Aku Mulai dengan Bismillah dan serangka pantun,
Ini info dari Nawawi,
Semak dalam Jami' Khatib Baghdadi,
Terjumpa wasiatnya bila mati,
Tanam sebelah Bisyr al-Hafi as-Sufi.
Berikut adalah bacaan dari kitab tersebut bersama-sama Nawawi dan Ustaz Adlan Abdul Aziz yang merupakan hasil tangan al-Khatib al-Baghdadi, yang kami baca bersama-sama di Masjid UIA. Pada sebelum itu telah pun diterjemahkan dalam laman web AFN.net .
Nota dalam Al-Jami' PDF
1) Mengaku ahli Hadis selepas belajar 3 hari.
2) Mengahafal 300,000 hadis itu biasa-biasa sahaja bagi Imam Ahmad Bin Hanbal.
3) Nasihat pelajarilah adab dan akhlak ahli hadis.
4) Sesiapa yang menuntut ilmu hadith demi selain Allah, akan tertipu dengannya.
5) Siapakah ahli hadis yang zalim.
6) Nasihat untuk tawadu' ketika belajar dan mengajar.
7) Berlemah lembut dengan ilmu.
9) Menghidupkan satu sunnah yang mati.
10) Bersabarlah dalam menuntut hadis.
11) Perumpamaan mempelajari sanad hadis.
1) Mengaku ahli Hadis selepas belajar 3 hari :-
عن محمد بن سهل بن عسكر قال حضرت المأمون بالمصيصة فقام اليه رجل بيده محبرة فقال يا امير المؤمنين صاحب حديث منقطع به قال فوقف المأمون فقال له ايش تحفظ في باب كذا وكذا قال فسكت الرجل فقال المأمون نا ابن عليه عن فلان عن فلان عن فلان وحدثنا حجاج الاعور عن ابن جريج كذا حتى عدد له كذا حديثا ثم قال ايش تحفظ في باب كذا قال فسكت فسرد فيه كذا حديثا ثم قال احدهم يطلب الحديث ثلاثة ايام يقول انا صاحب حديث اعطوه ثلاثة دراهم
Aku bertemu al-Ma'mun di al-Masisah, lalu seorang lelaki yang memegang bekas dakwat di tangannya datang mengadapnya. Al-Ma'mun diberitahu, "Wahai Amir Al-Mu'minin, ada seorang ahli hadis yang hebat"
Al-Ma'mun pun berhenti, dan berkata, "Apa yang kau hafaz dalam bab itu dan ini?".
Tetapi lelaki itu diam.
Al-Ma'mun berkata lagi, "Ibn Ulayyah memberitahu kami, dari fulan, dari fulan, dari fulan, dan Hajjaj al-A'war memberitahu kami, dari Ibn Juraij, sekian sekian...jadi, apa yang kau hafaz dalam bab itu dan ini pula?"
Lelaki itu terdiam lagi.
Maka al-Ma'mun pun membacakan beberapa hadis lagi, dan berkata, "Seseorang dalam kalangan mereka baru belajar hadis selama 3 hari, tapi sudah mengatakan "Aku ahli hadith", berilah dia 3 dirham".
2) Mengahafal 300,000 hadis itu biasa-biasa sahaja bagi Imam Ahmad Bin Hanbal :-
عن احمد بن العباس النسائي قال سألت احمد بن حنبل عن الرجل يكون معه مائة الف حديث يقال انه صاحب حديث قال لا قلت له عنده مائتا الف حديث يقال انه صاحب حديث قال لا قلت له ثلاثمائة الف حديث فقال بيده كذا يروح يمنة ويسرة وأومأ غسان بيده كذا وكذا يقلبها
Daripada Ahmad bin al-Abbas an-Nasaei, katanya:
Aku bertanya kepada Ahmad bin Hanbal, adakah orang yang mempunyai 100,000 hadis dikira sebagai ahli hadis?
Ahmad mengatakan tidak.
Aku bertanya lagi, jika padanya ada 200,000 hadith adakah dikira sebagai ahli hadis?
Ahmad mengatakan tidak.
Aku bertanya lebih lanjut, jika padanya ada 300,000 hadis?
Ahmad menjawab dengan tangannya, sambil menggerak-gerakkan tangannya ke kanan dan ke kiri, sebegini...
