:: DUNIA YANG DEKAT ::
"Mengapakah Allah menggunakan perkataan ini? Mengapakah Allah menyusun ayat ini begini dan begitu? Apa tidak bolehkah ayat ini menjadi begini dan begitu?"
Baru-baru ini, ketika solat di sebuah surau sementara menunggu kelas belajar dan membetulkan bacaan quran. Anakku dijaga oleh isteri yang duduk di bahagian perempuan. Ketika dalam solat jugalah aku terfikir, "Bagaimanakah keadaan anakku, merayaukah dia ke bahagian lain, terjagakah isteriku tatkala beliau juga sedang solat!"
Namun tidak semena pak imam membaca ayat :-
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلادُكُمْ فِتْنَةٌ وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ (١٥)فَاتَّقُوا اللَّهَ مَا اسْتَطَعْتُمْ وَاسْمَعُوا وَأَطِيعُوا وَأَنْفِقُوا خَيْرًا لأنْفُسِكُمْ وَمَنْ يُوقَ شُحَّ نَفْسِهِ فَأُولَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ (١٦)
Terjemah Surat At Taghaabun Ayat 15-16 :
"15. Sesungguhnya harta-hartamu dan anak-anakmu hanyalah cubaan, dan di sisi Allah pahala yang besar. 16. Maka bertaqwalah kamu kepada Allah menurut kesanggupanmu dan dengarlah serta taatlah dan infakkanlah harta yang baik untuk dirimu. Dan barang siapa dijaga dirinya dari kekikiran, mereka itulah orang-orang yang beruntung."
Secara tak sengaja terpancul perkataan "ALLAH" dimulutku. Seolah-olah ditegur dalam solat. Maha Suci Allah ampuni dosaku kerana lalai mengingatiMu. Kerana (Allah) bahasalah aku faham perintah-perntah ini. Syukur Allah memberiku peluang untuk mendalami bahasa yang mulia ini.
Gambar di bawah ni merupakan satu ayat yang ku baca setiap inci perkataanya, ku cuba fahami dan dalami pengertiannya. Maha Suci Allah, betapa cantiknya Allah menyusun perkataan ini dalam quran sehingga ia betul-betul dirasai oleh diri ini.
Dari sudut bahasa, الدُّنْيا datang dari perkataan دنا (rujuk lisanul arab) yang membawa maksud 'dekat' atau pun 'paling bawah'. Dunia yang kita hadapi sekarang ini satu kehidupan yang singkat dan cepat. Sekejapnya kehidupan ini digambarkan oleh Nabi Sallallahu alaihi wasallam (SAW) :-
وعن عبد الله بن مسعود، رضي الله عنه، قال: نام رسول الله صلى الله عليه وسلم، على حصير، فقال وقد أثر في جنبه. قلنا: يا رسول الله لو اتخذنا لك وطاء! فقال: " مالي وللدنيا؟ ما أنا في الدنيا إلا كراكب استظل تحت شجرة ثم راح وتركها”. رواه الترمذي وقال: حديث حسن صحيح
Yang bermaksud : Dari Abdullah Bin Mas'ud r.a berkata : "Rasulullah SAW pernah tertidur di atas sebuah tikar dan apabila beliau terjaga terkesan di badannya corak tikar yang melekat pada tubuhnya."
Kami pun berkata kepada beliau :"Wahai Rasulullah alangkah baiknya jika kami berikah kamu tilam."
Kata baginda SAW :"Apakah untukku ini dan apa pula untuk dunia? Tidaklah aku di dunia ini umpama seorang pengembara yang berhenti berehat di bawah pohon, lalu pergi dan meninggalkanya."
Dalam sebuah kitab syarah kepada hadis ini,
أي: ليس حالي معها إلا كحال راكب طريقُه طويلة، وغايته بعيدة، فنزل يستظل بظل شجرة، ثم ما لبث أن قام ورحَل عنها.
Bermaksud : Tidak ada perkara yang bersamanya kecuali seperti hal seorang pengembara yang pengembaraannya yang panjang, pengakhiran yang jauuh , kemudian beliau turun dari binatangnya dan di bawah bayang-bayang pokok, beliau tidak menginap akan tetapi bangun dan meninggalkannya.
Begitulah pandangan Nabi SAW , kata-kata yang sentiasa menyentuh hati dan meninggalkan kesan yang mendalam terhadap jiwa-jiwa yang merinduinya ini.
Akhir kalam, hiduplah di dunia ini dan beringat-ingatlah akan kematian, kerna DUNIA INI SEMENTARA dan Allah sahajalah yang Maha Kekal Abadi.
Abu Hud Fhaiq Amrie al Mi'maariy,
Putrajaya
اَللّهُمَّ اخْتِمْ لَنَا بِاْلاِسْلاَمِ وَاخْتِمْ لَنَا بِاْلاِيْمَانِ وَاخْتِمْ لَنَا بِحُسْنِ الْخَاتِمَةِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْت
“Ya Allah, akhirilah hidup kami dengan islam, akhirilah hidup kami dengan membawa iman, akhirilah hidup kami dengan husnul khatimah. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa yang terdahulu dan akan datang
Comments
Post a Comment