Matan Al Baiquniyah , Syaikh Umar bin Muhammad bin Futuuh Al Baiquniy W1080M

Nota yang sempat saya tulis waktu mendengar huraian dari Ustaz Adlan dan sedikit rujukan daripada Buku Mengenal Kaedah Dasar Ilmu Hadis , Syarah Kitab al-Manzhumah al-Baiquuniyah oleh Muhammad Bin Ibrahim Khiraj yang saya baca dihadapan ustaz Adlan. Saya diijazahkan sanad bacaan matan al-Baiquuniyah ini oleh ustaz Adlan sebanyak dua kali.

أبدأُ بالحمدِ مُصَلِّياً على
مُحمَّدٍ خَيِر نبيْ أُرســـــِلا
Aku mulai dengan Mengucapkan pujian kepada Allah , dalam aku berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW sebaik-baik Nabi yang diutus.

وذِي مِنَ أقسَامِ الحديث عدَّة
وكُلُّ واحدٍ أتى وحــــَدَّه
Inilah daripada beberapa bahagian hadis yang tidak banyak jumlahnya , Dan masing-masing datang dalam bait dengan maknanya.
Nota rangkap 2 : 
  • مِنْ أَقْسَامِ  dibaca dalam matan ini dengan مِنَ أقسَامِ kerana penulis mahu mencantikkan lenggok bunyi dan bahasanya.
أوَّلُها الصحيحُ وهوَ ما اتَّصَل
ْإسنادُهُ ولْم يُشَذّ أو يُعـَلّ
Pertama hadits Sahih yaitu yang bersambung sanadnya , tidak mengandungi syadz dan illat.

يَرْويهِ عَدْلٌ ضَابِطٌ عَنْ مِثْلِه
مُعْتَمَدٌ في ضَبْطِهِ ونَقْلــــِهِ
Perawinya adil dan dhobith dari periwayatannya , yang dapat dipercayai hafalan dan tulisannya.
Nota rangkap 4 : 
  • Rangkap 3,4,5 dan 6 menceritakan tentang hadis sahih.
  • Terdapat 5 syarat hadis sahih iaitu muttasil, tidak syaz, tidak ada illat, perawi yang adil, perawi yang dhabit.
  • Muttasil bermaksud sanadnya (rantaian periwayatan hadis) bersambung. Setiap rawi mendengar hadis dari perawi sebelumnya.
  • Tidak syaz bermaksud hadith yang diriwayatkan oleh perawi thiqah, tetapi riwayatnya tidak bercanggah atau tidak menyalahi dengan riwayat oleh perawi-perawi yang lebih thiqah daripadanya. 
  • Tidak illat bermaksud tidak cacat, hadis yang sahih tidak boleh mempunyai illat, sehingga merosakkan kesahihan hadis tersebut. Kecacatan hadis biasanya ditemui oleh imam hadis terdahulu.
  • Periwayat (perawi) mesti adil, adil bermaksud muslim yang berakal, baligh serta selamat dari sebab-sebab kefasikan yang dapat menjatuhkan harga diri. (mengikut tempat dan keadaan masa itu). 
  • Perawi yang dhabit bermaksud  perawi menjaga hafalannya atau penulisannya. Sifat ini sentiasa wujud dari awal hingga dia menyampaikan hadisnya.

وَ الَحسَنُ الَمعْرُوفُ طُرْقاً وغَدَتْ
رِجَالُهُ لا كالصّحيحِ اشْتَهَرَتْ
Hadis Hasan adalah hadis yang ma'ruf (dikenali) jalannya , dan rawi-rawinya tidak semasyhur rawi-rawi Sahih
Nota rangkap 5 :
  • Al-Hafiz Ibnu Hajar r.a berkata, "Sesungguhnya perbezaan antara hadis sahih dan hasan adalah dari sudut 'kesempurnaan dhabit (hafalan atau tulisan)' perawi." Sumber : Mengenal kaedah dasar ilmu hadis, syarah kitab al-Manzumah al-Baiquniyah oleh Muhammad bin Ibrahim Khiraj m/s 41 , cetakan Maktabah Al-Ghuroba'.
  • Syarat hadis hasan seakan sama seperti hadis sahih, cuma perawinya tidak semasyhur hadis sahih.
  • Perbezaan hadis Sahih dan Hasan ialah perawi hadis Hasan kurang dhabit (lemah ingatan atau kurang tepat) dari perawi hadis Sahih (sempurna ingatan dan hafalan).

