ANTARA pembacaan tentang Sifat Jin, Syaitan dan Asbab wurud hadis larangan bersuci dengan tulang binatang

Jin dalam hadis tak dapat dipisahkan jin dalam quran.

Masyarakat mendapatkan maklumat tetang jin tapi ramai disampaikan dengan maklumat yang kurang tepat. Hampir semuanya bersumber dari penceritaan dan pengalaman.


Jin dari segi bahasa الجن al-Jannu terlindung/tertutup dan tidak dapat dilihat. Seperti syurga al-Jannah, syurga yang terlindung. Dalam kamus "Al Mu'jam Al Mufahras Li Alfazh Al Quran Al Karim" karya Syiakh Muhammad Fuad 'Abd Al Baqi, perkataan Jin, Syaitan Iblis dan Jaan (ada alif) , Jinnah membawa maksud jin.

Dalam quran , ulama menyimpulkan Iblis adalah yang pertama dan ketua. Dan seluruh jin itu adalah terbahagi kepada dua, muslim dan kafir. Kafir dipanggil syaitan dan yang muslim terpanggil Jin. Dalam quran penggunaan Ifrit bermaksud kuat dan liar. Sebahagian ahli bahasa orang arab menggunakan perkataan jin Awamir (dalam rumah), jin yang liar dipanggil Maarid. Ifrit yg lebih kuasa. Ini menunjukkan sifatnya.

Dalam quran dan hadis, syaitan itu maksudnya jin yg kufur.

al-Hafiz Ibnu Hajar berkata dalam kitabnya Fathul Bari : al-Baihaqi meriwayatkan dalam "Manaqib al-Syafie", dengan sanadnya dari Rabi', dia berkata, saya mendengar Imam al-Syafie berkata :


 شروح صحيح البخاري ,الكتب فتح الباري شرح صحيح البخاري 

 كتاب بدء الخلق , باب ذكر الجن وثوابهم وعقابهم


وروى البيهقي في " مناقب الشافعي " بإسناده عن الربيع سمعت الشافعي يقول : من زعم أنه يرى الجن أبطلنا شهادته ، إلا أن يكون نبيا



"Barangsiapa yang mengaku boleh melihat jin dalam bentuk asal, kami anggap persaksiannya tidak boleh diterima lagi, kecuali dia seorang Nabi."

Ibnu Hajar berkata di dalam Kitab Fathul Bari : "Hal ini berlaku bagi orang yang mengaku melihat mereka (bangsa jin) dalam bentuk asal. Sedangkan orang awam yang mengaku melihat salah satu dari mereka setelah berubah menjadi haiwan, hal ini tidaklah tercela. Sebab Banyak sekali khabar perubahan mengenai bentuk mereka."

Penciptaannya pada api, yang membahang. Dalam quran surah ar-Rahman ayat 15 :

وَخَلَقَ الْجَانَّ مِنْ مَارِجٍ مِنْ نَارٍ 

Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api (Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij). Masalahnya ada berpendapat sifatnya masih kekal api. Dalam nas-nas jin terbahagi kepada bentuk lain. Bukan api, seperti juga manusia, terasal dari tanah tapi setelahnya bukan lagi tanah sebagai unsur asal. Jin juga bukan sifatnya seperti membakar dan bentuk2 yg disebutkan dalam hadis menghampiri manusia. Sebab dalam quran ada disebutkan bahawa iblis berdialog dgn Nabi adam, boleh berfirkir, boleh sujud atau taknak sujud, boleh membisik, ada penglihatan pendengaran. 

Dalam Kitab Tafsir Ibnu Kathir, Abdullah bin Abbas ra mengatakan maksud "dari nyalaan api" pada ayat di atas adalah nyalaan api yang murni. Dalam riwayat lain, Ibnu Abbas ra. mengatakan maksudnya adalah jilatan dari hujung jilatanya. 

Dalam Quran surat al-A'raf ayat 11 dan 12 disebutkan bahawa,



وَلَقَدْ خَلَقْنَاكُمْ ثُمَّ صَوَّرْنَاكُمْ ثُمَّ قُلْنَا لِلْمَلآئِكَةِ اسْجُدُواْ لآدَمَ فَسَجَدُواْ إِلاَّ إِبْلِيسَ لَمْ يَكُن مِّنَ السَّاجِدِينَ

"Dan sungguh telah Kami ciptakan kalian (manusia) kemudian Kami sempurnakan bentuk kalian, Kemudian (saat itu) Kami berfirman kepada para malaikat,"sujudlah kalian semua kepada Adam!" Maka mereka semua bersujud kecuali Iblis. Tidaklah dia termasuk orang yang tunduk bersujud."

