اللهم اجعلني من الصابرين jadikanlah aku dari kalangan orang-orang yang sabar

Bismillahirrahmannirrahim

SABAR

Sabar merupakan kenikmatan dan kurniaan Allah pada hamba-hambaNya. Diperhatikan kepada para Nabi dan sahabat, kesabaran mereka adalah satu sifat yang luar biasa, bagaimana sabarnya Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dengan ummatnya, bagaimana sabarnya para Nabi lain dengan ujianNya. Hatta para Nabilah manusia yang paling banyak diuji oleh Allah SWT.

Mereka menempuhi ujian dengan ketaqwaan, kezuhudan dan ilmu mereka. Mereka mempersiapkan diri dan menempuhnya hingga mereka meraih kemenangan yang agung.

Lihatlah kesabaran Nabi Zakaria alaihissalam menunggu zuriat dan rezeki dari Allah, lihatlah Nabi Ayyub yang diuji penyakit. Ambillah contoh dan pelajarilah untuk bersabar. Terkesan dari sifat-sifat mulia para Nabi yang tercinta.

Ujian Allah melalui kesabaran untuk membuatkan manusia supaya lebih beriman. Allah berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 214 :-



"Adakah patut kamu menyangka bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum sampai kepada kamu (ujian dan cubaan) seperti yang telah berlaku kepada orang-orang yang terdahulu daripada kamu? Mereka telah ditimpa kepapaan (kemusnahan harta benda) dan serangan penyakit, serta digoncangkan (oleh ancaman bahaya musuh), sehingga berkatalah Rasul dan orang-orang yang beriman yang ada besertanya: "Bilakah (datangnya) pertolongan Allah?" Ketahuilah, sesungguhnya pertolongan Allah itu dekat."

-) Ayat quran yang mendorong untuk bersabar dan ganjarannya



Saya suka baca ayat al-Baqarah ini. Memotivasikan diri. Mendekatkan diri pada Allah.


a) Sakit, penat semuanya ujian itu penghapus dosa.



Sahih Bukhari Kitab Orang2 Sakit. Bab Kafarah Bagi Orang Sakit. No. 5641. 5642. 



Abdullah bin Muhammad menyampaikan kepadaku dari Abdul Malik bin Amr, dari Zuhair bin Muhammad, dari Muhammad bin Amr bin Halhalah, dari Atha' bin Yasar, dari Abu Said al-Khudri, dari Abu Hurairah bahawa Nabi SAW bersabda :


مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ ، وَلَا وَصَبٍ ، وَلَا هَمٍّ ، وَلَا حُزْنٍ ، وَلَا أَذًى ، وَلَا غَمٍّ ، حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا ، إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ 



حَدَّثَنِي عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ ، حَدَّثَنَا عَبْدُ الْمَلِكِ بْنُ عَمْرٍو ، حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ مُحَمَّدٍ ، عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حَلْحَلَةَ ، عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَسَارٍ ، عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ ، وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : " مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ ، وَلَا وَصَبٍ ، وَلَا هَمٍّ ، وَلَا حُزْنٍ ، وَلَا أَذًى ، وَلَا غَمٍّ ، حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا ، إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ "



"Tidak ada suatupun kepayahan, penyakit, kesusahan, kesedihan, penderitaan, atau keresahan yang menimpa seorang muslim-meskipun hanya berupa duri yang melukainya-kecuali Allah akan menghapuskan dosa-dosanya kerana hal itu."

b) Kisah wanita yang sakit, lalu mahu bersabar walaupun Nabi mahu mendoakannya.

Sahih al-Bukhari Kitab Orang-Orang Sakit. Bab Keutamaan Orang yang Tidak Sedarkan Diri Kerana Sawan. No. 5652


حدثنا مسدد حدثنا يحيى عن عمران أبي بكر قال حدثني عطاء بن أبي رباح قال قال لي ابن عباس ألا أريك امرأة من أهل الجنة قلت بلى قال هذه المرأة السوداء أتت النبي صلى الله عليه وسلم فقالت إني أصرع وإني أتكشف فادع الله لي قال إن شئت صبرت ولك الجنة وإن شئت دعوت الله أن يعافيك فقالت أصبر فقالت إني أتكشف فادع الله لي أن لا أتكشف فدعا لها حدثنا محمد أخبرنا مخلد عن ابن جريج أخبرني عطاء أنه رأى أم زفر تلك امرأة طويلة سوداء على ستر الكعبة



Musaddad menyampaikan kepada kami dari Yahya dari Imran Abu Bakar bahwa Atha bin Abu Rabah berkata, "Ibnu Abbas berkata kepadaku, 'Apakah engkau ingin kuperlihatkan kepada mu seorang penghuni syurga?' Aku berkata ya. Dia berkata, "wanita berkulit hitam (Ummu Zufar) ini. Dia pernah menemui Nabi SAW lalu berkata, " aku sering tidak sedarkan diri. Aku khawatir auratku akan terbuka tanpa aku sedari. Berdoalah kepada Allah untukku."