وكُلُّ ما عَنْ رُتبةِ الُحسْنِ قَصْر
فَهْوَ الضعيفُ وهوَ أقْسَاماً كُثُرْ
Dan setiap hadis yang berada di bawah peringkat hasan , maka disebut sebagai hadis Dhaif dan banyak peringkatnya.
Nota rangkap 6 :
  • Hadis Dhaif ialah hadis yang tidak mempunyai ciri-ciri yang telah ditetapkan untuk hadis Sahih dan Hasan. Dipanggil juga hadis lemah.
  • Hadis Dhaif tidak mempunyai syarat seperti hadis Sahih dan Hasan.
  • Hadif Dhaif mempunyai banyak peringkat.
  • Hadis Dhaif ada yang ringan yang mana ia hampir kepada hadis Hasan dan ada yang berat yang mana ia hampir menjadi hadis Maudhu' (palsu). Ini yang dimaksudkan dengan banyak peringkat.

وما أُضيفَ للنبي الَمرْفوعُ
وما لتَابِعٍ هُـوَ المقْطــُوعُ
Dan Hadis yang disandarkan kepada Nabi adalah hadis Marfu' , Dan apa disandarkan kepada tabiin adalah hadis Maqtu'.
Nota rangkap 7 :
  • Marfu' bermakna mengangkat (isim maf'ul). Diangkat kerana kedudukannya tinggi. Dituju dan disandarkan kepada Nabi SAW.
  • Hadits marfu' adalah hadits yang khusus disandarkan kepada Nabi saw berupa perkataan, perbuatan atau taqrir beliau. Baik yang menyandarkannya sahabat, tabi’in atau yang lain. Samada sanad hadis itu bersambung atau terputus.
  • Contoh hadis Marfu' : ”Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda begini” atau “Rasulullah SAW menceritakan kepadaku begini” atau “Rasulullah SAW bersabda begini” atau “Dari Rasulullah SAW bahwasannya bersabda begini”.
  • Hadis Maqtu' ialah perkataan atau perbuatan yang berasal dari seorang tabiin serta dimauqufkan (dihentikan) padanya, baik sandanya bersambung maupun tidak.
  • Al Imam Asy-Syafie , At-Thabarani, Ad-Daraquthni menggunakan istilah Maqtu' untuk hadis Munqati' (terputus sanadnya). 
  • Contoh lain seperti perkataan Sufyan Ats-Tsauri, seorang tabiin, yang mengatakan sekian sekian. Al-Hasan Al-Basri berkata sekian sekian.

وَ الُمسْنَدُ الُمتَّصِلُ الإسنادِ مِنْ
رَاويهِ حتَّى الُمصْطفى ولْم يَبـِنْ
Dan hadis Musnad itu diketahui hadis yang bersambung sanadnya dari awal perawi hingga berhenti pada Mustafa SAW dalam keadaan sanad tersebut tidak terputus.
Nota rangkap 8 :
  • Hadis Musnad bermakna hadis yang Marfu' yang bersambung sanadnya.
  • Musnad bermaksud bersambung (Muttasil) dan mesti sampai sanadnya hingga Nabi SAW.
  • Ustaz Adlan memberitahuku bahawa setengah ulama mengkritik matan Baiquniyah ini yang mengatakan al-Muttasil sama maknanya dengan al-Musnad. Mereka berpendapat hadis Muttasil hanyalah pada sanad, tidak pula sampai pada Nabi SAW. 
  • Cuma aku tidak pasti ulama mana yang berpendapat sedemikian.