قَالَ مَا مَنَعَكَ أَلاَّ تَسْجُدَ إِذْ أَمَرْتُكَ قَالَ أَنَاْ خَيْرٌ مِّنْهُ خَلَقْتَنِي مِن نَّارٍ وَخَلَقْتَهُ مِن طِينٍ

Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah".
Juga terdapat dalam kisah Nabi Sulaiman alaihissalam, jin boleh membina, menyelam keluarkan apa yang Nabi Sulaiman mahu. (Surah Anbiya)

Dalam hadis disebut mereka ini ada makanan dan minuman. Ada yang bertanggapan merek amakan asap dan tulang. Tanggapan ini ada asasnya, tapi bukan ITU SAHAJA MAKANAN mereka. 

Dalam hadis-hadis Nabi  dilihat mereka berkongsi makanan dgn manusia. Nabi pernah pergi bersama-sama Abu Hurairah ra, Nabi  pesan bawa batu. Abu Hurairah pelik kenapa Nabi larang tulang dan najis haiwan di buat istinjak. Nabi sebut kedua-duanya adalah makanan saudara kamu (Abu Hurairah). Akan diceritakan dalam hadis lain dan huraian ulama, makanan yang bertulang bila dimakan oleh manusia, ia dibacakan bismillah ketasnya, ia kembali menjadi daging semula tapi dalam alam jin. Dan dia makan daging bukan tulang.

[1] Dalam Sahih Bukhari, Syaitan juga membawa sifat yang jahat atau menakutkan, atau busuk, atau bernafsu jahat, atau kotor atau apa-apa sifat yang negativ seperti :-

i) Sifat syaitan yang degil. Dalam Sahih al-Bukhari , Kitab Solat, bab no. 509,


حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ، قَالَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ، قَالَ حَدَّثَنَا يُونُسُ، عَنْ حُمَيْدِ بْنِ هِلاَلٍ، عَنْ أَبِي صَالِحٍ، أَنَّ أَبَا سَعِيدٍ، قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم وَحَدَّثَنَا آدَمُ بْنُ أَبِي إِيَاسٍ قَالَ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ الْمُغِيرَةِ قَالَ حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ هِلاَلٍ الْعَدَوِيُّ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو صَالِحٍ السَّمَّانُ قَالَ رَأَيْتُ أَبَا سَعِيدٍ الْخُدْرِيَّ فِي يَوْمِ جُمُعَةٍ يُصَلِّي إِلَى شَىْءٍ يَسْتُرُهُ مِنَ النَّاسِ، فَأَرَادَ شَابٌّ مِنْ بَنِي أَبِي مُعَيْطٍ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ فَدَفَعَ أَبُو سَعِيدٍ فِي صَدْرِهِ، فَنَظَرَ الشَّابُّ فَلَمْ يَجِدْ مَسَاغًا إِلاَّ بَيْنَ يَدَيْهِ، فَعَادَ لِيَجْتَازَ فَدَفَعَهُ أَبُو سَعِيدٍ أَشَدَّ مِنَ الأُولَى، فَنَالَ مِنْ أَبِي سَعِيدٍ، ثُمَّ دَخَلَ عَلَى مَرْوَانَ فَشَكَا إِلَيْهِ مَا لَقِيَ مِنْ أَبِي سَعِيدٍ، وَدَخَلَ أَبُو سَعِيدٍ خَلْفَهُ عَلَى مَرْوَانَ فَقَالَ مَا لَكَ وَلاِبْنِ أَخِيكَ يَا أَبَا سَعِيدٍ قَالَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ ‏

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ إِلَى شَىْءٍ يَسْتُرُهُ مِنَ النَّاسِ، فَأَرَادَ أَحَدٌ أَنْ يَجْتَازَ بَيْنَ يَدَيْهِ فَلْيَدْفَعْهُ، فَإِنْ أَبَى فَلْيُقَاتِلْهُ، فَإِنَّمَا هُوَ شَيْطَانٌ ‏

