:: AJAL MENDENGAR AYAT QURAN ::

:: WALI YANG MELAHIRKAN WALI ::
Ali Bin al-Fudhail bin Iyadh rahimahullah adalah seorang tokoh yang hebat. Beliau tidak pernah khatam quran. Kerana beliau akan pengsan setiap kali mendengar ayat-ayat yang menceritakan tentang neraka dan syurga.

Disebut dalam as-Siyar lil Imam az-Zahabi rahimahullah :

 

أَنْبَأَنِي الْمِقْدَادُ الْقَيْسِيُّ ، أَخْبَرَنَا أَحْمَدُ بْنُ الدَّبِيقِيُّ ، أَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرٍ الْأَنْصَارِيُّ ، أَخْبَرَنَا أَبُو بَكْرٍ الْخَطِيبُ ، أَخْبَرَنَا أَبُو الْحُسَيْنِ بْنُ بِشْرَانَ ، أَخْبَرَنَا عَلِيُّ بْنُ مُحَمَّدٍ الْمِصْرِيُّ ، سَمِعْتُ أَبَا سَعِيدٍ الْخَرَّازَ ، سَمِعْتُ إِبْرَاهِيمَ بْنَ بَشَّارٍ يَقُولُ :

الْآيَةُ الَّتِي مَاتَ فِيهَا عَلِيُّ بْنُ الْفُضَيْلِ ، فِي الْأَنْعَامِ : وَلَوْ تَرَى إِذْ وُقِفُوا عَلَى النَّارِ فَقَالُوا يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ مَعَ هَذَا الْمَوْضِعِ مَاتَ ، وَكُنْتُ فِيمَنْ صَلَّى عَلَيْهِ -رَحِمَهُ اللَّهُ .

Beliau digelar 'qatiilul qurani', (dibaca qatiil sebagai maf'ul) iaitu bermaksud manusia yang dibunuh kerana quran. Ini kerana pada suatu hari beliau rahimahullah menjadi ma'mum dan bila mendengar ayat tentang penghuni neraka mahu kembali ke dunia, beliau pengsan dan sampailah ajalnya lalu meninggal dunia.
وَلَوْ تَرَىٰ إِذْ وُقِفُوا عَلَى النَّارِ فَقَالُوا يَا لَيْتَنَا نُرَدُّ وَلَا نُكَذِّبَ بِآيَاتِ رَبِّنَا وَنَكُونَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
"Dan jika kamu (Muhammad) melihat ketika mereka dihadapkan ke neraka, lalu mereka berkata: “Kiranya kami dikembalikan ke dunia dan tidak mendustakan ayat-ayat Tuhan kami, serta menjadi orang-orang yang beriman, (tentulah kamu melihat suatu peristiwa yang sangat mengharukan)." (al An’am: 27)
Begitulah hebatnya orang-orang terdahulu apabila mereka menjiwai al-Quran. Moga kisah ini membuatkan semangat kita semua untuk berusaha sungguh-sungguh mentadaburi (mendalami/mempelajari) al-Quran.

Abu Hud Fhaiq Amrie al-Mi'mariy,
Putrajaya 2019

Comments