ومَا بِسَمْعِ كُلِّ رَاوٍ يَتَّصِل
إسْنَادُهُ للمُصْطَفى فَـالُمتَّصــِلْ
Hadits yang setiap perawi nya mendengar satu sama lain dan bersambung sanad nya sampai Mustafa SAW maka disebut Al-Muttashil

ْمُسَلْسَلٌ قُلْ مَا عَلَى وَصْفٍ أَتَى 
ْمِثْلُ أَمَا وَاللـهِ أَنْبَانِي الْفَتَـى
Hadits Musalsal adalah hadis yang dibawakan dengan menyertakan sifat (yang selalu sama) seperti perkataan perawi "Ketahuilah, Demi Allah pemuda itu telah memberitahu saya"
Nota rangkap 10 :

  • Hadis Musalsal selalunya datang dengan sifat hadis tu sendiri.
  • Antara contoh lain, "aku nampak dalam keadaan berdiri" atau "demi Allah cakap macamni macamtu" atau "Nabi mengisyaratkan dua jari seperti ini".
  • Antara yang popular dalam sahih Bukhari adalah hadis "Nabi senyum".
  • Imam az-Zahabi berkata bahawa kebanyakkan hadis Musalsal bersifat dhaif namun ada yang sahih.
  • Asy-Syaikh Abdullah bin Saleh al-Ubaid memperakui wujudnya Musalsal atau Sanad Serban meskipun ciri tasalsul pada musalsal/sanad tersebut tidak sahih. Bahkan asy-Syaikh sendiri menerima ijazah Sanad Musalsal Serban dari guru-guru beliau.

    Ditanyakan kepadanya:
هل يوجد سند لبس العمامة أو مسلسل بالعمامة
ْ وجدنا بعض المشاييخ في بلدنا يجيزون به عقب مجالس العلم


Wujudkan sanad pemakaian serban atau musalsal serban? Kami mendapati sebahagian masyaikh di negeri kami mengijazahkannya di hujung majlis-majlis ilmu.

Asy-Syaikh menjawab:



نعم يوجد مسلسل بلبس العمامة..لكنه ككثير من المسلسلات لايصح تسلسله

Ya, memang wujud musalsal dan sanad serban, namun seperti kebanyakan musalsal lain, ciri tasalsulnya tidak sahih.

*Ciri tasalsul (kesinambungan atau consecutiveness) mungkin tidak sahih pada beberapa tabaqah periwayatan namun sahih pada sebahagiannya, khususnya pada rawi yang lebih terkemudian yang benar-benar mempraktikkan amalan pemakaian serban tersebut semasa majlis pengijazahan. (dari  nota Nawawi Abdul Razak)


ْكَـذَاكَ قَـدْ حَدَّثَنِيهِ قَائِمــا 
ْأَوْ بَعْـدَ أَنْ حَدَّثَنِـي تَبَسَّـما
Begitu juga perbuatan pemuda itu telah mengatakan seperti “Si Fulan Telah bercerita kepadaku sambil berdiri” atau “setelah bercerita kepadaku, ia tersenyum
Nota rangkap 11 :

  • Antara hadis musalsal yang saya terima dari guru saya Syiakh Adlan Abdul Aziz adalah Hadis Musalsal Qiraat Surah Saf, Musalsal bi Awwaliyah, dan Musalsal Mahabbah.
  • Musalsal Mahabbah :-
ْعن معاذ بن جبل قال , قال لي رسول الله صلى الله عليه و سلم "ْيا معاذ إني أحبك فقل ْاللَّهُمَّ أَعِنِّي عَلَى ذِكْرِكَ وَشُكْرِكَ وَحُسْنِ عِبَادَتِكَْ" رواه أحمد و أبو داوُد و النسائي و الحاكم و أخرجه البيهقي في شُعب الإيمان المسلسلة وقال السخاوى صحيح المتن و الإسناد و قال السيوطي صحيح الإسناد و التسلسل

  • Hadits Musalsal Mahabbah (kasih sayang), ketika Nabi meriwayatkan hadis Mahabbah, beliau mengatakan kepada Mu`az Bin Jabal. Inni Uhibbuka (Saya menyayangimu), demikian juga Mu`az menyebutkan kata-kata tersebut ketika meriwayatkanya kepada Tabi`in, demikian juga Tabi`in dan seterusnya. .....

ْعَزِيزُ مَرْوِي اثْنَينِ أَوْ ثَلاَثَــهْ 
ْمَشْهُورُ مَرْوِي فَوْقَ مَـا ثَلاَثَهْ
Hadis Aziz adalah hadis yang diriwayatkan oleh dua atau tiga orang perawi sedangkan Hadis Masyhur diriwayatkan oleh lebih dari tiga perawi 
Nota rangkap 12 :
  • Hadis Aziz ialah rawinya dua atau tiga
  • Hadis Mashyur rawinya lebih 3.