Telah menceritakan kepada kami Abu Ma'mar berkata, telah menceritakan kepada kami 'Abdul Warits berkata, telah menceritakan kepada kami Yunus dari Humaid bin Hilal dari Abu Shalih bahwa Abu Sa'id berkata, "Rasulullah  bersabda. (dalam jalur lain disebutkan) Telah menceritakan kepada kami Adam bin Abu Iyas berkata, telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Al Mughirah berkata, telah menceritakan kepada kami Humaid bin Hilal al-'Adawi berkata, telah menceritakan kepada kami Abu Shalih as-Samman berkata, 

"Pada hari jum'at aku melihat Abu Sa'id al-Khudri solat menghadap sesuatu yang membatasinya dari orang-orang (sutrah). Kemudian ada seorang pemuda dari Bani Abu Mu'aith hendak melintas di hadapannya. Maka Abu Sa'id menghalangi orang itu dengan menahan dadanya. Pemuda itu mencari jalan tapi tidak ada kecuali di hadapan Abu Sa'id. Maka pemuda itu mengulangi lagi untuk melintas. Abu Sa'id kembali menghadangnya dengan lebih keras dari yang pertama. 

Kemudian pemuda itu pergi meninggalkan Abu Sa'id dan menemui Marwan, ia lalu mengadukan peristiwa yang terjadai antara dirinya dengan Abu Sa'id. Setelah itu Abu Sa'id ikut menemui Marwan, Marwan pun berkata, "Apa yang kau lakukan terhadap anak saudaramu ini, wahai Abu Sa'id?" Abu Sa'id menjawab, 

"Aku pernah mendengar Nabi  bersabda: 

"Jika seorang dari kalian solat menghadap sesuatu yang membatasinya dari orang, kemudian ada seseorang yang hendak lewat dihadapannya maka hendaklah dicegah. Jika dia tidak mau maka tahanlah dia dengan sekerasnya (bersungguh-sungguh), karena dia degil (tapi dalam teks arab tulis syaitan, ini membawa maksud sifat degil)."


ii) Sifat syaitan yang membawa maksud kotor. Kitab Awal Penciptaan cetakan al-Mahira no 3295. Bab Ciri-Ciri Iblis Dan Bala Tenteranya.

حَدَّثَنِي إِبْرَاهِيمُ بْنُ حَمْزَةَ، قَالَ حَدَّثَنِي ابْنُ أَبِي حَازِمٍ، عَنْ يَزِيدَ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ إِبْرَاهِيمَ، عَنْ عِيسَى بْنِ طَلْحَةَ، عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ـ رضى الله عنه ـ عَنِ النَّبِيِّ صلى الله عليه وسلم قَالَ ‏ "‏ إِذَا اسْتَيْقَظَ ـ أُرَاهُ ـ أَحَدُكُمْ مِنْ مَنَامِهِ فَتَوَضَّأَ فَلْيَسْتَنْثِرْ ثَلاَثًا، فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَبِيتُ عَلَى خَيْشُومِهِ ‏"‏‏

dari Abu Hurairah ____ Nabi  bersabda:

hendaklah dia berwudlu' dan beristinsyar (memasukkan air ke hidung dan mengeluarkannya) karena syaitan tidur pada batang hidung orang itu".

Dalam hadis Sahih al-Bukhari 3295 juga, memasukkan air ke hidung tiu dikatakan tiga kali.

Ketika menghadiri kuliah Kitab al-Uum bab berkumur dan istinsaq bersama-sama Ustaz Umar Muhammad Noor, beliau mengatakan ada beberapa pandangan tentang memasukkan air ke dalam hidung ini seperti membersihkan kotoran, fungus dan tahi hidung yang bersifat kotor.

iii) Sifat syaitan yang membawa maksud menakutkan. Sahih al-Bukhari Kitab Tib bab Meniup ketika Ruqyah. No. 5747.