(bayangkan tangan membuat isyarat "boleh laa")
3) Nasihat pelajarilah adab dan akhlak ahli hadis :-
عن ابراهيم بن حبيب بن الشهيد قال قال لي ابي يا بني ايت الفقهاء والعلماء وتعلم منهم وخذ من ادبهم واخلاقهم وهديهم فإن ذاك احب الي لك من كثير من الحديث
Daripada Ibrahim bin Habib bin asy-Syahid, katanya:
Ayahku berkata padaku:
Wahai anakku, pergilah berjumpa para fuqaha' dahn ulama', belajarlah daripada mereka, dan ambillah adab dan akhlak mereka serta panduan mereka, itu lebih aku sukai daripada hadis yang banyak.
Dari Sulaiman bin Abdil Jabbar, katanya aku mendengar Ishaq bin Isa bin at-Tabba' berkata:
Hamad bin Salamah berkata:
Sesiapa yang menuntut ilmu hadis demi selain Allah, akan tertipu dengannya.
Dari Hasnun al-Attar yang meriwayatkan dari Ibn al-Mubarak, katanya:
Sufyan ditanya, siapakah manusia? Jawabnya, para ulama'.
Ditanya lagi, siapakah orang-orang yang hina? Jawabnya, orang-orang yang zalim.
Ditanya lagi, siapakah orang yang bebal? Jawabnya, orang yang menulis hadis dan dengan hadis itu dia 'memakan' manusia.
Ditanya lagi, siapakah raja-raja? Jawabnya, orang-orang zuhud.
Komen al-Khatib al-Baghdadiy:
Ayahku berkata padaku:
Wahai anakku, pergilah berjumpa para fuqaha' dahn ulama', belajarlah daripada mereka, dan ambillah adab dan akhlak mereka serta panduan mereka, itu lebih aku sukai daripada hadis yang banyak.
4) Sesiapa yang menuntut ilmu hadith demi selain Allah, akan tertipu dengannya :-
عن سليمان بن عبد الجبار قال سمعت اسحق بن عيسى بن الطباع يقول قال حماد بن سلمة من طلب الحديث لغير الله مكر به
Dari Sulaiman bin Abdil Jabbar, katanya aku mendengar Ishaq bin Isa bin at-Tabba' berkata:
Hamad bin Salamah berkata:
Sesiapa yang menuntut ilmu hadis demi selain Allah, akan tertipu dengannya.
5) Siapakah ahli hadis yang zalim :-
عن حسنون العطار يروي عن ابن المبارك قال قيل لسفيان من الناس قال العلماء قيل فمن السفلة قال الظلمة قيل فمن الغوغاء قال الذين يكتبون الحديث يأكلون به الناس قيل فمن الملوك قال الزهاد
Sufyan ditanya, siapakah manusia? Jawabnya, para ulama'.
Ditanya lagi, siapakah orang-orang yang hina? Jawabnya, orang-orang yang zalim.
Ditanya lagi, siapakah orang yang bebal? Jawabnya, orang yang menulis hadis dan dengan hadis itu dia 'memakan' manusia.
Ditanya lagi, siapakah raja-raja? Jawabnya, orang-orang zuhud.
وليتق المفاخرة والمباهاة به وان يكون قصده في طلب الحديث نيل الرئاسة واتخاذ الاتباع وعقد المجالس فان الافة الداخلة على العلماء اكثرها من هذا الوجه
6) Nasihat untuk tawadu' ketika belajar dan mengajar :-
انا احمد بن علي بن يزداد القارىء انا عبدالله بن ابراهيم بن عبد الملك الاصبهاني نا محمد بن علي بن مخلد الفرقدي نا اسماعيل بن عمرو نا شريك وحفص بن غياث عن العلاء بن المسيب عن ابيه قال قال عمر بن الخطاب تعلموا العلم وتعلموا للعلم السكينة والحلم وتواضعوا لمن تعلمون وتواضعوا لمن تعلمون منه ولا تكونوا جبابرة العلماء فلا يقوم علمكم بجهلكم
Tuntutlah ilmu, dan belajarlah untuk bertenang dan berlemah-lembut demi ilmu itu, tawadhu'lah kepada orang yang kalian ajarkan, dan tawadhu'lah dengan orang yang kalian belajar dengannya, dan janganlah menjadi ulama-ulama samseng, yang mana dengan sebab itu ilmu kalian tidak ada kesan terhadap kejahilan kalian sendiri.