ْمُعَنْعَنٌ كَعَنْ سَعِيدٍ عَـنْ كَـرَمْ 
ْوَمُبْهَمٌ مَـا فيهِ رَاوٍ لَمْ يُسَـمّْ
Hadits Mu'an'an (dari..dari) itu seperti perkataan perawi "dari Sa'id, dari Karom" dan Al-Mubham itu hadis yang perawinya tidak diberi nama
Nota rangkap 13 :
  • Hadis 'an 'an bermaksud hadis dari sekian...dari sekian... yang mana namanya dihilangkan.
  • Mubham yang mana perawinya tidak bernama. Sebagai contoh : "dari seorang yang tidak dikenali...."
ْوكُلُّ مَا قَلَّت رِجَالُهُ عَلا
ْوضِدُّهُ ذَاكَ الذِي قَدْ نَــــزَلا
Setiap hadis yang sedikit perawinya disebut hadis Aaliy dan kebalikannya disebut hadis Naazil
Nota rangkap 14 :
  • Sanad yang mana perawinya kurang dipanggil sanad Aliy, iaitu sanad yang tinggi. Para muhadis terdahulu menggila terhadap sanad yang tinggi.
  • Antara contoh terdahulu, Ibnu Taimiyyah, Ibnu Kathir, al-Mizzi, al-Dzahabi dan lain-lain mengerjar Abdul Abbas al-Hajjar tahun 706 H, yang mana ketika itu jarak sanad antara al-Hajjar ke al-Imam al-Bukhari sebanyak 5 rawi. Beliau membaca hadis dihadapan al-Bukhari ketika masih kecil.
  • Hadis Naazil bermakna hadis yang sanadnya rendah. Samada kedudukan perawi ataupun ambil dari anak murid.
ْومَا أضَفْتَهُ إلى الأصْحَابِ مِنْ
ْقَوْلٍ وفعْلٍ فهْوَ مَوْقُوفٌ زُكـِنْ

Perkataan atau perbuatan yang kau sandarkan kepada Sahabat adalah hadis Mauquf 
Nota rangkap 15 :



ْوَمُرْسلٌ مِنهُ الصَّحَابُّي سَقَطْ

ْوقُلْ غَريبٌ ما رَوَى رَاوٍ فَقـَطْ

Hadis Mursal adalah hadis yang perawinya gugur peringkat sahabat dan katakanlah hadis Gharib itu hadis yang diriwayatkan oleh seorang perawi saja
Nota rangkap 16 :
  • Hadis mursal ini berhenti pada Tabiin tapi disandarkan kepada Nabi. Mursal terputus sanadnya (munqati').
  • Hadis Gharib juga dipanggil hadis Fard(sendiri). Yang mana rawi bersendiri dalam meriwayatkan hadis.
  • Contoh hadis popular dari Umar al-Khattab r.a dalam hadis pertama dalam Kitab Sahih al-Bukhari, dalamnya ada seorang rawi bernama Yahya bin Said al-Ansari, yang mana tidak ada jalan lain yang meiwayatkan hadis ini selain Yahya bin Said al-Ansari. Begitu juga dengan jalan Umar r.a. (Info dari Ustaz Umar Mohammad Noor dan Ustaz Hanafie Nasaie).
  • Namun ada juga hadis Fard yang diriwayatkan dari seorang yang tsiqah seperti mana contoh yang diberikan di atas.
  • Nota : Jika jumpa hadis yang al-Imam at-tirmidzi atau imam lain kata "hadis ini gharib", bermakna hadis yang dimaksudkan/dibincangkan dengan sanad yang dibincangkan.

ْوكلُّ مَا لْم يَتَّصِلْ بِحَالٍ
ْإسْنَادُهُ مُنْقَطِعُ الأوْصـــــَالِ

Setiap hadis yang tidak bersambung 
sanadnya disebut hadis Munqathi
Nota rangkap 17 :
  • Munqati' bermakna terputus. Contohnya perawi tidak bertemu dengan perawi selanjutnya. 
  • Hadis Mursal (rujuk rangkap 16) merupakan satu contoh hadis yang Munqati'.
  • Contoh : A ambil dari C ambil hadis dari D , tanpa melalui jalan hadis dari B. Boleh jadi A dan C tidak sezaman.


