بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
تذكرة الحفاظ
[1] Mukadimah
الطبقة الأولى
Segala pujian itu bagi Allah Subhanawataa'la sucilah nama-nama sifat-sifatnya azzawajalla (Yang Maha Mulia). Yang Memberi Hidayah dan Menyesatkan Manusia, Yang Memberi Kesihatan dan Kesakitan, Yang Memuliakan dan Yang Menghinakan. Dan Allah berselawat ke atas Saidina Muhammad yang menjadi teladan pada ahli akidah, yang menyampaikan risalah. Tanpa merasa jemu, yang bangkit menyampaikan wahyu dan petunjuk kepada jalan perlindungan dan ke atas ahli keluarga dan sahabatnya dan Allah memberi keselamatan sebenar-benar keselamatan.
Ini adalah peringatan mengenai nama-nama penjunjung ilmu kenabian dan mereka yang dijadikan rujukan melalui ijtihad mereka dalam pentsiqahan dan pendhaifan dan pemalsuan (hadis) dan dengan Allah aku berpegang dan kepadaNya aku bersandar dan kepadaNya aku kembali.
[2] Tabaqat Pertama Dalam Kitab Ini -
i. Abu Bakar as-Siddiq Radiyallahu Ta'ala anha
Tabaqat Pertama Dalam Kitab Ini
Abu Bakar as-Sidiq radiyallahu taa'la anhu
أفضل الأمة وخليفة رسول الله
ومؤنسه في الغار، وصديقه الأكبر، وصديقه الأشفق، ووزيره الأحزم، عبد الله بن أبي قحافة عثمان القرشي التيمي قد أفردت سيرته في مجلد وسط

وكان أول من احتاط في قبول الأخبار فروى بن شهاب عن قبيصة بن ذويب أن الجدة جاءت إلى أبي بكر تلتمس أن تورث فقال: ما أجد لك في كتاب الله شيئا وما علمت أن رسول الله
ذكر لك شيئا ثم سأل الناس فقام المغيرة فقال: حضرت رسول الله
يعطيها السدس. فقال له: هل معك أحد؟ فشهد محمد بن مسلمة بمثل ذلك فأنفذه لها أبو بكر 



Lelaki yang paling afdhal dalam ummah ini pengganti Rasullullah sallallahu alaihi wassallam dan temannya dalam gua, temannya paling rapat dan teman yang paling disayangi, pengikutnya yang paling pintar. Abdullah bin Abi Quhafah Uthman al-Qurasyhi at-Taimi. Dan aku ada menulis sirahnya dalam sebuah kitab yang sederhana tebalnya.
Dialah orang yang pertama yang mempercayai khabar-khabar Rasullullah sallallahu alaihi wasallam dengan hati-hati.
Dari Ibnu Syihab az-Zuhri telah meriwayatklan kepada Qabisah bin Dzuwaib bahwasanya seorang nenek datang menemui Abu Bakar as-Sidiq mengharapkan untuk mewarisi sesuatu. Abu Bakar berkata, "Aku tidak jumpa kitabullah satu apa pun untukmu. Dan aku tidak tahu pun bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menyebut sesuatu untuk engkau." Kemudian Abu Bakar bangun lalu bertanya kepada yang lain, dan al-Mughirah bangun lalu berkata, "Aku pernah bersama-sama Rasulullah sallallahu alaihi wassallam dan baginda memberikan 1/6 kepadanya (nenek tersebut)." Abu Bakar berkata, "Adakah terdapat orang lain bersama-sama engkau (ketika itu)?" Lalu Ishaq bin Maslamah menjadi saksi dengan apa yang dikatakan itu. Maka Abu Bakar pun menyerahkan hak kepada nenek tersebut.
Dan diantara riwayat-riwayat mursal Ibnu Abi Mulaikah. Ada sesuatu yang meriwayatkan bahawa Abu Bakar as-Siddiq menghimpun manusia selepas kewafatan Nabi mereka. Lalu dia berkata kepada semua yang mengungkapkan kata-kata tadi dari Rasulullah sendiri berkhilaf mengenainya.