7) Berlemah lembut dengan ilmu :-
انا ابو الحسن علي بن احمد بن ابراهيم بن اسماعيل البزاز بالبصرة نا ابو علي الحسن بن محمد بن عثمان الفسوي نا يعقوب بن سفيان نا ابن عثمان يعني عبدان المروزي انا عبد الله وهو ابن المبارك انا حبيب بن حجر القيسي قال كان يقال ما احسن الايمان ويزينه العلم وما احسن العلم ويزينه العمل وما احسن العمل ويزينه الرفق وما اضيف شيء الى شيء مثل حلم الى علم
Pernah dikatakan bahawa alangkah indahnya iman yang dihiasi ilmu, dan alangkah indahnya ilmu yang dihiasi amal, dan alangkah indahnya amal yang dihiasi toleransi, dan aku takkan menambah sesuatu kepada sesuatu yang lain sebagaiman aku menambah sifat lemah lembut kepada ilmu.
8) Perumpamaan orang yang belajar kemudian kawin :-
المستحب لطالب الحديث ان يكون عزبا ما امكنه ذلك لئلا يقتطعه الاشتغال بحقوق الزوجة والاهتمام بالمعيشة عن الطلب
Bermaksud: Mustahabb bagi Penuntut Ilmu Hadis Untuk Hidup Membujang Selama Mana yang Mungkin Agar Dia Tidak Disibukkan dengan Hal Ehwal Isteri dan Tuntutan Hidup
نا أَبُو الْحُسَيْنِ مُحَمَّدُ بْنُ الْحُسَيْنِ بْنِ مُحَمَّدِ بْنِ الْفَضْلِ الْقَطَّانُ ، أَنَا أَحْمَدُ بْنُ سَلْمَانَ بْنِ الْحَسَنِ النَّجَّادُ ، نَا مُحَمَّدُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْوَاسِطِيُّ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا مَنْصُورٍ الْحَارِثَ بْنَ مَنْصُورٍ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ سُفْيَانَ الثَّوْرِيَّ ، يَقُولُ : إِذَا تَزَوَّجَ الرَّجُلُ رَكِبَ الْبَحْرَ ، فَإِذَا وُلِدَ لَهُ كُسِرَ بِهِ
"Apabila seseorang itu berkahwin, seolah-olah dia menaiki kapal melayari laut. Apabila dia mendapat anak, pecahlah kapal itu."
9) Menghidupkan satu sunnah yang mati :-
أَنَا مُحَمَّدُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ يَعْقُوبَ ، أَنَا مُحَمَّدُ بْنُ نُعَيْمٍ الضَّبِّيُّ ، أَخْبَرَنِي مُحَمَّدُ بْنُ يُوسُفَ بْنِ رَيْحَانَ ، قَالَ : حَدَّثَنِي أَبِي ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ مُحَمَّدَ بْنَ إِسْمَاعِيلَ يَعْنِي الْبُخَارِيَّ ، يَقُولُ : أَفْضَلُ الْمُسْلِمِينَ رَجُلٌ أَحْيَا سُنَّةً مِنْ سُنَنِ الرَّسُولِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أُمِيتَتْ ، فَاصْبِرُوا يَا أَصْحَابَ السُّنَنِ رَحِمَكُمُ اللَّهُ ، فَإِنَّكُمْ أَقَلُّ النَّاسِ
Sebaik-baik muslimin adalah lelaki yang menghidupkan satu sunnah yang mati, daripada sunnah-sunnah Rasul s.a.w. Maka bersabarlah wahai orang-orang Sunnah, semoga Allah merahmati kalian, sesungguhnya kalian memang golongan manusia yang sangat sedikit bilanganya.