ْوالُمعْضَلُ السَّاقِطُ مِنْهُ اثْنَانِ
ْومَا أتى مُدَلَّساً نَوعــــَانِ
Hadis Mu'dhal adalah hadis yang gugur pada sanadnya dua rawi. Hadis yang ditadlis ada dua macam
Nota rangkap 18 :
  • Mu'dhal bermakna terputus dua rawi. Contohnya perawi tidak bertemu dengan perawi selanjutnya dan selanjutnya. 
  • Contoh : A ambil dari D ambil hadis dari E , tanpa melalui jalan hadis dari B dan C. Boleh jadi A dan D tidak sezaman.
  • Sepertimana hadis Munqati'+Hadis Munqati'.
  • Rawi yang melakukan Tadlis bermakna, rawi menyembunyikan kecacatan untuk menjaga nilai hadis, kerana terpaksa atau tersilap.
ْالأوَّل الإسْقاطُ للشَّيخِ وأنْ
ْيَنْقُلَ مَّمنْ فَوْقَهُ بعــــَنْ وأنْ
Pertama, menggugurkan gurunya dan meriwayatkan dari perawi di atasnya dengan kata dari 'an ( عــــَنْ) dan an (أنْ )
Nota rangkap 19 :
  • Dalam rangkap ini menceritakan Hadis Mu'dhal iaitu menggugurkan an atau 'an. Contoh menggugurkan nama rawi tertentu.
  • Menggugurkan raawi yang dhaif.
  • Dari Abu Fulan (guru rawi), tapi rawi berkata "dari guruku" kerana sembunyikan kecacatan gurunya, mungkin kerana gurunya bermasaalah.
ْوالثَّانِ لا يُسْقِطُهُ لكنْ يَصِفْ
ْأوْصَافَهُ بما بهِ لا يَنْعــــَرِفْ
Dan tidak menggugurkan gurunya akan tetapi mensifatinya dengan sifat yang tidak dikenal
Nota rangkap 20 :
  • Sama seperti rangkap 19
ْومَا يَخالِفُ ثِقةٌ فيهِ الَملا
ْفـالشَّاذُّ و الَمقْلوبُ قِسْمَانِ تَلا
Hadis yang menyelisihi hadis yang tsiqah disebut dengan Hadis Syaz. Hadis Maqlub ada dua jenis 
Nota rangkap 21 :
  • Syaz bermaksud bila terbukti salah, contoh : Rawi tsiqah semua, tiba-tiba satu sahaja sanad yang pelik dan bercanggah dengan majoriti riwayat yang ada.
  • Kata guruku, "sanadnya sahih, tak bermakna hadisnya sahih."
ْإبْدَالُ راوٍ ما بِرَاوٍ قِسْمُ
ْوقَلْبُ إسْنَادٍ لمتنٍ قِســــــْمُ
Hadis (tsiqah) yang menyelisihi hadis yang (lebih) tsiqah disebut dengan Hadis Syadz. Hadis Maqlub ada dua jenis 
Nota rangkap 22 :
  • إبْدَالُ راوٍ bermakna tertukar rawi samada sengaja atau tidak.
  • قَلْبُ إسْنَادٍ bermakna tertukar sanad samada sengaja atau tidak.
ْوَ الفَرَدُ ما قَيَّدْتَهُ بثِقَةِ
ْأوْ جْمعٍ أوْ قَصِر على روايــــةِ
Hadits Fard adalah hadis yang kau kaitkan dengan periwayatan seorang yang tsiqah, atau periwayatan sebuah kelompok tertentu, atau terbatas/dikhususkan pada riwayatnya saja
Nota rangkap 23 :
  • Hadis Fard juga dipanggil hadis Gharib. Yang mana rawi bersendiri dalam meriwayatkan hadis.
  • Contoh hadis popular dari Umar al-Khattab r.a dalam hadis pertama dalam Kitab Sahih al-Bukhari, dalamnya ada seorang rawi bernama Yahya bin Said al-Ansari, yang mana tidak ada jalan lain yang meiwayatkan hadis ini selain Yahya bin Said al-Ansari. Begitu juga dengan jalan Umar r.a. (Info dari Ustaz Umar Mohammad Noor dan Ustaz Hanafie Nasaie).
  • Namun ada juga hadis Fard yang diriwayatkan dari seorang yang tsiqah seperti mana contoh yang diberikan di atas.
  • Nota : Jika jumpa hadis yang al-Imam at-tirmidzi atau imam lain kata "hadis ini gharib", bermakna hadis yang dimaksudkan/dibincangkan dengan sanad yang dibincangkan.
ْومَا بعِلَّةٍ غُمُوضٍ أوْ خَفَا
ْمُعَلَّلٌ عِنْدَهُمُ قَدْ عُـــــرِفَا
Hadis yang mengandung cacat yang samar atau tersembunyi dikenal oleh Ahli Hadis dengan hadis Mu'allal

