Kisah Abu Zur'ah yang menghadapi sakaratulmaut


Ambillah pedoman dari kisah , Abu Zur'ah Ar Razi menjelaskan hadis para perawi dalam keadaan sakaratul maut.



Di dalam Kirab Terjemahan Kitab Min Qashash A'immah Al Hadis Al Mutaqaddimiin wa Nawaadirihim fii Tatabbu Sunnah Sayyidi Al Mursaliin wa Adz Dzahabi Anha, Dr Ali bin Abdullah Ash Syayyah, yang sebelum itu di ambil dari Taqdimah Al Jarh wa Ta'diil, Ma'rifat Ulumul Hadis, Syu'b Al Iman, Tarikh Al Bahgdad, Tarikh Midinat Dimsyiq

Al-Khatib al-Baghdadi dalam kitabnya Tarikh Baghdad menukil ;


Abu Ali Abdurrahman bin Muhammad bin Ahmad bin Muhamad bin Fadhalah an-Naisaburi al-Hafiz memberitahu kami, katanya Abu Bakr Muhammad bin Abdillah bin Syadzan ar-Razi memberitahu kami, katanya aku mendengar Abu Ja'far at-Tusturi berkata :


أخبرنا أبو علي عبد الرحمن بن محمد بن أحمد بن محمد بن فضالة النيسابوري الحافظ، بالري، قال: أخبرنا أبو بكر محمد بن عبد الله بن شاذان الرازي، بنيسابور، قال: سمعت أبا جعفر التستري، يقول: حضرت أبا زرعة، يعني الرازي، بماشهران، وكان في السوق، وعنده أبو حاتم، ومحمد بن مسلم، والمنذر بن شاذان، وجماعة من العلماء، فذكروا حديث التلقين وقوله صلى الله عليه وسلم: لقنوا موتاكم لا إله إلا الله قال: فاستحيوا من أبي زرعة وهابوا أن يلقنوه، فقالوا: تعالوا نذكر الحديث، فقال محمد بن مسلم: حدثنا الضحاك بن مخلد، عن عبد الحميد بن جعفر، عن صالح، وجعل يقول، ولم يجاوز
وقال أبو حاتم: حدثنا بندار، قال: حدثنا أبو عاصم، عن عبد الحميد بن جعفر، عن صالح، ولم يجاوز.
والباقون سكتوا، فقال أبو زرعة، وهو في السوق: حدثنا بندار، قال: حدثنا أبو عاصم، قال: حدثنا عبد الحميد بن جعفر، عن صالح بن أبي عريب، عن كثير بن مرة الحضرمي، عن معاذ بن جبل، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من كان آخر كلامه لا إله إلا الله دخل الجنة ,وتوفي رحمه الله


Kami mendatangi Abu Zur'ah (yakni Ar Razi) yang sedang dalam keadaan sakaratul maut. Dia didampingi oleh Abu Hatim, Muhammad bin Muslim, Al Mundzir bin Syadzan, dan sekelompok ulama hadis lainya. Mereka membicarakan tentang hadis Nabi SAW ;

لقنوا موتاكم لا اله الا الله

"Bisikkanlah kepada yang menghadapi kematian di antara kalian kalimat, "Laa ilaaha illahi (tiada Illah selain Allah)"


Abu Ja'far meneruskan, "Mereka semua merasa malu kepada Abu Zur'ah, mereka takut kepadanya. Lalu mereka berkata, 'Kesinilah, mari bacakan hadis itu'."

Muhammad bin Muslim berkata, 'Kami mendapatkan hadis ini dari Adh-Dhahhak bin Makhlad, dari Abdul Hamid bin Ja'far, dari Shalih, namun dia tidak dapat meneruskan perawi selanjutnya.


Sedang Abu Hatim menceritakan bahawa dia mendapatkan hadis ini dari Bundar, dari Abu 'Ashim, dari Abdul Hamid bin Ja'far, dari Shalih. Namun dia juga hanya sampai pada perawi ini. Adapun yang lainnya hanya terdiam.

Lalu Abu Zur'ah yang sedang nazak berkata, "Kami dapatkan riwayat ini dari Bundar, dari Abu 'Ashim dari Abdul Hamid bin Ja'far, dari Shalih, dari Shalih bin Abu Arib, dadi Kutsair bin Murrah Al Hadhrami, dari Mu'adz bin Jabal yang berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda ;


من كان اخر كلامه لا اله الا الله دخل الجنه

"Barangsiapa yang mendapat akhir ucapannya adalah kalimat, Laa Illaha illallah, maka dia akan masuk syurga."



Tidak lama kemudian Azu Zur'ah meninggal dunia. 

Lihatlah, bagaimana seorang yang sentiasa melazimi perlakuan Nabi , sentiasa dijaga oleh Allah lisannya dari berkata yang tidak perlu. 


Semoga Allah membalas jasa baik ahli-ahli yang menjaga wahyu di bumi Allah.


Abu Hud Fhaiq Amrie al Mi'maariy,
Putrajaya



Comments

  1. Di dalam Kirab Terjemahan...

    Kirab?

    ReplyDelete
    Replies
    1. "Di dalam Kitab Terjemahan Min..." Maaf , akan diperbetulkan ejaannya ya. Barakallahu fik

      Delete

Post a Comment