10) Bersabarlah dalam menuntut hadis :-
i- Syu'aib bin Harb (thiqah, syaikh kepada Ahmad, murid kepada Syu'bah) berkata:
أَنَا أَبُو عَبْدِ الرَّحْمَنِ إِسْمَاعِيلُ بْنُ أَحْمَدَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْحِيرِيُّ الضَّرِيرُ ، أَنَا زَاهِرُ بْنُ أَحْمَدَ السَّرَخْسِيُّ ، أَنَا أَبُو عَبْدِ اللَّهِ مُحَمَّدُ بْنُ الْمُسَيَّبِ نَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ خُبَيْقٍ ، نَا مُوسَى بْنُ طَرِيفٍ ، عَنْ شُعَيْبِ بْنِ حَرْبٍ ، قَالَ : كُنَّا نَطْلُبُ الْحَدِيثَ أَرْبَعَةَ آلافٍ ، فَمَا أَنْجَبَ مِنَّا إِلا أَرْبَعَةٌ
ii) Israa'iil menceritakan, bahawa sangat ramai manusia yang belajar hadis di zaman al-A'masy, lalu dikatakan kepada al-A'masy :
"Wahai Abu Muhammad, tidakkah kau lihat betapa banyaknya mereka?"
Al-A'masy menjawab, "Jangan kalian lihat pada ramainya mereka, sepertiga daripada mereka akan mati, sepertiga antara mereka akan sibuk bekerja, dan dalam sepertiga yang akhir pula, hanya 1 saja yang bertahan dalam setiap 100."
حَدَّثَنِي أَبُو يَعْلَى أَحْمَدُ بْنُ عَبْدِ الْوَاحِدِ الْوَكِيلُ ، نَا عَلِيُّ بْنُ عُمَرَ الدَّارَقُطْنِيُّ ، نَا إِسْمَاعِيلُ بْنُ مُحَمَّدٍ الصَّفَّارُ ، نَا عَبَّاسٌ يَعْنِي الدُّورِيَّ ، نَا أَسْوَدُ بْنُ عَامِرٍ ، شَاذَانَ ، عَنْ إِسْرَائِيلَ ، قَالَ : كَثُرَ مَنْ يَطْلُبُ الْحَدِيثَ فِي زَمَنِ الأَعْمَشِ ، فَقِيلَ لَهُ : يَا أَبَا مُحَمَّدٍ ، مَا تَرَى مَا أَكْثَرُهُمْ ؟ قَالَ : لا تَنْظُرُوا إِلَى كَثْرَتِهِمْ ، ثُلُثُهُمْ يَمُوتُونَ ، وَثُلُثُهُمْ يَلْحَقُونَ بِالأَعْمَالِ ، وَثُلُثُهُمْ مِنْ كُلِّ مَائَةٍ يُفْلِحُ وَاحِدٌ
Al-A'masy menjawab, "Jangan kalian lihat pada ramainya mereka, sepertiga daripada mereka akan mati, sepertiga antara mereka akan sibuk bekerja, dan dalam sepertiga yang akhir pula, hanya 1 saja yang bertahan dalam setiap 100."
11) Perumpamaan mempelajari sanad hadis :-
i- Muhammad bin Aslam at-Tusi (guru Ibn Khuzaimah, murid Yazid bin Harun, menulis sebuah kitab Musnad dan al-Arba'un) berkata:
أَنا أَبُو بَكْرٍ أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ جَعْفَرٍ الْيَزْدِيُّ ، بِأَصْبَهَانَ ، نَا عُمَرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَحْمَدَ ، نَا يَعْرُبُ بْنُ خَيْرَانَ ، نَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ النَّيْسَابُورِيُّ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا عَبْدِ الرَّحْمَنِ الطُّوسِيَّ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ مُحَمَّدَ بْنَ أَسْلَمَ الطُّوسِيَّ ، يَقُولُ : قُرْبُ الإِسْنَادِ قُرْبَةٌ إِلَى اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ
"Mendekatkan isnad adalah seperti mendekatkan diri kepada Allah azza wa jalla."
ii- Ahmad bin Hanbal berkata :
حَدَّثَنِي عَبيْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي الْفَتْحِ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا سَعْدٍ عَبْدَ الرَّحْمَنِ بْنَ مُحَمَّدٍ الإِدْرِيسِيَّ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ أَبَا أَحْمَدَ بْنِ عَدِيٍّ ، يَقُولُ : نَا عَبْدُ الْمُؤْمِنِ بْنُ أَحْمَدَ بْنُ حَوْثَرَةَ الْجُرْجَانِيُّ ، قَالَ : سَمِعْتُ عَمَّارَ بْنَ رَجَاءٍ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ أَحْمَدَ بْنَ حَنْبَلٍ ، يَقُولُ : طَلَبُ إِسْنَادِ الْعُلُوِّ مِنَ السُّنَّةِ
"Mendapatkan isnad yang tinggi (yakni isnad yang pendek) termasuk dalam Sunnah."
