selawat dan penggunaannya

SELAWAT DAN MAKNANYA




[1] Selawat makna
[2] Politik dalam berdoa dan berselawat 
[3] Sahih Al Bukhari Kitab Tafsir al Quran, Surah al-Ahzab Bab Firman Allah, sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabi....(Surah al-Ahzab ayat 56).
[4] Terjemahan selawat bermakna "ampun".
[5] Terjemahan selawat bermakna "rahmatlah dah berkah".
[6] Bolehkah berselawat kepada selain Nabi? Bagaimana dan apa maknanya?
[7] Terjemahan selawat bermakna memberi/doa kebaikan.
[8] Soal jawab
[9] Antara selawat dalam Sahih al-Bukhari

______________

[1] Selawat makna 

Merujuk kepada Dr. Abdul Basit Abdurrahman dalam blognya :-

Definisi – Makna perkataan: “Selawat”.
Perkataan selawat berasal dari bahasa Arab: الصلوات, diambil dari perkataan solat الصلاة‎ yang bererti doa atau pujian.


Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat. Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala. Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada penghulu kita Nabi Muhammad SAW.


Makna selawat dari Allah Ta’ala kepada hamba-Nya adalah limpahan rahmat, pengampunan, pujian, kemulian dan keberkatan dari-Nya. [Lihat kitab “Zadul Masir”, 6/398].

Dari Anas bin Malik radhiallahu ‘anhu, beliau berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَن صلَّى عليَّ صلاةً واحدةً، صَلى اللهُ عليه عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وحُطَّتْ عنه عَشْرُ خَطيئاتٍ، ورُفِعَتْ له عَشْرُ دَرَجَاتٍ

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).” [HR An-Nasa’i No. 1297, Ahmad]
___________________________________________

صلَّى يُصلِّي ، صَلِّ ، تصليةً ، فهو مُصلٍّ ، والمفعول مُصلًّى

Rujuk : Almaany.com 

صلَّى  : Fiil madhi 

contoh ayat محمد صلَّى الله عليه وسلم . Allah telah berselawat ke atas Nabi SAW.

يُصلِّي Fiil mudhari'

contoh ayat  إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ . Sesungguhnya Allah dan malaikat BERselawat ke atas Nabi SAW.


صَلِّ صلِّي صلِّيَا صلِّيَا صلُّوا صلِّينَ  : Fiil amr (Kalian wanita solatlah, kalian lelaki solatlah, kamu berdua lelaki/wanita solatlah, kamu wanita solatlah, kamu lelaki solatlah)

sumber : Qutrub.arabeys

Contoh ayat اللهم صَلِّ على محم . Ya Allah, Selawatlah ke atas Muhammad SAW.

صلَّى - يصلى - صَلِّ 

مصلىِ - مصلىَ - صلاةً

Untuk menjadikan fiil amr, gunakan perkataan dari fiil mudhari dan buang huruf illah (alif, wau, ya).


[2] Politik dalam berdoa dan berselawat (Rujuk)


حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَقُتَيْبَةُ وَابْنُ حُجْرٍ قَالُوا حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ وَهُوَ ابْنُ جَعْفَرٍ عَنْ الْعَلَاءِ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرًا


Terjemahan :

Kitab Sahih Muslim no.616, Kitab Solat,  , telah menceritakan kepada kami Yahya bin Ayyub, Qutaibah dan Ibnu Hujr mereka berkata, telah menceritakan kepada kami Ismail, yaitu Ibnu Ja'far dari al-'Ala' dari bapaknya dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Barangsiapa berselawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat kepadanya sepuluh kali.

Berikut merupakan hadis yang diriwayatkan dalam Kitab Sahih Muslim. Berselawat secara langsung juga kita mendoakan diri kita. Malah dalam gandaan 10.

Ini dipanggil politik dalam berdoa. Kite berselawat dalam masa yang sama kita berdoa untuk diri kita.

Kerana berselawat/mendoakan Nabi, Allah akan mendoakan kita kembali.



[3] Sumber : Sahih Al Bukhari Kitab Tafsir al Quran, Surah al-Ahzab Bab Firman Allah, sesungguhnya Allah dan para malaikatNya berselawat untuk Nabi....(Surah al-Ahzab ayat 56.)


إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ

بَاب قَوْلِهِ إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا 

قَالَ أَبُو الْعَالِيَةِ صَلَاةُ اللَّهِ ثَنَاؤُهُ عَلَيْهِ عِنْدَ الْمَلَائِكَةِ وَصَلَاةُ الْمَلَائِكَةِ الدُّعَاءُ

Abu al-Aliyah (Abu al-Aliyah al-Barra' adalah seorang tabi'in) mengatakan : "Allah berselawat untuk Nabi. Allah memuji-muji beliau dihadapan para malaikat. Sedangkan malaikat berselawat untuk Nabi, malaikat mendoakan beliau."  