Beliau berkata : “ jika engkau mahu bersabar, engkau akan mendapatkan syurga.Tapi jika engkau, aku akan berdoa kepada Allah untuk kesembuhanmu."

Wanita itu berkata, “aku akan bersabar." Dia lalu berkata ," aku khawatir auratku terbuka tanpa aku sedari, berdoalah kepada Allah agar auratku tidak terbuka." 

Beliau pun mendoakan.

Muhammad menyampaikan kepada kami dari Makhlad, dari Ibnu Juraij dari Atha yang mengkhabarkan bahawa dia melihat Ummu Zufar, seorang wanita yang tinggi dan berkulit hitam, dibawah kain penutup Kaabah.


c) Dalam Jaami' at-Tirmidzi 


سنن الترمذي كتاب الزهد عن رسول الله صلى الله عليه وسلم باب ما جاء في ذهاب البصر

 حدثنا محمد بن حميد الرازي ويوسف بن موسى القطان البغدادي قالا حدثنا عبد الرحمن بن مغراء أبو زهير عنالأعمش عن أبي الزبير عن جابر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم ؛ 

يَوَدُّ أَهْلُ الْعَافِيَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنَّ جُلُودَهُمْ قُرِضَتْ بِالْمَقَارِيضِ مِمَّا يَرَوْنَ مِنْ ثَوَابِ أَهْلِ الْبَلاَءِ الثَّوَابَ لَوْ أَنَّ جُلُوْدَهُمْ كَانَتْ قُرِضَتْ فِيْ الدُّنْيَا بِالْمَقَارِيْضِ 

وهذا حديث غريب لا نعرفه بهذا الإسناد إلا من هذا الوجه وقد روى بعضهم هذا الحديث عن الأعمش عن طلحة بن مصرف عن مسروق قوله شيئا من هذا


Muhammad bin Hamid telah mengkhabarkan kepada kami, Yusof al Khatan al Bagdadi berkata, telah menyampaikan kepada kami Abdurrahman bin Maghraaa Abu Zahir, dari al A'mas dari Abi az Zubair, Dari Jabir r.a berkata, Nabi Sallallahu alaihi wasallam bersabda ;



“Kelak di hari kiamat akan menyesal orang-orang yang tidak ditimpa musibah ketika orang-orang yang (sewaktu di dunia) ditimpa musibah diberi pahala. (Sampai-sampai mereka bercita-cita) kalaulah dahulu kulit mereka dipotong dengan gunting di dunia” 

Jaami' at-Tirmidzi, kata Abu Isa :hadis gharib

Dalam Jaami' at-Tirmizi, diriwayatkan dari Jabir ra berkata, bahawa (kekasih Mohd Fhaiq Amrie) Nabi Sallallahu alaihi wasallam bersabda ;


حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُعَاوِيَةَ الْجُمَحِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ مُسْلِمٍ حَدَّثَنَا أَبُو ظِلَالٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ يَقُولُ إِذَا أَخَذْتُ كَرِيمَتَيْ عَبْدِي فِي الدُّنْيَا لَمْ يَكُنْ لَهُ جَزَاءٌ عِنْدِي إِلَّا الْجَنَّةَ وَفِي الْبَاب عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ وَزَيْدِ بْنِ أَرْقَمَ قَالَ أَبُو عِيسَى 

هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ مِنْ هَذَا الْوَجْهِ وَأَبُو ظِلَالٍ اسْمُهُ هِلَالٌ

Kelak di hari kiamat akan menyesal orang-orang yang tidak ditimpa musibah ketika orang-orang yang (sewaktu di dunia) ditimpa musibah diberi pahala. (Sampai-sampai mereka bercita-cita) kalaulah dahulu kulit mereka dipotong dengan gunting di dunia 



Jaami' at-Tirmidzi, kata Abu Isa Hadis ini Hasan Gharib.


d) Cara untuk manusia yang menghadapi musibah 



i-Berdoa Aku berlindung kepada Allah dari keburukan fitnah. Sahih al Bukhari no. 7089


رَضِينَا بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ سُوءِ الْفِتَنِ 


"kami meredhai Allah sebagai Rabb, islam sebagai agama, Muhammad sebagai utusan, dan kami berlindung kepada Allah dari keburukan fitnah."




