Bismillahirrahmannirrahim
TAQDIR
Beriman kepada qada' dan qadr merupakan salah satu cabang dari iman seorang muslim. Lalu apakah perlu kita lakukan? Berikut antara bacaan cetek saya dalam beberapa kitab hadis tanpa penjelasan dan huraian. Sekadar perkongsian. Mungkin sedikit sebanyak membantu insyaAllah.
1. Sentiasalah beramal(dengan ilmu), kita tidak tahu bila ajal kita menjelma. Kerana kata Nabi ;
إِنَّ صَاحِبَ الْجَنَّةِ يُخْتَمُ لَهُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنة
"Sesungguhnya penghuni syurga akan menutup akhir hayatnya dengan amalan ahli syurga."
Jaami' at-Tirmidzi (kata Al-Imam at-Tirmidzi hadis ini hasan sahih gharib).
Sumber hadis di atas :
Qutaibah menyampaikan kepada kami dari al-Laits, dari Abu Qabil dari Syufai bin Mati' bahawa Abdullah bin Amr berkata,
"Rasullullah sallallahu alaihi wasallam keluar menemui kami, saat itu di tangan beliau terdapat dua kitab. Kemudian beliau bertanya."
(Rasulullah) : "apakah kalian mengetahui apa (isi) kedua kitab ini?"
Kami menjawab : "tidak Rasullullah, kecuali engkau mengkhabarkan kepada kami."
Lalu beliau pun bersabda mengenai kitab yang berada di tangan kanannya. : "ini adalah kitab yang berasal dari Rabb semesta alam. Di dalamnya terdapat nama-nama penghuni syurga berserta nama-nama orang tua dan kabilah mereka. (Dari pertama) hingga akhir sudah dijumlah, jumlah tersebut tidak akan ditambah dan tidak dikurang selamanya."
Kemudian beliau bersabda kitab yang berada di tangan kirinya : "ini adalah kitab yang berasal dari Rabb semesta alam. Di dalamnya terdapat nama-nama penghuni neraka berserta nama-nama orang tua dan kabilah mereka. (Dari pertama) hingga akhir sudah dijumlah, jumlah tersebut tidak akan ditambah dan tidak dikurang selamanya."
Kemudian para sahabat bertanya : "KALAU BEGITU BUAT APA BERAMAL?, wahai Rasullullah, jika memang semuanya sudah ditetapkan?"
Beliau menjawab : "BERAMALLAH (secara istiqamah) serta lakukanlah dengan wajar. Sebab penghuni syurga akan ditutup dengan amalan penghuni syurga. Meskipun sebelumnya dia melakukan pelbagai macam perbuatan maksiat. Penghuni neraka pun akan ditutup amalannya dengan amalan penghuni neraka. Meskipun sebelumnya dia melakukan perbuatan baik."
Kemudian Rasullaullah mengisyaratkan dengan kedua tangannya seolah-olah membuang kitab tersebut dan bersabda : "sungguh Allah menetapkan ketetapan bagi para hambaNya. Sebahagian akan masuk syurga dan sebahagian akan masuk neraka."
________ dan selanjutnya.
جامع الترمذي » كِتَاب الْقَدَرِ » بَاب مَا جَاءَ أَنَّ اللَّهَ كَتَبَ كِتَابًا لِأَهْلِ
(حديث مرفوع) حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ ، حَدَّثَنَا اللَّيْثُ ، عَنْ أَبِي قَبِيلٍ ، عَنْ شُفَيِّ بْنِ مَاتِعٍ ، عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ ، قَالَ : خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَفِي يَدِهِ كِتَابَانِ ، فَقَالَ