حُدِّثْتُ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ جَعْفَرٍ الْحَنْبَلِيِّ ، قَالَ : أَنا أَبُو بَكْرٍ أَحْمَدُ مُحَمَّدُ بْنُ هَارُونَ الْخَلالُ ، نَا حَرْبُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ الْكِرْمَانِيُّ ، قَالَ : سُئِلَ أَحْمَدُ عَنِ الرَّجُلِ يَطْلُبُ الإِسْنَادَ الْعَالِيَ ، قَالَ : طَلَبُ الإِسْنَادِ الْعَالِي سُنَّةٌ عَمَّنْ سَلَفَ ، لأَنَّ أَصْحَابَ عَبْدِ اللَّهِ كَانُوا يَرْحَلُونَ مِنَ الْكُوفَةِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْ عُمَرَ وَيَسْمَعُونَ مِنْهُ
"Mencari isnad yang tinggi itu Sunnah daripada mereka yang terdahulu, kerana rakan-rakan Abdullah (bin Umar) melakukan rehlah dari Kufah ke Madinah lalu mereka belajar dari Umar sendiri dan mendengar daripadanya."
iii- Yahya bin Ma'in berkata :
أَنَا أَبُو الْقَاسِمِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ سُلَيْمَانَ الْمُؤَدِّبُ ، بِأَصْبَهَانَ ، أَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ الْمُقْرِئُ ، نَا الْحَسَنُ بْنُ حَبِيبٍ الدِّمَشْقِيُّ ، إِمَامُ بَابِ الْجَابِيَةِ ، نَا عَلانُ بْنُ الْمُغِيرَةِ ، قَالَ : سَمِعْتُ يَحْيَى بْنَ مَعِينٍ ، يَقُولُ : الْحَدِيثُ بِنُزُولٍ كَالْقُرْحَةِ فِي الْوَجْهِ
"Hadith yang padanya Nuzul (isnad yang panjang) umpama ulser di wajah."
iv- Ahmad bin Hanbal ditanya mengenai lelaki yang mencari isnad yang tinggi, dia menjawab :
"Mencari isnad yang tinggi itu Sunnah daripada mereka yang terdahulu, kerana rakan-rakan Abdullah (bin Umar) melakukan rehlah dari Kufah ke Madinah lalu mereka belajar dari Umar sendiri dan mendengar daripadanya."
v- Ali bin al-Madini berkata :
حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي الْفَتْحِ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا سَعْدٍ الإِدْرِيسِيَّ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ أَبَا أَحْمَدَ بْنَ عَدِيٍّ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ بَكْرَ بْنَ مُحَمَّدٍ الْكَاتِبَ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ إِسْمَاعِيلَ بْنَ إِسْحَاقَ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ عَلِيَّ بْنَ الْمَدِينِيَّ ، يَقُولُ : النُّزُولُ شُؤْمٌ
vi- Yahya bin Ma'in berkata :
أَنَا أَحْمَدُ بْنُ أَبِي جَعْفَرٍ الْقُطَيعيُّ ، نَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَسَنِ الْهَمَذَانِيُّ ، بِمَكَّةَ ، نَا أَبُو بَكْرٍ أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ خَلَفٍ الْعُصْفُرِيُّ ، نَا أَبُو الْحَسَنِ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زُفَرَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ النَّاقِدُ ، عَنْ يَحْيَى بْنِ مَعِينٍ ، قَالَ : الْحَدِيثُ النُّزُولُ عَنْ ثَبْتٍ خَيْرٌ مِنْ عُلُوٍّ عَنْ غَيْرِ ذِي ثَبْتٍ
Bacaan bersambung pada kuliah seterusnya.................
Abu Hud Fhaiq Amrie al Mi'maariy,
Putrajaya
Comments
Post a Comment