حَدَّثَنَا مُعَاذُ بْنُ فَضَالَةَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ سَأَلُوا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَتَّى أَحْفَوْهُ بِالْمَسْأَلَةِ فَصَعِدَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ يَوْمٍ الْمِنْبَرَ فَقَالَ لَا تَسْأَلُونِي عَنْ شَيْءٍ إِلَّا بَيَّنْتُ لَكُمْ فَجَعَلْتُ أَنْظُرُ يَمِينًا وَشِمَالًا فَإِذَا كُلُّ رَجُلٍ لَافٌّ رَأْسَهُ فِي ثَوْبِهِ يَبْكِي فَأَنْشَأَ رَجُلٌ كَانَ إِذَا لَاحَى يُدْعَى إِلَى غَيْرِ أَبِيهِ فَقَالَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ مَنْ أَبِي فَقَالَ أَبُوكَحُذَافَةُ ثُمَّ أَنْشَأَ عُمَرُ فَقَالَ رَضِينَا بِاللَّهِ رَبًّا وَبِالْإِسْلَامِ دِينًا وَبِمُحَمَّدٍ رَسُولًا نَعُوذُ بِاللَّهِ مِنْ سُوءِ الْفِتَنِ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا رَأَيْتُ فِي الْخَيْرِ وَالشَّرِّ كَالْيَوْمِ قَطُّ إِنَّهُ صُوِّرَتْ لِي الْجَنَّةُ وَالنَّارُ حَتَّى رَأَيْتُهُمَا دُونَ الْحَائِطِ


ii- Berdoa seperti yang ada di dalam kitab hadis.


اللَّهُمَّ مُصَرِّفَ القُلُوبِ صَرِّفْ قُلُوبَنَا عَلَى طَاعَتِكَ

"Ya Allah, Dzat Yang membolak-balikkan hati, balikkanlah hati-hati kami terhadap ketaatan kepadaMu"

iii- Beristighfar, kerana memohon ampun akan dilapang kesusahan, diturunkan rezeki.

Firman Allah ta’ala,

فَقُلْتُ اسْتَغْفِرُوا رَبَّكُمْ إِنَّهُ كَانَ غَفَّاراً . يُرْسِلِ السَّمَاء عَلَيْكُم مِّدْرَاراً  وَيُمْدِدْكُمْ بِأَمْوَالٍ وَبَنِينَ وَيَجْعَل لَّكُمْ جَنَّاتٍ وَيَجْعَل لَّكُمْ أَنْهَاراً
Artinya: "Aku (Nabi Nuh) berkata (pada mereka), “Beristighfarlah kepada Rabb kalian, sungguh Dia Maha Pengampun. Niscaya Dia akan menurunkan kepada kalian hujan yang lebat dari langit. Dan Dia akan memperbanyak harta serta anak-anakmu, juga mengadakan kebun-kebun dan sungai-sungai untukmu" Surah Nuh: ayat 10-12.
iv- Sayyidul Beristighfar, kerana memohon ampun akan dilapang kesusahan, diturunkan rezeki.


اللَّهُمَّ أَنْتَ رَبِّي لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ خَلَقْتَنِي وَأَنَا عَبْدُكَ وَأَنَا عَلَى عَهْدِكَ وَوَعْدِكَ مَا اسْتَطَعْتُ أَعُوذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا صَنَعْتُ أَبُوءُ لَكَ بِنِعْمَتِكَ عَلَيَّ وَأَبُوءُ لَكَ بِذَنْبِي فَاغْفِرْ لِي فَإِنَّهُ لَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْت



"Ya Allah! Engkau adalah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Engkaulah yang menciptakanku. Aku adalah hamba-Mu. Aku akan setia pada perjanjianku dengan-Mu semampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejelekan yang kuperbuat. Aku mengakui nikmat-Mu kepadaku dan aku mengakui dosaku, oleh karena itu, ampunilah aku. Sesungguhnya tiada yang mengampuni dosa kecuali Engkau" (Sahih al-Bukhari no. 6306)

v- Mohon Allah ganti dengan perkara yang lebih baik.

إِنَّا لِلهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ ، اللَّهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي ، وَاخْلُفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا

"Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami akan kembali kepada Allah .Ya Allah ! Berikanlah aku pahala kerana musibah yang kuderitai dan gantikan yang lebih baik."

vii- Sabar dengan bertasbih.




"maka bersabarlah kamu,sesungguhnya janji Allah adalah benar. Dan pohonlah ampun bagi salah silapmu, serta bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu pada waktu pagi dan petang." al-Ghafir ayat 55.

Abu Hud Fhaiq Amrie al Mi'maariy,
Putrajaya

Comments