حَدَّثَنَا خَالِدُ بْنُ مَخْلَدٍ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا سَلَمَةَ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا قَتَادَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ 

الرُّؤْيَا مِنْ اللَّهِ وَالْحُلْمُ مِنْ الشَّيْطَانِ فَإِذَا رَأَى أَحَدُكُمْ شَيْئًا يَكْرَهُهُ فَلْيَنْفِثْ حِينَ يَسْتَيْقِظُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ وَيَتَعَوَّذْ مِنْ شَرِّهَا فَإِنَّهَا لَا تَضُرُّهُ 

وَقَالَ أَبُو سَلَمَةَ وَإِنْ كُنْتُ لَأَرَى الرُّؤْيَا أَثْقَلَ عَلَيَّ مِنْ الْجَبَلِ فَمَا هُوَ إِلَّا أَنْ سَمِعْتُ هَذَا الْحَدِيثَ فَمَا أُبَالِيهَا

Khalid bin Makhlad menyampaikan kepada kami dari Sulaiman dari Yahya bin Said dari Abu Salamah dari Abu Qatadah yang mengatakan aku mendengar Nabi  bersabda :

"Mimpi baik berasal dari Allah dan mimpi buruk dari syaitan. Jika salah seorang dari kalian bermimpi melihat sesuatu yang tidak disukai, hendaklah dia MENYEMBURKAN SEDIKIT LUDAHNYA 3 KALI ketika dia bangun. Lalu hendaklah dia meminta perlindungan (kpd Allah) dari kejahatannya. Maka mimpi buruk itu tidak akan memberi mudharat kepadanya."

Abu Salamah berkata, "sungguh aku sering bermimpi yang terasa berat bagiku seperti gunung. Setelah mendengar hadis ini aku tidak memperdulikannya lagi."


[2] Abu Hurairah dalam sahih bukhari menanangkap orang yang seseorang yang sedang mencuri . Dan jin ajarkan ayat quran (ayat qursi). dalam hal ini jin curi makanan sebab nak makan :-

Ini juga merupakan dalil sebahagian pengkaji yang mengatakan bahawa golongan Jin juga memerlukan makanan, ada perut (kerana makan). Ini diceritakan di dalam Sahih al-Bukhari, Kitab Keutamaan al-Quran, Bab Keutamaan Surah al-Baqarah no. 5010,

حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا شُعْبَةُ عَنْ سُلَيْمَانَ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ وَحَدَّثَنَا أَبُو نُعَيْمٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ 

قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَرَأَ بِالْآيَتَيْنِ مِنْ آخِرِ سُورَةِ الْبَقَرَةِ فِي لَيْلَةٍ كَفَتَاهُ 

Nabi  bersabda : Siapa yang membaca dua surah terakhir pada waktu malam, kedua-dua surah itu cukup buatnya.

وَقَالَ عُثْمَانُ بْنُ الْهَيْثَمِ حَدَّثَنَا عَوْفٌ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ 

وَكَّلَنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِحِفْظِ زَكَاةِ رَمَضَانَ فَأَتَانِي آتٍ فَجَعَلَ يَحْثُو مِنْ الطَّعَامِ فَأَخَذْتُهُ فَقُلْتُ لَأَرْفَعَنَّكَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

فَقَصَّ الْحَدِيثَ فَقَالَ إِذَا أَوَيْتَ إِلَى فِرَاشِكَ فَاقْرَأْ آيَةَ الْكُرْسِيِّ لَنْ يَزَالَ مَعَكَ مِنْ اللَّهِ حَافِظٌ وَلَا يَقْرَبُكَ شَيْطَانٌ حَتَّى تُصْبِحَ 

وَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقَكَ وَهُوَ كَذُوبٌ ذَاكَ شَيْطَانٌ


Utshman bin al-Haitsam mengatakan, Auf menyampaikan kepada kami dari Muhammad bin Sirin bahawa Abu Hurairah ra berkata, 

"Rasulullah  memberiku kewangan untuk menjaga zakat Ramadhan. Lalu seorang datang dan mengambil segenggam bahan makanan, maka aku pun memeganginya (mencekiknya) sambil berkata, 'sungguh aku akan laporkan kepada Rasulullah'." 

Abu Hurairah lalu menceritakan kisah nya, (dia mengatakan bahawa) orang itu berkata, “Jika engkau pergi ke tempat tidur mu, bacalah ayat qursi. Sungguh engkau akan tetap dalam perlindungan Allah, tidak ada syaitan yang mendekatimu hingga pagi hari."

Kemudian Nabi 
berkata, "Dia telah berkata benar meskipun sebenarnya dia adalah pembohong besar. Dia adalah syaitan. "

[3] Dalam Kitab Asbab Wurud al-Hadis , al-Imam al-Suyuti rahimahumullah :-



Antara yg menarik al-Suyuti bawa hadis dari at-Thabarani , dari Ibnu Mas'ud, ___ rasulullah bersabda ; ________ aku telah memberi mereka (jin) bekal. Beliau berkata "Ar Raj'ah (kotoran) , dan apa yg mereka dapati dr kotoran haiwan, mereka dapati (gandum), dari tulang mereka dapati sebagai pakaian. 