أَتَدْرُونَ مَا هَذَانِ الْكِتَابَانِ ؟ " فَقُلْنَا : لَا يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِلَّا أَنْ تُخْبِرَنَا ، فَقَالَ لِلَّذِي فِي يَدِهِ الْيُمْنَى : " هَذَا كِتَابٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ ، فِيهِ أَسْمَاءُ أَهْلِ الْجَنَّةِ وَأَسْمَاءُ آبَائِهِمْ وَقَبَائِلِهِمْ ، ثُمَّ أُجْمِلَ عَلَى آخِرِهِمْ ، فَلَا يُزَادُ فِيهِمْ وَلَا يُنْقَصُ مِنْهُمْ أَبَدًا " ، ثُمَّ قَالَ لِلَّذِي فِي شِمَالِهِ : " هَذَا كِتَابٌ مِنْ رَبِّ الْعَالَمِينَ ، فِيهِ أَسْمَاءُ أَهْلِ النَّارِ وَأَسْمَاءُ آبَائِهِمْ وَقَبَائِلِهِمْ ، ثُمَّ أُجْمِلَ عَلَى آخِرِهِمْ فَلَا يُزَادُ فِيهِمْ وَلَا يُنْقَصُ مِنْهُمْ أَبَدًا " ، فَقَالَ أَصْحَابُهُ : فَفِيمَ الْعَمَلُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ، إِنْ كَانَ أَمْرٌ قَدْ فُرِغَ مِنْهُ ، فَقَالَ : " سَدِّدُوا وَقَارِبُوا فَإِنَّ صَاحِبَ الْجَنَّةِ يُخْتَمُ لَهُ بِعَمَلِ أَهْلِ الْجَنَّةِ ، وَإِنْ عَمِلَ أَيَّ عَمَلٍ ، وَإِنَّ صَاحِبَ النَّارِ يُخْتَمُ لَهُ بِعَمَلِ أَهْلِ النَّارِ ، وَإِنْ عَمِلَ أَيَّ عَمَلٍ " ، ثُمَّ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِيَدَيْهِ فَنَبَذَهُمَا ، ثُمَّ قَالَ : " فَرَغَ رَبُّكُمْ مِنَ الْعِبَادِ ، فَرِيقٌ فِي الْجَنَّةِ وَفَرِيقٌ فِي السَّعِيرِ " ، حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ ، حَدَّثَنَا بَكْرُ بْنُ مُضَرٍ ، عَنْ أَبِي قَبِيلٍ نَحْوَهُ ، قَالَ أَبُو عِيسَى : وَفِي الْبَابِ عَنِ ابْنِ عُمَرَ ، وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ ، وَأَبُو قَبِيلٍ اسْمُهُ حُيَيُّ بْنُ هَانِئٍ .
Sumber : Jaami' at-Tirmidzi Kitab Taqdir
وعن أم المؤمنين أم عبد الله عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((يغزو جيش الكعبة فإذا كانوا ببيداء من الأرض يخسف بأولهم وآخرهم)) قالت: يا رسول الله، كيف يخسف بأولهم وآخرهم وفيهم أسواقهم ، ومن ليس منهم؟ قال: ((يخسف بأولهم وآخرهم ثم يبعثون على نياتهم))(12) [ متفق عليه]، هذا لفظ البخاري.
Dari Aisyah r.a berkata , rasullullah Sallallahu alaihi wasallam bersabda :
Sumber : Sahih al-Bukhari Kitab Tauhid
2. Begitu juga dengan membetulkan niat setiap kali melakukan perkerjaan. Kerna setiap manusia akan dibangkitkan nanti, sesuai dengan niat mereka . Dalam sebuah hadis yang saya baca dalam Kitab Riyadhus Salihin :
وعن أم المؤمنين أم عبد الله عائشة رضي الله عنها قالت: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : ((يغزو جيش الكعبة فإذا كانوا ببيداء من الأرض يخسف بأولهم وآخرهم)) قالت: يا رسول الله، كيف يخسف بأولهم وآخرهم وفيهم أسواقهم ، ومن ليس منهم؟ قال: ((يخسف بأولهم وآخرهم ثم يبعثون على نياتهم))(12) [ متفق عليه]، هذا لفظ البخاري.
"Sebuah pasukan besar ingin menyerang Kaabah, ketika mereka berada di padang pasir, Allah menenggelamkan seluruhnya ke dalam perut bumi."
Aku berkata ;
"wahai Rasul! Kenapa seluruhnya ditenggelamkan, padahal diantara mereka ada yang hanya ikutan dan terpaksa?"
Rasullullah sallallahu alaihi wasallam bersabda :
"Semuanya ditenggelamkan tapi nanti diakhirat berbangkit, sesuai dengan niat mereka ketika hendak menyerang Kaabah."
Sumber Kitab Riyadhus Salihin , ; Muttafaq 'alaih, teksnya berasal dari Al-Bukhari.
3. Sentiasalah kita bermohon kepad Allah agar dikurniakan kelapangan untuk beramal.
Dalam hadis,
Ali bin Hujri mengabarkn kepada kami dari Ismail bin Jaafar dari Humaidi, dari Anas bahawasanya Rasullullah sallallahu alaihi wasallam bersabda : "Apabila Allah menghendaki kebaikan bagi seseorsng hamba, maka Dia akan menjadikan hmba tersebut beramal."
