CUKUPLAH MATI SEBAGAI PERINGATAN
Tujuan hidup
Beberapa hari sudah, kehidupanku melalui kisah-kisah kematian orang yang terdekat. Sehari berjumpa, kemudiannya mereka pergi dijemput Ilahi. Kehidupan di dunia merupakan zaman yang sementara. Manusia diberikan peluang untuk hidup dan beribadah sebelum melangkah ke alam seterusnya. Allah memberi kehidupan kepada manusia untuk diuji didunia yang fana ini, dunia yang penuh dengan bayangan.
قال تعالى: تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ ﴿١﴾ الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ ﴿٢﴾ [سورة الملك 1-2]
Allah swt berfirman : Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Ia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu 1 Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) 2 Surah Al-Mulk ayat 1 dan 2.
قال تعالى: كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ [آل عمران: 185]
Allah swt berfirman : Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disampaikan pahalamu. Barangsiapa yang dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga maka dia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan. Surah Aali Imran ayat 185.
قال تعالى: الْأَخِلَّاءُ يَوْمَئِذٍ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ إِلَّا الْمُتَّقِينَ [سورة الزخرف: 185]
Allah swt berfirman : Teman-teman akrab pada hari itu sebagiannya menjadi musuh bagi sebagian yang lain kecuali orang-orang yang bertakwa. Surah Az-Zukhruf ayat 67.
قال تعالى: وَلِكُلِّ أُمَّةٍ أَجَلٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ أَجَلُهُمْ لَا يَسْتَأْخِرُونَ سَاعَةً ۖ وَلَا يَسْتَقْدِمُونَ [ سورة الأعراف: 34]
Allah swt berfirman : Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan); maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka dikemudiankan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka didahulukan. Surah al-A'raf 24.
Allah telah memberi amaran di dalam quran tentang penyesalan orang yang tidak terima ajaran Nabi.
قال تعالى: وَهُمْ يَصْطَرِخُونَ فِيهَا رَبَّنَا أَخْرِجْنَا نَعْمَلْ صَالِحًا غَيْرَ الَّذِي كُنَّا نَعْمَلُ أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُم مَّا يَتَذَكَّرُ فِيهِ مَن تَذَكَّرَ وَجَاءكُمُ النَّذِيرُ فَذُوقُوا فَمَا لِلظَّالِمِينَ مِن نَّصِيرٍ [سورة فاطر 37]
Allah swt berfirman : Dan mereka (orang kafir) menjerit-jerit di dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan kami, keluarkanlah kami (dari azab ini); kami akan mengerjakan amal-amal yang soleh, yang lain dari apa yang kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa yang suka berfikir dan beringat? Dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) yang memberi amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang yang zalim tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memberikan pertolongan". Surah al-Faatir ayat 37.
Kehidupan yang sementara umpama celupan jari
Lihatlah betapa Allah sudah mengingatkan kehidupan yang sementara ini dan diumpamakan seperti jari yang dicelup. Apabila aku melihat liang lahad, terfikir sejenak, bagaimanakah kehidupan di sana. GELAP......SUNYI.....SEMPIT..........................SEJUK..........................
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : وَاللَّهِ مَا الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا مِثْلُ مَا يَجْعَلُ أَحَدُكُمْ إِصْبَعَهُ هَذِهِ وَأَشَارَ يَحْيَى بِالسَّبَّابَةِ فِي الْيَمِّ فَلْيَنْظُرْ بِمَ تَرْجِعُ؟
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Demi Allah! Perbandingan antara kehidupan dunia dengan akhirat itu, seperti salah seorang dari kalian yang mencelupkan ini -Ismail (perawi) mengisyaratkan jari telunjuknya- ke lautan. Cubalah perhatikanlah jari tersebut kembali membawa apa?” (HR. Muslim 7197 m/s 688 al-Mahira : Sumber )
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مَا لِي وَلِلدُّنْيَا ؟ مَا أَنَا في الدُّنْيَا إِلاَّ كَرَاكِبٍ اسْتَظَلَّ تَحْتَ شَجَرَةٍ ثُمَّ رَاحَ وَتَرَكَهَا , رواه الترمذي ، وقال : حديث حسن صحيح
Tiadalah bagiku dan bagi dunia, di mana tiadalah aku di dunia ini melainkan seolah-olah seorang penunggang (Musafir) yang singgah berteduh di bawah sepohon pokok, kemudian dia beredar pulang dan meninggalkannya. Sumber : Jaami At Tirmizi : Sumber
Kisah sahabat yang menangis melihat kubur
Wahai saudara-saudaraku yang dikasihi. Semoga kita semua tergolong dari kalangan hamba Allah yang berbahagia. Bahagianya seorang mukmin di akhirat bermula di alam barzakh lagi, kerana barzakh itu tempat pertama yang ditempuhi seseorang setelah mati.