ْوذُو اخْتِلافِ سنَدٍ أو مَتْنٍ
ْمُضْطربٌ عِنْدَ أهيْلِ الفَـــنِّ
Menurut ahli hadis, hadis yang berselisih sanad atau matannya (memiliki perbezaan)  disebut hadis Mudhtharib 
Nota rangkap 25 :
  • Hadis muttarib mempunyai dua sanad dalam satu hadis melalui rawi yang berbeza.
  • Contoh yang pernah saya jumpa hadis berdoa selepas wudhu :

    ْسنن الترمذي كتاب الطهارة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم باب فيما يقال بعد الوضوء



    ْحَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عِمْرَانَ الثَّعْلَبِيُّ الْكُوفِيُّ حَدَّثَنَا زَيْدُ [ ص: 78 ] بْنُ حُبَابٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ صَالِحٍ عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ يَزِيدَ الدِّمَشْقِيِّ عَنْ أَبِي إِدْرِيسَ الْخَوْلَانِيِّ وَأَبِي عُثْمَانَ عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ قَالَ أَشْهَدُ أَنْ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لَهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُولُهُ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِي مِنْ التَّوَّابِينَ وَاجْعَلْنِي مِنْ الْمُتَطَهِّرِينَ فُتِحَتْ لَهُ ثَمَانِيَةُ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ يَدْخُلُ مِنْ أَيِّهَا شَاءَ قَالَ أَبُو عِيسَى وَفِي الْبَاب عَنْ أَنَسٍ وَعُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ أَبُو عِيسَى حَدِيثُ عُمَرَ قَدْ خُولِفَ زَيْدُ بْنُ حُبَابٍ فِي هَذَا الْحَدِيثِ قَالَ وَرَوَى عَبْدُ اللَّهِ بْنُ صَالِحٍ وَغَيْرُهُ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ صَالِحٍ عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِي إِدْرِيسَ عَنْ عُقْبَةَ بْنِ عَامِرٍ عَنْ عُمَرَ وَعَنْ رَبِيعَةَ عَنْ أَبِي عُثْمَانَ عَنْ جُبَيْرِ بْنِ نُفَيْرٍ عَنْ عُمَرَ وَهَذَا حَدِيثٌ فِي إِسْنَادِهِ اضْطِرَابٌ وَلَا يَصِحُّ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ [ ص: 79 ] فِي هَذَا الْبَابِ كَبِيرُ شَيْءٍ قَالَ مُحَمَّدٌ وَأَبُو إِدْرِيسَ لَمْ يَسْمَعْ مِنْ عُمَرَ شَيْئًا
    ْعن أبي إدريس الخولاني وأبي عثمان - عن عمر بن الخطاب قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: _________________ ورواية الترمذي.

    Jalur : Abu Idris al-Khaulaani dan Abu Uthman, dari Umar bin al-Khattab r.a berkata, Nabi SAW berkata : ______________________ Riwayat at-Tirmizi. (ada dua jalan, iaitu dari Abu Idris , dan Abu Uthman.)


    ْعن عمر وهذا حديث في إسناده اضطراب ولا يصح عن النبي صلى الله عليه وسلم  في هذا الباب كبير شيء قال محمد وأبو إدريس لم يسمع من عمر شيئ.

    telah berkata al-Tirmizi : hadith ni sanadnya itthirab, dan tak sahih daripada Nabi perkara ni sikit pun.

