Sehari bersama-sama Syaikh Maher al-Fahl



BISMILLAH
والحمد لله على لقاء محدث العراق ماهر الفحل ورزقنا سماع اربعة احاديث من اوائل كتاب الادب من صحيح الامام البخاري والشيخ أوصانا بقراءة القرآن لأنها تعيننا على سماع الحديث وكتابته وتحدث باسهاب عن الدعوة وأهمياتها في بناء شخصية الأمة




Alhamdulillah , tanggal 6 Jun 2014 bersamaan Jumaat di Masjid IKRAM kami dikunjungi oleh seorang muhaddis besar dari Iraq iaitu Syaikh Maher Yasin al-Fahl, Kibar Muhaddith dari Al-Anbar Iraq.

As-Syaikh Maher Yasin Al-Fahl Salah seorang tokoh yang amat dikagumi dalam bidang hadith. Salah seorang muhaddis (ahli hadith) dan muhaqqiq zaman ini.

Sungguh tidak disangka selama ini hanya membaca bukunya, memandangkan hanya di dalam kaca, tiba-tiba hadir di depan mata dan memberikan beberapa nasihat dan membacakan kepada kami 4 hadis dari Kitab Adab Sahih al-Bukhari.

As-Syaikh Maher Yasin al-Fahl hafizahullah menasihati kami tentang :-

:: Saling menasihati antara satu sama lain sesama muslim dan non-muslim.

:: Orang yang benar-benar menjaga waktu ialah orang memastikan amalan kebaikannya tak putus.

:: Ibnu Abdil Bar mengatakan , orang-orang yang meninggalkan solat boleh memudaratkan kaum muslimin kerana dengan meninggalkan solat dia juga telah meninggalkan bacaan doa ; "assalamu 'alaina wa 'ala ibadillahi as-soolihin.."

:: Tiada dakwah yang lebih baik dari mengajak kepada jalan Allah.

:: Ibn Qayyim ada menulis satu risalah khas mengenai solat kepada rakan-rakannya. Beliau mengatakan
berkah itu terdapat pada perbuatan mengajarkan ilmu kepada seseorang dan menasihatinya.

:: Rasullullahi sallallahu alaihi wasallam menasihati secara umum dan khusus.

:: Dakwah mengajak kepada Allah adalah satu bentuk pujian kepadaNya. Ibnu Kathir rahimahullah berkata, "
Siapa yang langgar hak Allah, Allah akan membalasnya."

:: Siapa yang salah sikit, kite betulkan dengan hikmah.
Siapa yang salah banyak kite betulkan dengan Mau'izah (nasihat) dan sekiranya salah banyak dan pertahankan kesalahannya, kite betulkan dengan Mujadalah (debat).

:: Allah telah muliakan ummat kini dengan sanad, maka kite peliharalah ia agar tidak putus. Antara kebaikannya adalah membuatkan orang itu semangat untuk belajar.

:: Jihad termasuk dalam sunnah dan kefardhuannya tidak pernah terhenti.

::
Tiada perhiasan yang baik bagi seseorang dari belajar bahasa arab, kata dari Ibnu Syubrumah rahimahullah.

:: Tiada amalan yang lebih buruk selain daripada menyebarkan keburukan sendiri. Seperti mana yang al-Imam al-Bukhari riwayatkan dalam kitabnya, seperti mana yang disabdakan dari Nabi sallallahu alaihi wasallam, "
Setiap ummatku itu dimaafkan kecuali orang-orang menunjuk-nunjuk atau menzahirkan kesalahannya."

:: Syaikh kata kitab tauhid pertama yang harus dibaca oleh muslim ialah kitab tauhid Sahih al-Bukhari.





:: Sanad hadis benda yang masih diperlukan kalau ia dicari maka ia baik. Jika ada yang tidak ambil tapi masih menyibukkan dirinya dengan ilmu maka ia baik juga. Masalahnya bile ade org buang masa dengan tidak buat keduanya.

:: Isu mngenai revolusi arab dan keluar memberontak terhadap pemerintah adalah isu besar , orang awam tidak seharusnya berlebihan membincangkannya melainkan mereka ahli ilmu.


Faedah bersama-sama Dr. Mahir Yasin al-Fahl 6/6/2014 di Masjid IKRAM dengan membaca :-



ﻗﺎﻝ ﺇﺑﺮﺍﻫﻴﻢ ﺑﻦ ﻋﺒﺪ ﺍﻟﻮﺍﺣﺪ ﻣﻮﺻﻴﺎ ﺍﻟﻀﻴﺎﺀ ﺍﻟﻤﻘﺪﺳﻲ ﻟﻤﺎ ﺃﺭﺍﺩ ﺍﻟﺮﺣﻠﺔ ﻟﻠﻌﻠﻢ : 


"ﺃﻛﺜﺮ ﻣﻦ ﻗﺮﺍﺀﺓ ﺍﻟﻘﺮﺁﻥ ﻭﻻ‌ ﺗﺘﺮﻛﻪ ﻓﺈﻧﻪ ﻳﺘﻴﺴﺮ ﻟﻚ ﺍﻟﺬﻱ ﺗﻄﻠﺒﻪ ﻋﻠﻰ ﻗﺪﺭ ﻣﺎ ﺗﻘﺮﺃ"

ﻗﺎﻝ ﺍﻟﻀﻴﺎﺀ: ﻓﺮﺃﻳﺖ ﺫﻟﻚ ﻭﺟﺮﺑﺘﻪ ﻛﺜﻴﺮًﺍ ﻓﻜﻨﺖ ﺇﺫﺍ ﻗﺮﺃﺕ ﻛﺜﻴﺮًﺍ ﺗﻴﺴﺮ ﻟﻲ ﻣﻦ ﺳﻤﺎﻉ ﺍﻟﺤﺪﻳﺚ ﻭﻛﺘﺎﺑﺘﻪ ﺍﻟﻜﺜﻴﺮ ﻭﺇﺫﺍ ﻟﻢ ﺃﻗﺮﺃ ﻟﻢ ﻳﺘﻴﺴﺮ ﻟﻲ


Ibnu Rajab dalam kitabnya Dzail Tabaqah al-Hanabilah, menukilkan wasiat Ibrahim bin Abdil Waahid kepada Dhiyauddin al-Maqdisi yang ketika itu sedang bersiap-siap untuk pergi merantau mencari ilmu.

Ibrahim berkata,
"Banyakkanlah membaca al-Quran dan jangan sesekali meninggalkannya. Kerana ia akan memudahkan engkau menuntut ilmu mengikut kadar bacaanmu."

Dhiyauddin pun berkata , "aku pun menurutinya dan aku pun menguji (wasiat tersebut) beberapa kali dan aku dapati apabila aku banyak membaca al-Quran maka mudahlah bagiku mendengar dan menulis hadis. Jika aku tidak membaca al-Quran maka mendengar dan menulis hadis menjadi sukar." 



Pesan Syaikh Muhaddith Dr Maher Yasin Al Fahl :-
مصيبة تذكر الإنسان بالرجوع إلى الله خير من نعمة تنسى الإنسان طاعة الله

"Musibah yang membuat manusia untuk kembali kepada Allah lebih baik daripada nikmat yang melupakan manusia daripada Taat kepada Allah !"


Abu Hud Fhaiq Amrie al Mi'maariy,
Putrajaya

Comments

Post a Comment