Tapi dalam sumber yang sama (asbab wurud al hadis, dengan lafaz yang hampir serupa), mengenai penggunaan kotoran dan tulang haiwan untuk jin, al-Imam al-Suyuti bawa lafaz Ahmad, al-Baihaqi dalam sunan al-Kubra, juga dalam al-Hakim.

Kemudian adz Dzahabi mengatakan : hadis sahih menurut jamaah.

[4] Walaubagaimana pun, al-Imam at-Tirmidzi (W 279H) telah terlebih dulu menyatakan riwayat ini dalam Sunannya sendiri yang mengatakan bahawa tulang dan najis binantang merupakan makanan bagi golongan jin :-


الكتب , سنن الترمذي , كتاب الطهارة عن رسول الله صلى الله عليه وسلم , باب ما جاء في كراهية ما يستنجى 

به 18 


حَدَّثَنَا هَنَّادٌ حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ غِيَاثٍ عَنْ دَاوُدَ بْنِ أَبِي هِنْدٍ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَسْتَنْجُوا بِالرَّوْثِ وَلَا بِالْعِظَامِ فَإِنَّهُ زَادُ إِخْوَانِكُمْ مِنْ الْجِنِّ 

وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَسَلْمَانَ وَجَابِرٍ وَابْنِ عُمَرَ 

قَالَ أَبُو عِيسَى وَقَدْ رَوَى هَذَا الْحَدِيثَ إِسْمَعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَغَيْرُهُ عَنْ دَاوُدَ بْنِ أَبِي هِنْدٍ عَنْ الشَّعْبِيِّ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّهُ كَانَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيْلَةَ الْجِنِّ الْحَدِيثَ بِطُولِهِ فَقَالَ الشَّعْبِيُّ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لا تَسْتَنْجُوا بِالرَّوْثِ وَلَا بِالْعِظَامِ فَإِنَّهُ زَادُ إِخْوَانِكُمْ مِنْ الْجِنِّ"

 وَكَأَنَّ رِوَايَةَ إِسْمَعِيلَ أَصَحُّ مِنْ رِوَايَةِ حَفْصِ بْنِ غِيَاثٍ [ ص: 30 ] وَالْعَمَلُ عَلَى هَذَا الْحَدِيثِ عِنْدَ أَهْلِ الْعِلْمِ وَفِي الْبَاب عَنْ جَابِرٍ وَابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا 



18 - telah menceritakan kepada kami Hannad berkata, telah menceritakan kepada kami Hafsh bin Ghiyats dari Dawud bin Abu Hind dari Asy Sya'bi dari Alqamah dari Abdullah bin Mas'ud ia berkata, Rasulullah  bersabda: "Janganlah kalian beristinja dgn kotoran haiwan dan tulang kerana keduanya adalah makanan bagi saudara kalian dari bangsa jin.



Dalam bab ini ada juga hadis dari Abu Hurairah, Salman, Jabir dan Ibnu Umar r.a.hum" 

Abu Isa berkata; " Isma'il bin Ibrahim dan selainnya meriwayatkan hadits ini dari Dawud bin Abu Hind, dari Asy-Sya'bi, dari Alqamah, dari Abdullah, bahwasanya ia bersama Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam pada malam lailatul qadar…hadisnya panjang. Asy-Sya'bi berkata, Nabi  bersabda: "Janganlah kalian beristinja` dengan kotoran dan tulang karena sesungguhnya ia adalah makanan saudara kalian dari bangsa jin." 

Seakan-akan hadis riwayat Isma'il lebih sahih (iaitu lebih tepat) dari riwayat Hafsh bin Ghiyats. Para ulama mengamalkan hadis ini. Dan dalam hadis ada hadis lain juga yang diriwayatkan oleh Jabir dan Ibnu Umar Radliaallahu 'anhuma."


Dan ini adalah tashih At-Tirmidzi untuk hadis ni, buktinya hadis Ismail adalah Sahih.


