:: BAB ATHAF DAN KELEBIHAN SUSUNAN AYAT QURAN, AZ-ZAJJAJI ::




Alhamdulillah, antara masalah yang saya selalu hadapi ketika berhadapan dengan surah al-Ma’idah ayat 6, ialah mengaitkan perintah basuhan kaki. Kerana terjemahan ‘DAN’ yang wujud sekian lama. Selalu saya fikir kenapa tidak  sapu sebahagian kepala dan kaki. Dan seperti biasa, kunci untuk mengatasi masalah ini tidak lain hanyalah dengan rezeki yang diberikan oleh Allah melalui pemahaman bahasa arab.

Antara ayat lain yang Ust Anwar ajar kami. Surah al-maidah ayat 6, perintah Allah mengenai wudhu.

 يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا قُمْتُمْ إِلَى الصَّلاةِ فَاغْسِلُوا وُجُوهَكُمْ وَأَيْدِيَكُمْ إِلَى الْمَرَافِقِ وَامْسَحُوا بِرُءُوسِكُمْ وَأَرْجُلَكُمْ إِلَى الْكَعْبَيْنِ

Bermaksud : "Hai orang-orang yang beriman, apabila kalian hendak mengerjakan solat, maka basuhlah wajah dan tangan kalian sampai dengan siku, dan sapulah sebahagian kepala kalian dan kaki kalian sehingga kedua mata kaki."

Jika ayat ini diterjemah secara literal, terjemahan 'kaki kalian' akan merujuk kepada perintah SAPULAH SEBAHAGIAN.. . Namun Ust menerangkan bab athaf, sebarang penambahan huruf waw (و), huruf jar nya juga perlu ditambah. Dalam ayat sapulah kepala kalian, kita dapati ada penambahan huruf jar (ب). Dan ayat 'kaki kalian' (وَأَرْجُلَكُمْ) kita dapati , tiada penambahan huruf ب sebelum arjuLAkum. Sebab tu ayat wudu (basuh kaki) dlm quran letak di hujung. Ini menunjukkan perintah basuh kaki, datang dari perintah (فَاغْسِلُوا ). Kalau tambah huruf ب, akan jadi ataf kepada SAPULAH kepala kamu.. masyaAllah. Letak hujung menunjukkan ia dilakukan mengikut urutan , seperti mana ayat basuhan dan sapuan disusun.
Hal ini disebut dalam kitab nahu yang ditulis oleh az-Zajjaji rahimahullah tahun 340 H :-

ذكر الزجاجي رحمه الله واعلم أن الأسماء كلها يُعطَفُ عليها إلا المضمرَ المخفوض. فإنه لا يُعطَفُ عليه إلا بإعادة الخافض لو قلتَ ; مررْتُ به وزيدٍ, ودخلتُ إليك وعمرٍو, لم يجُزْ حتّى تقول ; مررتُ به وبزيدٍ , ودخلت إليك وإلى عمرٍو هـ

Terjemahan: Kata beliau rahimahullah: “untuk fungsi 'ataf bagi dhamir majrur, huruf jarr perlu diulang sebelum isim ma'tuf.”

Antara faedah lain yang didapati dalam program istifadah semalam, adalah mendapati info setiap tulisan, baris mahupun rima yang Allah aturkan di dalam quran mempunyai kepentingan dan tujuan yang memberi faedah kepada manusia . Baik dari segi rima, pembacaan, makna mahupun arahan. Bahkan kami temui semalam, kalimah disusun depan atau belakang ia bertujuan penekanan (taukid) terhadap apa yg ingin disampaikan.

Kata Ust Anwaruddin, Sibawaih rahimahullah pernah tulis dan simpulkan .

 قال سيبويه :- والعرب تقدّم ما هو ببيانه أعنى

yang bermaksud : "Bahasa arab itu mendahulukan apa ape yang ia mahu sampaikan darinya."

 المثل : نعبدك = إياك نعبد

Sebagai contoh , ayat al-Fatihah , yang bermaksud, kami menyembah kepada-Mu. Namun kesan dari susunan ini, terjemahannya menjadi, HANYA KEPADA-MU SAHAJALAH KAMI MENYEMBAH.

Tulisan ini akan bersambung. Moga ilmu tidak berhenti di sini. Kegembiraan mengetahui ilmu agama melalui bahasa amatlah berharga. Saya jemput tuan-tuan untuk hadir sama-sama mengimarahkan lagi program kami di Istifadah.

Abu Hud Fhaiq Amrie al-Mi'mariy,
Putrajaya 2019

Comments