تختلفون فيها والناس بعدكم أشد اختلافا فلا تحدثوا عن رسول الله شيئا، فمن سألكم فقولوا بيننا وبينكم كتاب الله فاستحلوا حلاله وحرموا حرامه
فهذا المرسل يدلك أن مراد الصديق التثبت في الأخبار والتحري لا سد باب الرواية، ألا تراه لما نزل به أمر الجدة ولم يجده في الكتاب كيف سأل عنه في السنة، فلما أخبره الثقة ما اكتفى حتى استظهر بثقة آخر ولم يقل حسبنا كتاب الله كما تقوله الخوارج
وحديث يونس عن الزهري أن أبا بكر حدث رجلا حديثا فاستفهمه الرجل إياه فقال أبو بكر: هو كما حدثتك، أي أرض تقلني إذا أنا قلت ما لم أعلم؟ وصح أن الصديق خطبهم فقال: إياكم والكذب فإن الكذب يهدي إلى الفجور والفجور يهدي إلى النار
وقال علي بن عاصم وهو من أوعية العلم لكنه سيء الحفظ أنا إسماعيل بن أبي خالد عن قيس بن أبي حازم قال: سمعت أبا بكر الصديق يقول: إياكم والكذب؛ فإن الكذب مجانب الإيمان. قلت: صدق الصديق فإن الكذب أس النفاق وآية المنافق، والمؤمن يطبع على المعاصي والذنوب الشهوانية لا على الخيانة والكذب، فما الظن بالكذب على الصادق الأمين صلوات الله عليه وسلامه وهو القائل: "إن كذبا علي ليس ككذب على غيري، من يكذبْ علي بني له بيت في النار" وقال: "من يقل علي ما لم أقل"، الحديث. فهذا وعيد لمن نقل عن نبيه ما لم يقله مع
Sedangkan manusia selepas itu, yang paling banyak khilafnya. Maka janganlah kamu mengungkapkan satu apa pun dari Rasullullah sallallahu alaihi wasallam dan siapa yang bertanya kepada kamu katakanlah antara kami dan kamu adalah kitab Allah. Maka halalkanlah apa yang dihalalkannya dan haramkanlah apa yang diharamkannya.
Riwayat mursal ini menunjukkan kepada engkau bahawa maksud Abu Bakar as-Siddiq adalah untuk tasabbut (berhati-hati) khabar-khabar dengan bersungguh-sungguh. Lebih-lebih lagi dalam bab riwayat. Tidakkah engkau lihat bagaimana dia menghadapi isu nenek tersebut walhal dia tidak mendapati isu tersebut dalam quran. Bagaimana dia bertanya tentang nenek itu menurut sunnah. Apabila sang tsiqah mengkhabarkan kepadanya (jawapan) dia tidak merasa puas hati. Sehingga dia meminta seorang tsiqah yang lain muncul dan dia tidak pula mengatakan "cukuplah kitab Allah". Sebagaimana dikatakan oleh khawarij.
Yunus telah meriwayatkan dari az-Zuhri bahawa Abu Bakar pernah meriwayatkan sebuah hadis kepada seorang lelaki lalu lelaki itu bertanyakan Abu Bakar untuk lebih faham. Dan Abu Bakar berkata, "Ia seperti apa yang aku riwayatkan kepadamu. Bumi manakah yang sanggup menampungku apabila sesuatu yang aku katakan AKU TIDAK TAHU."
dan telah sahih daripada sebuah riwayat Abu Bakar bekhutbah kepada manusia lalu berkata, "Jauhilah kalian daripada pendustaan, sesungguhnya pendustaan membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa ke neraka."
Ali bin Asim berkata dan dia adalah antara orang yang suka memberi ingatan nasihat tentang agama, namun ingatannya teruk. Dia berkata, "Ismail Ibn Abi Khalid memberitahu kami daripada Qais bin Abi Hazim yang berkata, aku mendengar Abu Bakar as-Siddiq berkata, 'Jauhilah kalian daripada pendustaan, sesungguhnya pendustaan itu berlawanan dengan iman.' "
Aku (az-Dzahabi) mengatakan, "Benarlah kata-kata Abu Bakar as-Siddiq, sesungguhnya pendustaan itu adalah petanda nifaq dan petanda orang yang munafiq. Manakala seorang mukmin itu mungkin melakukan maksiat (berdasarkan syahwat). Tetapi mukmin tidak mungkin melakukan pengkhianatan dan pembohongan."