[5] Juga dinyatakan di dalam Sunan Abu Daud bahawa Jin pernah berkata kepada Nabi Sallallahu 'alaihi wa Sallam supaya mearang ummatnya beristinja dengan tulang, kotoran binatang atau arang :-

الكتب , سنن أبي داود , كتاب الطهارة , باب ما ينهى عنه أن يستنجى

حدثنا حيوة بن شريح الحمصي حدثنا ابن عياش عن يحيى بن أبي عمرو السيباني عن عبد الله بن الديلمي عن عبد الله بن مسعود قال قدم وفد الجن على رسول الله صلى الله عليه وسلم فقالوا

يا محمد انه أمتك أن يستنجوا بعظم أو روثة أو حممة فإن الله تعالى جعل لنا فيها
رزقا قال فنهى رسول الله صلى الله عليه وسلم عن ذلك


Dalam Sunan Abu Daud edisi cetakan al-Mahira no. 39, Kitab Taharah (dengan sanadnya) bahawa Abdullah bin Mas'ud berkata utusan jin datang kepada Nabi  lalu berkata ,

" 'Wahai Muhammad, laranglah umatmu beristinja dengan tulang, kotoran binatang atau arang. Sebab Allah Azza wa Jalla menjadikan rezeki kami pada barang-barang tersebut.' Kemudian beliau melarang beristinja (dengan barang-barang tersebut)."


[6] Dalam Sunan At-Tirmidzi, no. 3258, diceritakan bahawa tulang itu kembali ke bentuk daging di alam jin :-


 حدثنا علي بن حجر أخبرنا إسماعيل بن إبراهيم عن داود عن الشعبي عن علقمة قال قلت لابن مسعود رضي الله عنه : هل صحب النبي صلى الله عليه وسلم ليلة الجن منكم أحد قال ما صحبه منا أحد ولكن قد افتقدناه ذات ليلة وهو بمكة فقلنا اغتيل أو استطير ما فعل به فبتنا بشر ليلة بات بها قوم حتى إذا أصبحنا أو كان في وجه الصبح إذا نحن به يجئ من قبل حراء قال فذكروا له الذي كانوا فيه فقال أتاني داعي الجن فأتيتهم فقرأت عليهم فانطلق فأرانا أثرهم وأثر نيرانهم قال الشعبي وسألوه الزاد وكانوا من جن الجزيرة فقال كل عظم يذكر اسم الله عليه يقع في أيديكم أوفر ما كان لحما وكل بعرة أو روثة علف لدوابكم فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم فلا تستنجوا بهما فإنهما زاد إخوانكم الجن 



قال أبو عيسى هذا حديث حسن صحيح

3258 - Telah menceritakan kepada kami Ali bin Hujr telah mengkhabarkan kepada kami Ismail bin Ibrahim dari Dawud dari Asy Sya'bi dari Alqamah berkata: 

Aku bertanya kepada Ibnu Mas'ud radliallahu 'anhu apakah ada seorang diantara kalian menemani Nabi  dimalam beliau didatangi jin? 

Ia menjawab: Tidak ada seorang pun dari kami yang menemani beliau tapi pada suatu malam kami kehilangan beliau saat beliau di Makkah, kami mengatakan beliau (Nabi ) diculik atau diterbangkan oleh jin dan sekehendaknya diperlakukannya. Kami pun menginap dengan malam terburuk yang dilalui suatu kaum hingga pagi hari atau dipermulaan pagi, beliau datang dari arah Hira. Alqamah berkata: Mereka menceritakan kondisi mereka pada beliau lalu beliau bersabda: 

"Penyeru jin mendatangiku lalu aku mendatangi mereka, aku membacakan (al-Qur`an) pada mereka,

beliau pergi lalu memperlihatkan jejak-jejak mereka dan sisa-sisa perapian mereka. Asy Sya'bi berkata: Jin-jin tersebut meminta perbekalan kepada beliau dan mereka berasal dari jin jazirah arab, 

beliau bersabda: "Semua tulang yang disebut nama Allah atasnya yang ada ditangan-tangan kalian lebih banyak mendatangkan daging (sekali pun nampak tulang) dan setiap kotoran hewan atau makanan hewan kalian." 

Setelah itu Rasulullah  bersabda: "Karena itu jangan beristinja` dengan keduanya (tulang dan kotoran hewan) karena keduanya itu adalah perbekalan saudara-saudara kalian, jin.


Abu Isa berkata: Hadits ini "Hasan Sahih". 


Juga diriwayatkan oleh Ibnu Mas'ud dalam Sahih Muslim.





Abu Hud Fhaiq Amrie al Mi'maariy,
Putrajaya

Comments