    ْقال: البخاري_رحمه الله " أبو إدريس لم يسمع من عمر، وكذلك أبو عثمان النَّهْدِي ".

    kata al-Bukhari; "Abu Idris tidak mendengar daripada 'Umar sedikitpun 



    ْعن أبي إدريس الخولاني - عن عقبة بن عامر - عَنْ عُمَرَ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اَللَّهِ ________________________ قال الإمام مسلم بن الحجاج في صحيحه

    Dalam Sahih Muslim : dari Abu Idris al-Khaulaani, dari Uqbah bin Amir, dari Umar telah berkata, Nabi SAW bersabda :________________.


ْوَ الُمدْرَجاتُ في الحديثِ ما أتَتْ
ْمِنْ بَعْضِ ألفاظِ الرُّوَاةِ اتَّصَلَتْ
Hadis Mudraj yaitu hadis yang datang (ditambahkan) pada (sanad atau matan) nya sebagian lafaz-lafaz perawi
Nota rangkap 26 :
  • Hadis Mudraj yang sanadnya atau matannya ditambah maksud oleh rawi, mungkin untuk mengamalkan maksud hadis (dari segi bahasa atau lain-lain).

ْومَا رَوى كلُّ قَرِينٍ عنْ أخهْ
ْمُدَبَّجٌ فَاعْرِفْهُ حَقًّا وانْتَخــِهْ
Hadis yang diriwayatkan oleh setiap teman dari saudaranya disebut Hadis Mudabbaj, maka ketahuilah kebenaran dan persaudaraan
Nota rangkap 27 :
  • Hadis Mudabbaj berlaku bila rawi mengambil hadis dari rawi yang seguru dan sezaman. Contoh al-Bukhari mengambil hadis dari Imam Muslim.

ْمُتَّفِقٌ لَفْظاً وخطاً مُتَّفقْ
ْوضِدُّهُ فيما ذَكَرْنَا الُمفْتـــِرقْ
Kesesuaian lafaz dan tulisan/khat (nama perawi) nya disebut Muttafiq dan kebalikan dari yang kami sebutkan disebut Muftariq
Nota rangkap 28 :
  • Muttafiq seperti "dari Abdullah.." tapi tidak dinyatakan Abdullah bin apa.. Atau "dari Yahya....." tanpa menyatakan Yahya bin apa..
  • Sebagai contoh dalam Sahih al-Bukhari terkenal dengan riwayat Yahya. Diketahui dengan siapa yang dia ambil hadisnya selepas itu.
  • Selain itu, guru al-Bukhari bernama Abdullah ada 4 orang,
    a) Abdullah bin Muhammad Abu Bakar bin Abu Syaibah
    b) Abdullah bin Muhammad bin al-Musnad al-Ju'fi
    c) Abdullah bin Muhammad bin Abu Aswad.
    d) Abdullah bin Muhammad bin Asma'.
  • Muftaqriq pula nama rawi lengkap, cuma. Contoh :-
    a) Dari Umar bin al-Khattab. Yang mana guru imam Abu Daud juga bernama Umar bin al-Khattab, begitu juga dengan sahabat Nabi Muhammad Sallallahu alaihi wasallam. 
  • Dalam kes sebegini, selalunya kita lihat dari siapa perawi tersebut ambil hadis tersebut. (iaitu melalui aturan/peringkat sanadnya)

ْمُؤْتَلِفٌ مُتَّفِقُ الخطِّ فَقَطْ
ْوضِدُّهُ مُختَلِفٌ فَاخْشَ الغَلَــطْ
Mu’talif adalah yang sama dari sisi cara penulisan (khath) nya saja dan kebalikannya disebut Mukhtalif maka berwaspadalah kekeliruannya
Nota rangkap 29 :

  • al-Mu'talif Wa al-Mukhtalif . Termasuk juga cabang ilmu hadith adalah ilmu (المؤتلف والمختلف)
  • al-Mu'talif bermakna tulisan/ejaan rawi sama, cuma lain lafaznya.

  • Dalam bahasa mudahnya adalah nama yang sama dari sudut tulisan, tapi berbeza dari sudut baris dan bacaan.

    Sebagai contoh:

    عبيدة 'Ubaidah
    Dan 
    عبيدة 'Abidah

    Sama dari sudut tulisan tapi berbeza dari sudut bacaan. Kesilapan dari sudut bacaan boleh membawa kepada kesilapan dalam mengenalpasti individu-individu tersebut.