Maka tidak diragukan perbuatan berdusta terhadap yang benar lagi amanah Sallallahu alaihi wasallam dimana Rasulullah berkata, "Sesungguhnya pendustaan ke atasku tidak sama sekali pendustaan terhadap orang lain terhadap aku, sesiapa yang berdusta ke atasku dibina sebuah rumah buatnya di neraka. dan baginda berkata lagi sesiapa yang mengatakan apa yang tidak aku katakan.......... (al-hadis)."
Maka ini adalah janji siksaan bagi sesiapa yang menaqal dari Nabinya sesuatu yang tidak Nabinya ucapkan. Meskipun dia cenderung menyangka bahawa Nabinya benar-benar berkata demikian.
غلبة الظن أنه ما قاله فكيف حال من تهجم على رسول الله
وتعمد عليه الكذب وقوله ما لم يقل، وقد قال
: "من روى عني حديثا يرى أنه كذب فهو أحد الكاذبين" فإنا لله وإنا إليه راجعون ما ذي إلا بلية عظيمة وخطر شديد ممن يروي الأباطيل والأحاديث الساقطة المتهم نقلتها بالكذب، فحق على المحدث أن يتورع في ما يؤديه وأن يسأل أهل المعرفة والورع ليعينوه على إيضاح مروياته، ولا سبيل إلى أن يصير العارف الذي يزكى نقله الأخبار ويجرحهم جهبذا إلا بإدمان الطلب والفحص عن هذا الشأن وكثرة المذاكرة والسهر والتيقظ والفهم مع التقوى والدين المتين والإنصاف والتردد إلى مجالس العلماء والتحري والإتقان وإلا تفعل


فدع عنك الكتابة لست منها ولو سودت وجهك بالمداد
قال الله تعالى عز وجل: {فَاسْأَلوا أَهْلَ الذِّكْرِ إِنْ كُنْتُمْ لا تَعْلَمُونَ} فإن آنست يا هذا من نفسك فهما وصدقا ودينا وورعا وإلا فلا تتعن وإن غلب عليك الهوى والعصبية لرأى ولمذهب فبالله لا تتعب وإن عرفت إنك مخلط مخبط مهمل لحدود الله فأرحنا منك فبعد قليل ينكشف البهرج وينكب الزغل ولا يحيق المكر السيء إلا بأهله فقد نصحتك فعلم الحديث صلف فأين علم الحديث وأين أهله؟ كدت أن لا أراهم إلا في كتاب أو تحت تراب
Maka bagaimana pula halnya orang yang menyerang Rasullullah dengan menyandarkan ke atas baginda pendustaan serta kata-kata yang tidak baginda ucapkan kerana Rasullullah telah bersabda, "Sesiapa yang meriwayatkan sesuatu hadis daripadaku, yang dianggap satu pendustaan maka dia juga termasuk salah seorang pendusta."
Maka kepada Allah kita datang dan kepadaNya kita kembali. Ini tidak lain tidak bukan melainkan suatu bala yang besar dan bahaya yang amat sangat bagi orang yang meriwayatkan perkara-perkara bathil. Serta hadis-hadis yang gugur (darjatnya) yang mana periwayatnya dituduh pendusta. Maka yang haknya ke atas seorang muhaddis agar bersifat wara' dalam apa juga yang dilakukannya. Dan dia hendaklah bertanya kepada ahli ilmu dan ahli wara' agar membantunya menjelaskan perihal riwayat-riwayat dan tiada cara lain baginya untuk menjadi orang yang arif yang mampu mengkaji jarh wa ta'dil para perawi khabar-khabar tersebut sebagai seorang yang pakar melainkan dengan kekerapan/istiqamah dalam menuntut ilmu dan kajian mengenai imu ini. Serta membanyakkan muzakarah dan berjaga malam dan memahaminya dengan taqwa dan agama yang kukuh dan kesaksamaan (berlaku adil) serta berulang alik ke majlis-majlis ulama dengan kesungguhan dan kemahuan yang tinggi dan jika engkau tidak mampu melakukan semua ini tinggalkanlah menulis perkara yang engkau tiada kaitan dengannya, meskipun wajahmu hitam dengan dakwat.
