Saf untuk satu imam satu makmum lelaki dari kitab Al Uum.
Dalam kitab al Uum ((m/s 240 bab posisi berdirnya imam)) :
Imam Syafi'e berkata : dari Ibnu Abbas bahawa ia bermalam di rumah Maimun Ummul Mukminin, dan ia adalah saudara perempuannya.
Ibnu Abbas berkata, "Saya berbaring dengan melintang pada bantal, sementara Rasulullah SAW dan isterinya berbaring dengan posisi memanjang. Rasulullah tidur hingga tengah malam, sebelum dan sesudahnya sedikit. Beliau bangun lalu duduk dan menyapu muka dengan tangannya, kemudian beliau membaca sepuluh ayat terakhir dari surah al Imran. Kemudian beliau mendatangi sebuah geriba (tempat air diperbuat dari kulit) yang tergantung, lalu beliau berwudhu dengan membaguskan wudhunya kemudian berdiri untuk mengerjakan solat.
Ibnu Abbas berkata, "lalu saya berdiri melakukan solat seperti yang dilakukan oleh Rasululah SAW, kemudian saya berdiri disampingnya. Kemudian Rasulullah SAW meletakkan tangannya di atas kepalaku, lalu memegang telinga kananku dan mencubitnya. Kemudian beliau mengerjakan solat dua rakaat, dua rakaat, dua rakaat, dua rakaat, kemudian mengerjakan witir. Setelah itu beliau berbaring hingga datang muadzin, beliau bangun mengerjakan solat yang ringan, kemudian beliau keluar untuk mengerjakan solat subuh."
Imam Syafie berkata :
- Apabila seorang laki-laki mengimami seorang laki-laki, maka imam itu hendaklah memerintahkan makmumnya berdiri pada sisi kanannya.
- Apabila seorang laki-laki mengimami seorang laki-laki, lalu makmum itu berdiri di sebelah kiri imam atau dibelakangnya, maka saya memandangnya makruh. Namun apabila ia melakukannya, maka ia tidak harus ulang dan solatnya telah memadai. (kiri)
- Apabila sebahagian makmum berdiri dihadapan imam, maka solat imam serta makmum yang berdiri di belakang imam dan di sampingnya sudah memadai. Adapun yang berdiri di hadapan imam, maka solatnya dianggap tidak memadai. Kerana sunnah hukum makmum berdiri dibelakang imam ataupun sejajar dengannya dan bukan di hadapan imam, sama ada jaraknya dengan imam jauh atau dekat.
Saf untuk satu imam dalam Jami At Tirmidzi.
سنن الترمذي ، كتاب الصلاة ، باب ما جاء في الرجل يصلي ومعه رجل
232 حدثنا قتيبة حدثنا داود بن عبد الرحمن العطار عن عمرو بن دينار عن كريب مولى ابن عباس عن ابن عباس قال صليت مع النبي صلى الله عليه وسلم ذات ليلة فقمت عن يساره فأخذ رسول الله صلى الله عليه وسلم برأسي من ورائي فجعلني عن يمينه
قال أبو عيسى وفي الباب عن أنس
قال أبو عيسى وحديث ابن عباس حديث حسن صحيح :
والعمل على هذا عند أهل العلم من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم ومن بعدهم قالوا إذا كان الرجل مع الإمام يقوم عن يمين الإمام.
Jami At Tirmidzi , Kitab Solat , Bab Orang Yang Solat Dengan Satu Orang.
No. 232 (Mahira) , Qutaibah menyampaikan kepada kami dari Dawud bin Abdirrahman al-Athar , dari Amir bin Dinar , dari Kuraib maula Ibnu Abbas bahawa Ibnu Abbas berkata :
"Pada suatu malam, aku solat bersama Nabi SAW , lalu aku berdiri di samping kiri beliau. Lantas Rasulullah SAW memegang kepala ku dan menariknya ke belakang, kemudian menempatkan aku di samping kanan beliau."
Abu Isa berkata, "Terkait dengan bab ini ada pula hadis riwayat Anas."
Abu Isa berkata, "Hadis Ibnu Abbas ini adalah hadis hasan sahih."
Para ulama dari kalangan Nabi SAW dan tabiin mengamalkan hadis ini. Mereka berpendapat, "Jika seseorang solat bersama imam, dia berdiri di sebelah kanan imam.
