin Umaimah.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ ، قَالَ : " لأَنْ تُكَنُّونِي بِالذَّكَرِ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ أَنْ تُكَنُّونِي بِالأُنْثَى " .
"Sesungguhnya kamu memberiku kunyah dengan mudzakkar (Abu Hirr) itu lebih kucintai dari kamu memberiku kunyah dengan muannaths (Abu Hurairah)." Rujuk : Mustadrak
Beberapa lagi info tambahan tentang namanya yg terdapat dalam kitab tersebut :
1. Al Hafiz Abu Umar bin Abdil Barr berkata : " Tidak diperselisihkan nama seorg sahabat baik masa jahiliyyah mahupun islam."
2. Imam Nawawi berkata : "ulama berpendapat ttg namanya yg paling sahih menurut majoriti ahli tahqiq, sebagaimana yang disahihkan oleh al imam al bukhari dll bahawa namanya ialah Abdurrahman bin Shakir." (Rujukan penulis adalah : Tahzib al Asma)
Manakala Al-Hafiz Ibn Hajar dan Ibn Khuzaimah r.a berpendapat kemungkinan namanya adalah salah satu dari nama Abdullah atau Abdurrahman.
Abu Hud Fhaiq Amrie al Mi'maariy,
Putrajaya
Comments
Post a Comment