Seorang Khalifah Saiyidina Uthman Bin Affan ra. , apabila beliau melewati kubur atau berada di kubur, beliau menangis.
أَنَّهُ سَمِعَ هَانِئًا مَوْلَى عُثْمَانَ ، قَالَ : كَانَ عُثْمَانُ إِذَا وَقَفَ عَلَى قَبْرٍ بَكَى حَتَّى يَبُلَّ لِحْيَتَهُ ، فَقِيلَ لَهُ : تُذْكَرُ الْجَنَّةُ وَالنَّارُ فَلَا تَبْكِي وَتَبْكِي مِنْ هَذَا ،
Hani maula Uthman berkata, Uthman selalu menangis bila berdiri di kubur hingga basah janggutnya. Lalu seseorang bertanya kepadanya. "Ketika disebut-sebut tentang syurga dan neraka engkau tidak menangis,tetapi kenapa engkau menangis kerana kubur ini?"
فَقَالَ : إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " إِنَّ الْقَبْرَ أَوَّلُ مَنْزِلٍ مِنْ مَنَازِلِ الْآخِرَةِ ، فَإِنْ نَجَا مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَيْسَرُ مِنْهُ ، وَإِنْ لَمْ يَنْجُ مِنْهُ فَمَا بَعْدَهُ أَشَدُّ مِنْهُ " .
Uthman menjawab, Rasullullah sallallahu alaihi wasallam bersabda, "Sungguh, kubur adalah awal persinggahan akhirat. Bila seseorang selamat darinya maka setelahnya lebih mudah. Bila tidak selamat darinya maka setelahnya lebih sukar." Kata Uthman, Rasullullah bersabda, "Aku tidak pernah melihat suatu pandangan yang lebih mengerikan dari kubur." Hr Tirmizi no. 2308 m/s 772 al-Mahira. ( Sumber )
Maka ingatlah dalam sebuah hadis :
الْقَبْرُ رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الْجَنَّةِ ، أَوْ حُفْرَةٌ مِنْ حُفَرِ النَّارِ
“Sesungguhnya kubur itu adalah merupakan satu taman dari taman-taman syurga dan merupakan lubang dari lubang-lubang neraka.” Riwayat Tirmizi.
Syurga, Neraka dan kematian itu DEKAT
يَقُولُ كُلُّ امْرِئٍ مُصَبَّحٌ فِي أَهْلِهِ وَالْمَوْتُ أَدْنَى مِنْ شِرَاكِ نَعْلِهِ
Abu Bakar akan bersya'ir; "Setiap pagi seseorang ditemani bersama keluarganya. Padahal maut, lebih dekat kepadanya dari pada tali sandalnya" : Sumber
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : الْجَنَّةُ أَقْرَبُ إِلَى أَحَدِكُمْ مِنْ شِرَاكِ نَعْلِهِ وَالنَّارُ مِثْلُ ذَلِكَ
Artinya : Surga lebih dekat kepada salah seorang dari kalian daripada tali sandalnya, neraka juga seperti itu. (HR. Al-Bukhari dari Ibnu Mas’ud) ( Sumber ) .
Yang membawa maksud syurga dan neraka itu mudah untuk kita memasukinya. Pada Allah jualah kitab berharap dan bergantung. Moga Allah menempatkan kita di syurga bersama-sama. Maksudnya, kematian itu cepat, syurga itu mudah untuk dimasuki dan neraka juga mudah dimasuki.
Nasihat untuk yang menerima ujian kematian
- يَا أَيُّهَا الَّذِيْنَ آمَنُوا اسْتَعِيْنُوْا بِالصَّبْرِ وَ الصَّلاَةِ إِنَّ اللهَ مَعَ الصَّابِرِيْن
- وَلاَ تَقُوْلُوْا لِمَنْ يُقْتَلُ فِيْ سَبيْلِ اللهِ أَمْوَاتٌ بَلْ أَحْيَاءٌ وَ لَكِنْ لاَّ تَشْعُرُوْن
- وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ
- الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
- أُولَـئِكَ عَلَيْهِمْ صَلَوَاتٌ مِّن رَّبِّهِمْ وَرَحْمَةٌ وَأُولَـئِكَ هُمُ الْمُهْتَدُونَ
(153) Wahai orang-orang yang beriman! Mohonlah pertolongan dengan sabar dan shalat; sesung-guhnya Allah adalah beserta orang-orang yang sabar.