Lalu ditanyakan (kepada beliau), : "bagaimana Allah menjadikan hamba tersebut beramal, wahai rasullullah?"
Beliau menjawab : "Dia akan memberinya taufiq untuk beramal soleh sebelum mati."
(Kata Abu Isa ; hadis ini hasan sahih.)
جامع الترمذي » كِتَاب الْقَدَرِ » بَاب مَا جَاءَ أَنَّ اللَّهَ كَتَبَ كِتَابًا لِأَهْلِ
(حديث مرفوع) حَدَّثَنَا عَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ ، حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيل بْنُ جَعْفَرٍ ، عَنْ حُمَيْدٍ ، عَنْ أَنَسٍ ، قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : " إِذَا أَرَادَ اللَّهُ بِعَبْدٍ خَيْرًا اسْتَعْمَلَهُ " ، فَقِيلَ : كَيْفَ يَسْتَعْمِلُهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : " يُوَفِّقُهُ لِعَمَلٍ صَالِحٍ قَبْلَ الْمَوْتِ " ، قَالَ أَبُو عِيسَى : هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ .
Sumber : Jaami' at-Tirmidzi
4. Tanggunbjawab kita sebagai hamba Allah hanya perlu beramal dan mengharap balasan hanya dari Allah. Sebagaimana yang di sabdakan oleh Nabi dalam dua buah hadis :
7551.(Cetakan al-Mahira) Abu Ma'mar menyampaikan kepada kami dari Abdul Warits, dari Yazid dari Mutharif bin Abdullah bahawa Imran berkata : "aku bertanya, 'wahai Rasullullah, untuk apakah orang-orang beramal (sementara taqdir mereka telah ditentukan)?'
Nabi sallallahu alaihi wasallam menjawab : 'setiap orang diberikan kemudahan dan taufik untuk menjalani taqdir penciptaannya.'"
صحيح البخاري » كتاب التوحيد » باب قول الله تعالى ولقد يسرنا القرآن للذكر فهل من مدكر
حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ قَالَ يَزِيدُ حَدَّثَنِي مُطَرِّفُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ عِمْرَانَ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ فِيمَا يَعْمَلُ الْعَامِلُونَ قَالَ كُلٌّ مُيَسَّرٌ لِمَا خُلِقَ لَهُ
5. Tanggunbjawab kita sebagai hamba Allah hanya perlu beramal dan mengharap balasan hanya dari Allah.
7552. Muhammad bin Basyar menyampaikan kepada kami dari Ghundar, dadi Syu'bah, dari Manshur dan al-A'masy yang mendengar dari Sa'd bin Ubaidah dari Abdurrahman, dari Ali bahawa Nabi Sallallahu alaihi wasallam berada dalam pengurusan jenazah, beliau mengambil sepotong kayu dan menancapkannya ke tanah lalu bersabda :
"Tidak seorang pun dari kalian melainkan tempat kembalinya telah ditentukan, syurga ataupun neraka."
Mereka bertanya : "(kalau begitu) mengapa kita tidak bersandar kepada taqdir dan meninggalkan amal?"
Nabi menjawab : "BERAMALLAH! Kerana semua diberikan kemudahan.".
Maka barangsiapa memberikan (hartanya ke jalan Allah) dan bertaqwa. QS 92:5.
Sumber : Sahih al-Bukhari Kitab Tauhid
صحيح البخاري » كتاب التوحيد » باب قول الله تعالى ولقد يسرنا القرآن للذكر فهل من مدكر
7113 حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا غُنْدَرٌ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ مَنْصُورٍ وَالْأَعْمَشِ سَمِعَا سَعْدَ بْنَ عُبَيْدَةَ عَنْ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ فِي جَنَازَةٍ فَأَخَذَ عُودًا فَجَعَلَ يَنْكُتُ فِي الْأَرْضِ فَقَالَ مَا مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ إِلَّا كُتِبَ مَقْعَدُهُ مِنْ النَّارِ أَوْ مِنْ الْجَنَّةِقَالُوا أَلَا نَتَّكِلُ قَالَ اعْمَلُوا فَكُلٌّ مُيَسَّرٌ فَأَمَّا مَنْ أَعْطَى وَاتَّقَى الْآيَةَ
Abu Hud Fhaiq Amrie al Mi'maariy,
Putrajaya
Ya Allah matikanlah kami dalam husnul khatimah
Comments
Post a Comment