Sila rujuk : Syarah hadis Jaami At-Tirmidzi
Rujukan 2 :
Saf satu imam dalam Sunan An Nasaie ,
سنن النسائي ، كتاب امامة ، موقف الإمام إذا كان معه صبي وامرأة
أخبرنا محمد بن إسمعيل بن إبراهيم قال حدثنا حجاج قال قال ابن جريج أخبرني زياد أن قزعة مولى لعبد قيس أخبره أنه سمع عكرمة مولى ابن عباس قال قال ابن عباس :
" صليت إلى جنب النبي صلى الله عليه وسلم وعائشة خلفنا تصلي معنا وأنا إلى جنب النبي صلى الله عليه وسلم أصلي معه "
Bab Posisi Imam Ketika Solat Bersama Anak Kecil Dan Perempuan,
No. 805 Muhammad Bin Ismail Bin Ibrahim mengkhabarkan kepada kami Hajjaj yang menyampaikan kepada dari Ibnu Juraij, dari Ziyad, dari Qaza'ah , maula Abdul Qais, dari Ikrimah maula Ibnu Abbas bahawa Ibnu Abbas berkata,
"Aku solat di samping Nabi SAW dan Aisyah berada di belakang kami. Dia solat bersama kami. Sementara aku berada di samping Nabi SAW dalam solat bersamanya."
Sila rujuk : Sunan An Nasaie
أخبرنا عمرو بن علي قال حدثنا يحيى قال حدثنا شعبة عن عبد الله بن المختار عن موسى بن أنس عن أنس قال :
" صلى بي رسول الله صلى الله عليه وسلم وبامرأة من أهلي فأقامني عن يمينه والمرأة خلفنا"
No. 806 Amr bin Ali mengkhabarkan kepada kami dari Yahya yang menyampaikan dari Syu'bah , dari Abdullah bin al-Mukhtar , dari Musa bin Anas bahawa Anas berkata :
"Rasullullah SAW solat bersamaku dan seorang perempuan dari keluargaku. Beliau menempatkan aku di sisi kanan beliau dan menempatkan perempuan di belakang kami."
Sila rujuk : Sunan An Nasaie
Rujukan 3 :
Saf untuk satu imam dari Sahih Bukhari.
صحيح البخاري ، كتاب الاذان ، باب يقوم عن يمين الإمام بحذائه سواء إذا كانا اثنين
665 حدثنا سليمان بن حرب قال حدثنا شعبة عن الحكم قال سمعت سعيد بن جبير عن ابن عباس رضي الله عنهما قال
بت في بيت خالتي ميمونة فصلى رسول الله صلى الله عليه وسلم العشاء ثم جاء فصلى أربع ركعات ثم نام ثم قام فجئت فقمت عن يساره فجعلني عن يمينه فصلى خمس ركعات ثم صلى ركعتين ثم نام حتى سمعت غطيطه أو قال خطيطه ثم خرج إلى الصلاة
Sahih Bukhari , Kitab Azan , Bab Berdiri Sejajar Di Samping Kanan Imam Jika Solatnya Dua Orang.
No. 679 (Mahira) , Sulaiman bin Harb menyampaikan kepada kami dari Syu'bah, dari al-Hakam yang berkata , aku mendengar Sa'id bin Jubair bahawa Ibnu Abbas berkata,
"Aku menginap di rumah makcikku Maimunah. Setelah solat Isya, Rasulullah SAW datang, lalu solat empat rakaat. Setelah itu, beliau tidur. Kemudian beliau kembali bangun untuk solat empat rakaat. Setelah itu, beliau tidur, kemudian beliau bangun kembali untuk solat dan aku berdiri disebelah kiri beliau. Lalu beliau memindahkan aku ke sebelah kanan beliau kemudian solat lima rakaat, kemudian solat dua rakaat. Setelah itu beliau tidur hingga aku terdengar beliau berdengkur atau terdengar suara nafas beliau. Setelah itu, beliau keluar solat (subuh).
Bab seterusnya dalam Sahih Bukhari , "Bab Jika Seorang Berdiri Di Kiri Imam Kemudian Imam Tidak Memindahkan Ke Sisi Kanan Maka Solatnya Tidak Batal."
باب اذا قام الرجل عن يسار الامام فحوله الامام الى يمينه لم تفسد صلاتهما
Sila rujuk : Sahih al-Bukhari
_________________________________________________________________
- Ibnu Abbas antara sahabat yang masih kecil ketika Nabi SAW masih hidup. Dan Maimunah pula makciknya. Mungkin sebab itu boleh tidur di rumah Nabi SAW sekali.
- Banyak hadis menunjukkan Ibn Abbas ke rumah Ummu Maimunah untuk belajar. Ibu Ibn Abbas bernama Lubabah, dipanggil Lubabah Kubra.
- Antara yang sezaman dengan Ibnu Abbas ialah al-Bara' bin Azib , Ibnu Umar , al-Hasan bin Ali bin Abu Thalib , al-Hussein bin Abu Thalib , az-Zubair.
- Khalid juga anak sedara kpd Ummu Maimunah. Beliau anak kepada Lubabah Sughra.
Abu Hud Fhaiq Amrie al Mi'maariy,
Putrajaya
Jazakallahukheir atas perkongsian ini :)
ReplyDeleteSalam. Untuk Imam dan makmum perempuan bagaimana?
ReplyDelete