(154) Dan janganlah kamu katakan terhadap orang yang terbunuh di jalan Allah bahwa mereka mati. Bahkan mereka hidup, akan tetapi kamu tidak merasa.
(155) Dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar,
(156) (yaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi roji’uun
(157) Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka, dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk
(Surah Al-Baqarah : 153 - 157)
Dari Abu Said Al-Khudri dan dari Abu Hurairah radhiallahu anhuma dari Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam beliau bersabda:
قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : مَا يُصِيبُ الْمُسْلِمَ مِنْ نَصَبٍ وَلَا وَصَبٍ وَلَا هَمٍّ وَلَا حُزْنٍ وَلَا أَذًى وَلَا غَمٍّ حَتَّى الشَّوْكَةِ يُشَاكُهَا إِلَّا كَفَّرَ اللَّهُ بِهَا مِنْ خَطَايَاهُ “
Tidaklah seorang muslim tertimpa suatu keLETIHan, atau penyakit, atau kekhuatiran, atau keSEDIHan, atau gangguan, bahkan duri yang melukainya melainkan Allah akan menghapus kesalahan-kesalahannya (Dosa) kerananya.” (HR. Al-Bukhari no. 5642 dan Muslim no. 2573)
Doakan si mati
Doa untuk mayat :-
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ
Ya Allah! Ampunilah dia (mayat) berilah rahmat kpdnya, selamatkanlah dia (dr beberapa hal yg tidak disukai), maafkanlah dia n tempatkanlah di tempat yg mulia (Surga), luaskan kuburannya, mandikan dia dgn air salju n air es. Bersihkan dia dr sgla kesalahan, sebagaimana Engkau membersihkan baju yg putih dr kotoran, berilah rumah yg lebih baik dr rumahnya (di dunia), berilah keluarga (di Surga) yg lebih baik drpd keluarganya (di dunia), psngan yg lebih baik drpd psgannya, n masukkan dia ke Surga, jagalah dia dr siksa kubur n Neraka. Sumber Hr Muslim.
اَللَّهُمَّ إِنَّ فِيْ ذِمَّتِكَ، وَحَبْلِ جِوَارِكَ، فَقِهِ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ، وَأَنْتَ أَهْلُ الْوَفَاءِ وَالْحَقِّ. فَاغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيم
Ya, Allah! Sesungguhnya dalam tanggunganMu dan tali perlindunganMu. Peliharalah dia dari fitnah kubur dan siksa Neraka. Engkau adalah Maha Setia dan Maha Benar. Ampunilah dan belas kasihanilah dia. Sumber Sunan Ibn Majah.
فَقَالَ : يَا ابْنَ عَوْفٍ إِنَّهَا رَحْمَةٌ ثُمَّ أَتْبَعَهَا بِأُخْرَى فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا
Nabi bersedih kerana kematian
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ , قَال : ” دَخَلْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
عَلَى أَبِي سَيْفٍ الْقَيْنِ ، وَكَانَ ظِئْرًا لِإِبْرَاهِيمَ عَلَيْهِ السَّلَام فَأَخَذَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِبْرَاهِيمَ فَقَبَّلَهُ وَشَمَّهُ ثُمَّ دَخَلْنَا عَلَيْهِ بَعْدَ ذَلِكَ وَإِبْرَاهِيمُ يَجُودُ بِنَفْسِهِ ، فَجَعَلَتْ عَيْنَا رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَذْرِفَانِ فَقَالَ لَهُ عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ عَوْفٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ : وَأَنْتَ يَا رَسُولَ اللَّهِ
Anas bin Malik r.a berkata:
“Kami bersama Rasulullah s.a.w pergi menemui Abu Saif Al Qayyinn yang (isterinya) telah mengasuh Ibrahim r.a (anak lelaki Rasulullah s.a.w). Lalu Rasulullah s.a.w mengambil Ibrahim r.a dan menciumnya.Kemudian setelah itu pada waktu yang lain kami mengunjunginya sedangkan Ibrahim telah meninggal. Hal ini menyebabkan kedua mata Rasulullah s.a.w berlinangan air mata. Lalu berkatalah ‘Abdurrahman bin ‘Auf r.a kepada baginda s.a.w : “Engkau menangis wahai Rasulullah?”فَقَالَ : يَا ابْنَ عَوْفٍ إِنَّهَا رَحْمَةٌ ثُمَّ أَتْبَعَهَا بِأُخْرَى فَقَالَ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : إِنَّ الْعَيْنَ تَدْمَعُ وَالْقَلْبَ يَحْزَنُ وَلَا نَقُولُ إِلَّا مَا يَرْضَى رَبُّنَا
Kemudian baginda s.a.w bersabda, “Sesungguhnya kedua mata telah mencucurkan air mata, hati telah bersedih, tetapi kami tidak akan menyebut apa-apa kecuali apa yang diredhai oleh Tuhan kami". Baginda s.a.w menjawab, “Wahai Ibnu ‘Auf, sesungguhnya (tangisan) ini adalah rahmat (lambang kasih sayang),” lalu diikuti dengan tangisan."