[nota tambahan : Ibnu Solah dalam Mukadimah Ibnu Solah mengatakan al-Bara' bin Azib iaitu sahabat Nabi SAW dibaca dengan satu ra' dan diawal nama, manakala Abu al-Aliyyah al-Barra' pula dibaca dengan sabdu pada ra' dan dihujung nama.]

 قَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ يُصَلُّونَ يُبَرِّكُونَ لَنُغْرِيَنَّكَ لَنُسَلِّطَنَّكَ 

Ibnu Abbas mengatakan :  يُصَلُّونَ bermakna memberkati. لَنُغْرِيَنَّكَ bermakna kami berikan kuasa kepadamu (untuk memerangi mereka).

Dalam Lisan Al Arab, penulis menaqalkan qaul Abu al-Abbas, Abu al-Abbas mentafsirkan firman Allah Ta'ala:
هو الذي يصلي عليكم وملائكته

Maksudnya yusholli dekat sini adalah yarham
Dan malaikat mendoakan untuk Muslimin dan Muslimat


[4] Terjemahan "ampun" dalam Sahih Bukhari no. 4166, dalam bentuk fiil amr.
اللهم صلِّ على آل أبي أوفى

Nabi SAW bersabda : "Ya Allah berilah keampunan kepada keluarga Abu Aufa."





[5] Terjemahan "rahmatlah dah berkah" dalam Sahih Bukhari no. 1497, dalam bentuk fiil amr.
اللهم صلِّ على آل أبي أوفى

Nabi SAW bersabda : "Ya Allah berilah rahmat dan berkah kepada keluarga Abu Aufa."


[6] Pendapat al-Imam al-Bukhari tentang berselawat ke atas orang lain selain Nabi SAW dengan makna selawat .Sahih Bukhari Kitab Doa Bab 33 Bolehkah berselawat kepada selain Nabi? hadis no. 6359 dan no. 6360. 

خُذْ مِنْ أَمْوَالِهِمْ صَدَقَةً تُطَهِّرُهُمْ وَتُزَكِّيهِمْ بِهَا وَصَلِّ عَلَيْهِمْ إِنَّ صَلَاتَكَ سَكَنٌ لَهُمْ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

Allah SWT berfirman : “Pungutlah zakat dari kekayaan mereka, engkau bersihkan sucikan mereka dengannya, dan berdoalah untuk mereka, sesungguhnya doa kamu itu menjadi ketentraman jiwa bagi mereka” (QS. Al-Taubah: 103)


hadis no. 6359 : 
اللهم صَلِّ عليهِ

Ibnu Abu Aufa berkata, "ketika seseorang datang memebawa sedekahnya kepada Nabi SAW, beliau berdoa 'Ya Allah solawat (yang membawa maksud berkah dan rahmat) ke atasnya'." Lalu ayahku datang kepada beliau dengan membawa sedekahnya. Beliau berdoa, "Ya Allah solawat bagi Abu Aufa."

hadis no. 6360 : 

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَمْرِو بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ قَالَ أَخْبَرَنِي أَبُو حُمَيْدٍ السَّاعِدِيُّ أَنَّهُمْ قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ كَيْفَ نُصَلِّي عَلَيْكَ قَالَ قُولُوا اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَأَزْوَاجِهِ وَذُرِّيَّتِهِ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ

Para sahabat bertanya kepada Nabi SAW, "Bagaimana caranya kami berselawat kepadamu?"

Nabi SAW bersabda : Katakanlah ; "Ya Allah selawatlah ke atas Muhammad, isteri-isterinya, dan keturunanya sebagaimana engkau berselawat ke atas Ibrahim...........(seterusnya)".

[7] Terjemahan selawat (صَلَوَاتٌbermakna memberi/doa kebaikan. Surah al-Baqarah ayat 157.


[8] Soal jawab

Soalan :

Selalu jika nama Nabi disebutkan, kita ikuti dengan selawat "Sallallahu alaihi wasallam".

Bolehkah bantu saya dengan memberi dalil tentang selawat seperti itu? Atau sebaik2 selawat yg kita ikuti ialah sewaktu tasyahud?

Jawapan(Ustaz Yasir Ramli)

Antara dalil berselawat kepada Nabi adalah pada surah Al-Ahzab: 56, dan juga sekian banyak hadith, antaranya:



قَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : رَغِمَ أَنْفُ رَجُلٍ ذُكِرْتُ عِنْدَهُ فَلَمْ يُصَلِّ عَلَيَّ 


Berkata Rasululullah shallallahu 'alaihi wasallam : "Rugilah bagi seorang lelaki yang apabila disebut nama ku kepadanya dia tidak berselawat kepada ku...." [Riwayat Ahmad: 7444]

Lafaz yang biasa digunakan adalah صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ merupakan lafaz umum, dan tidak mengapa menggunakan lafaz lain, asalkan ia tidak bercanggahan maknanya dengan syara'.