فسئلوا اهل الذكر ان كنتم لا تعلمون
Allah berfirman : "Bertanyalah kepada ahli zikr (orang yang tahu) jika kamu tidak mengetahuinya."
Jika engkau memerhati dengan teliti ayat ini terhadap dirimu dengan kefahaman yang betul, kejujuran agama serta rasa wara', dan jika engkau tidak melakukan sedemikian maka janganlah engkau bersusah payah lagi (jadi muhadis). dan jika hawa nafsu dan maksiat telah menguasai diri engkau dalam memilih sesuatu pendapat atau mazhab, maka demi Allah engkau takkan penat. Dan jika engkau tahu bahawa engkau suka berbolak balik dalam urusan Allah maka rehatkanlah kami dari diri kau. Dan tidak lama kemudian tipu daya akan dibongkarkan dan kepalsuan akan didedahkan dan perancangan yang jahat tidak akan menimpa melainkan perancangaNya juga.
Dan aku telah menasihatkan engkau bahawa ilmu hadis telah pupus maka dimanakah ahli hadis? Hampir-hampir engkau tidak melihat mereka melainkan di dalam kitab atau di dalam tanah kubur.
نعم؛ فرأس الصادقين في الأمة الصديق وإليه المنتهى في التحري في القول وفي القبول
وقد نقل الحاكم فقال: حدثني بكر بن محمد الصيرفي بمرو أنا محمد بن موسى البربري أنا المفضل بن غسان أنا علي بن صالح أنا موسى بن عبد الله بن حسن بن حسن عن إبراهيم بن عمر بن عبيد الله التيمي حدثني القاسم بن محمد قالت عائشة: جمع أبي الحديث عن رسول الله
وكانت خمسمائة حديث فبات ليلته يتقلب كثيرا قالت: فغمني فقلت: أتتقلب لشكوى أو لشيء بلغك؟ فلما أصبح قال: أي بنية هلمي الأحاديث التي عندك فجئته بها فدعا بنا فحرقها فقلت: لم أحرقتها؟ قال: خشيت أن أموت وهي عندي فيكون فيها أحاديث عن رجل قد ائتمنته ووثقت ولم يكن كما حدثني فأكون قد نقلت ذاك. فهذا لا يصح والله أعلم

Betullah bahawa ketua orang-orang yang benar dalam ummah ini adalah Abu Bakar as-Siddiq dan beliaulah contoh kemuncak di dalam sikap sungguh-sungguh dalam periwayatan dan dalam penerimaan riwayat.
al-Hakim berkata Bakar bin Muhammad as-Siroti memberitahuku di Marw katanya, Muhammad bin Musa al-Barbari katanya, al-Mufaddad bin Ghossam katanya Ali bin Salleh memberitahu kami katanya, Abdullah bin Hasan bin Hasan telah memberitahu kami daripada Ibrahim bin Umar bin Ubaidullah at-Taimi katanya, al-Qasim bin Muhammad telah memberitahuku katanya, berkata Aisyah, "Ayahku menghimpunkan hadis dari Rasullullah sallallahu alaihi wasallam sebanyak 500 hadis. Lalu dia pun tidur di malam harinya, dia membolak-balikkan badannya dengan banyak sekali. Lalu dia pun terjaga, lalu aku bertanya kepadanya, "Adakah engkau berbolak-balik kerana sakit atau ada sesuatu di fikiranmu." Apabila tiba waktu pagi, Abu bakar berkata, "Wahai anak kecil, datanglah bersama-sama hadis yang ada pada mu". Lalu aku membawanya dan membiarkannya terbakar dengan api. Dan Aisyah berkata, "Kenapa engkau perlu membakarnya?". Abu Bakar berkata, "Aku khawatir jika aku mati, sedangkan hadis-hadis itu tidak seperti apa yang diriwayatkan kepadaku, maka aku pun menaqalkan sesuatu yang disebaliknya."."
ad-Dzahabi berkata, "Riwayat ini tidak sahih".
Tambahan : Ibnu Kathir berkata di dalam Kitab al-Khanz : riwayat ini aneh sekali dan Ali bin Salleh tidak diketahui.
Abu Hud Fhaiq Amrie al Mi'maariy,
Putrajaya
Comments
Post a Comment