  • al-Mukhtalif pula seperti lafaz 'Salam'(fiil) dan "Sallam"(isim). Dalam penulisannya sama cuma berbeza dalam melafazkan/menyebutnya.

  • 3 jenis bagi al-Mu'talif dan al-Mukhtalif sebagaimana yang dicatatkan oleh guru kami (Muhammad Zulfadli) al-Muhaddith Thariq 'Iwadh Allah:

  • i- Ada kesamaan dari sudut tulisan, tetapi berbeza dari sudut baris. Contohnya:
    سلام dan سلام
    Pertama dibaca dengan "Salam", manakala yang kedua dibaca dengan "Sallam".

    ii- Ada kesamaan dari sudut tulisan, tetapi berbeza dari sudut titik. Contohnya:

    سراج dan سراح
    Pertama "Siraaj" dengan huruf ج yang bertitik, manakala yang kedua "Saraah" dengan huruf ح yang tidak bertitik.

    iii- Ada kesamaan dari sudut tulisan, tetapi terdapat perbedaan pada sebahagian huruf yang hampir sama pada resm. Contoh:

    زبير زبيد زبيب
    Pertama dibaca dengan "Zubair", kedua dibaca dengan "Zubaid" ketiga dibaca dengan "Zubaib".
  • Kesalahan dalam menyebut dan melafazkan akan mempengaruhi hadis.

ْوالُمنْكَرُ الفَردُ بهِ رَاوٍ غَدَا
ْتَعْدِيلُهُ لا يْحمِلُ التَّفَــــرُّدَا
Hadis munkar adalah hadis yang diriwayatkan oleh seorang rawi yang tidak diterima ta’dil nya dalam keadaan menyendiri 
Nota rangkap 30 :
  • Hadis mungkar diriwayatkan oleh rawi yang tidak diterima ta'dilnya (penilaian) dalam bersendirian. Contoh "si fulan tidak tsiqah, jadi dia tidak boleh bersendirian dalam meriwayatkan hadis."
  • Kerana rawi tersebut tidak tsiqah.
ْمَتُروكُهُ مَا وَاحِدٌ بهِ انفَردْ
ْوأجَمعُوا لضَعْفِه فَهُوَ كـــَرَدّ
Hadis Matruk adalah hadits yang menyendiri perawinya dan para ahli hadis menyepakati Kedhaifan Rawi tersebut dan menolaknya 
Nota rangkap 31 :
  • Hadis Matruk ialah hadis yang ditinggalkan. 
  • Kerana rawi menyendiri+rawi lemah+hadis tidak diterima.


ْوالكذِبُ الُمخْتَلَقُ المصنُوعُ
ْعلَى النَّبيِّ فذَلِكَ الموْضـــُوعُ
Hadis dusta yang dibuat-buat atas nama nabi maka itulah Hadis Maudhu'
Nota rangkap 32 :
  • Pendustaan hadis terhadap Nabi Muhammad Sallahu alaihi wasallam digelar hadis Maudhu'.
  • Begitulah kesannya penipuan dalam bidang ilmu hadis.
  • Tersilap sebagai hadis, contoh syair tapi orang menganggapnya sebagai hadis, maka palsulah ia.
ْوقَدْ أتَتْ كالَجوْهَرِ المكْنُونِ
ْسَمَّيْتُهَا مَنْظُومَةَ البَيْقُــــوني
Sungguh nadzham ini seperti mutiara yang tersembunyi yang ku beri nama Mandzhumah Al Baiquuni

ْفَوْقَ الثَّلاثيَن بأرْبَعٍ أتَتْ
ْأقْسامُهَا ثمَّ بخيٍر خُتِمــــــَتْ

Datang dengan 34 bait kemudian ditutup dengan baik 






Abu Hud Fhaiq Amrie al Mi'maariy,
Putrajaya

إنَّمَا العَالِمُ هو صالِحُ الخُلُقِ فقَلِيلُ العِلمِ جَلّ بِخُلُقِه
"Manusia yang berakhlak adalah manusia yang berilmu. Kalaupun dia 'kurang pandai', dia akan mulia kerana akhlaknya."




Comments