Kerana tidak ada dalil khusus yang diriwayatkan oleh sahabat langsung kepada Nabi, melainkan selawat Ibrahimiyyah. Dalam riwayat tersebut, sahabat bertanya cara hendak berselawat kepadanya, lalu Nabi shallallahu 'alaihi wasallam mengajarkan selawat Ibrahimiyyah ini.

Nabi shallallahu 'alaihi wasallam memilih selawat yang paling afdhal untuk dirinya sendiri, tetapi ia tidak menafikan selawat lainnya juga.
[Boleh rujuk: 11/166 ،فتح الباري شرح صحيح البخاري]

Soalan :

Jadi bolehlah saya simpulkan lafaz "sallallahu alaihi wasallam" seakan doa, sama seperti kita mendoakan "Rahimahullah". Manakala selawat ibrahimiyah pula berbentuk ibadah dan ada anjuran buat demikian.

P/s lepasni dengar nama nabi SAW, saya nak ikuti dengan "Allahumma solli ala Muhammad....."

Jawapan : (Ustaz Yasir Ramli)

Ya, benar. Anjuran doa kepada Nabi itu kita panggil sebagai selawat. "Doa" yang paling afdhal itu pula ialah Ibrahimiyyah. Juga boleh rujuk kitab:

"السنن والمبتدعات المتعلقة بالأذكار والصلوات" oleh: محمد عبد السلام خضر الشقيري

Penulisnya ada menukilkan perkataan Imam Al-Suyuthy berkenaan dengan topik ni. M/s: 232.


Soalan : (sumber dari AFN.net)

Ada seorang ustaz cakap bila dengar orang sebut S.A.W kita perlu jawab Allahumamashallia'lamuhammad bukan jawab S.A.W jugak sebab katanya jawapan S.A.W Allah S.W.T yag berselwat ke atas nabi.

Tolong beri penjelasan yang paling rajih nak ucap sebagai balasan bila mendegar nama nabi disebut seperti suruhannya dalam hadis tu...

Jawapan :

Mungkin dia lihat dari sudut makna yang biasa krn lafaz " صلى الله عليه وسلم " menurut makna biasa dalam ilmu nahu ialah ALLAH telah berselawat dan bersalam ke atas Nabi. Perkataan "صلى " itu fiil madhi (past tense).

Namun begitu ilmu bahasa arab ini luas. Kalau kita kaji al Quran ada lafaz fiil madhi digunakan utk fiil mudhari` atau lebih tepat lagi mustaqbal (future). Oleh itu apabila ulama dahulu mengkajinya muncul satu ilmu bahasa arab yang di beri nama ilmu Balaghah.

Jadi maksud " صلى " disini bukanlah fiil madhi (past tense) tetapi ianya mengandungi makna doa . Dalam istilah ilmu balaghah disebut "خبرية لفظا إنشائية معنى " . Lafaznya khabar (berita) dan maknanya insha. Dalam konteks disini maknanya ialah doa , iaitu maknanya ialah " اللهم ". Jadi apabila kita ucapkan " صلى الله عليه وسلم " ianya bukan dengan makna past tense tetapi maknanya ialah
"اللهم صل على محمد ". Ya ALLAH! sampaikan selawat dan salam ke atas Muhammad.

Kesimpulan : Apabila diucapkan nama Muhammad kita boleh jawab dengan " صلى الله عليه وسلم " , " اللهم صل على محمد " dan juga "صلى الله وسلم عليه ".

WALLAAHU `AA`LAM

[9] Antara selawat dalam Sahih al-Bukhari

i- Dalam Sahih al-Bukhari , Kitab Doa , Bab Selawat ke Atas Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam (Rujuk) :-

حَدَّثَنَا آدَمُ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنَا الْحَكَمُ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ أَبِي لَيْلَى قَالَ لَقِيَنِي كَعْبُ بْنُ عُجْرَةَ فَقَالَ أَلَا أُهْدِي لَكَ هَدِيَّةً إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَرَجَ عَلَيْنَا فَقُلْنَا يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ عَلِمْنَا كَيْفَ نُسَلِّمُ عَلَيْكَ فَكَيْفَ نُصَلِّي عَلَيْكَ قَالَ فَقُولُوا

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ اللَّهُمَّ بَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى آلِ إِبْرَاهِيمَ إِنَّكَ حَمِيدٌ مَجِيدٌ




Abu Hud Fhaiq Amrie al Mi'maariy,
Putrajaya



Comments