وَإِنَّا بِفِرَاقِكَ يَا إِبْرَاهِيمُ لَمَحْزُونُونَ
Kami dengan perpisahan ini wahai Ibrahim sangatlah bersedih”. [Sahih al-Bukhari : 1227]
Tanggungjawab manusia sekeliling terhadap keluarga si mati
Hadis yang dikeluarkan oleh Abu Daud, At-Tirmizi dan Ibnu Majah dari Abdullah Bin Ja’far, beliau berkata, apabila tiba berita kematian Ja’far (bin Abi Thalib) Nabi SAW bersabda:
اصنعوا
لأهل جعفر طعاما ، فإنه قد جاءهم ما يشغلهم.
Maksudnya: “Hendaklah kamu membuat makanan kepada ahli Ja’afar (isteri-isteri dan anak-anaknya), sesungguhnya telah datang kepada mereka perkara yang mengharukan (menyulitkan) mereka.”
Dalam hadis diatas, Rasullulah SAW mengharapkan jiran tetangga yang tinggal berhampiran dengan keluarga si mati agar membuat makanan kepada mereka yang ditimpa musibah dan dukacita kematian. Ja’far Bin Abi Thalib r.a telah mati syahid dalam peperangan Mu’tah pada tahun kelapan hijrah. Sebaik-baik sahaja berita kematiannya sampai, Nabi SAW menyuruh jiran tetangganya melakukan perkara itu kepada ahlinya (keluarganya) bagi meringankan beban dukacita ahli keluarga dengan memberi makan kepada mereka.
Imam Syafie menegaskan dalam kitabnya (الأم):
وأحب
رسول الله صلى عليه وسلم: اجعلوا لآل جعفر طعاما فإنه قد جاءهم أمر يشغلهم.
لجيران الميت أو ذى قرابته أن يعلموا لأهل الميت في يوم وليلته طعاما يشبعهم، فإن
ذلك سنة وذكر كريم، وهو من فعل أهل الخير قبلنا وبعدنا، لأنه لما جاء نعى جعفر قالرسول الله صلى عليه وسلم: اجعلوا لآل جعفر طعاما فإنه قد جاءهم أمر يشغلهم.
Maksudnya :
Aku suka jiran si mati atau orang yang mempunyai pertalian keluarga dengannya (keluarga jauh) memberi makan kepada ahli keluarga mayat, yang mengenyangkan mereka pada hari dan malamnya, kerana itu adalah sunnah dan ingatan (ذكر) yang mulia, dan ianya adalah perbuatan golongan yang baik-baik sebelum dan selepas kita. Ini kerana apabila tiba berita kematian Ja’far, Rasulullah SAW bersabda: “Buatlah kamu makanan kepada keluarga Ja’far kerana telah datang perkara yang mengharukan kepada mereka”
Perbanyakkanlah mengingati pemutus segala kenikmatan, iaitu maut.
أَكْثِرُوا ذِكْرَ هَادِمِ اللَّذَّاتِ " يَعْنِي الْمَوْتَ
Perbanyakkanlah mengingati pemutus segala kenikmatan, iaitu maut. (Sabda Nabi dalam jaami tirmizi 2307)
Abu Hud Fhaiq Amrie al Mi'maariy,
Putrajaya
اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْت
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa yang terdahulu dan akan datang
Comments
Post a Comment