:: Dunia yang dekat ::



Soalan :

Langit pertama ni hingga mana? Bukankah semua isi planet dan galaksi hanya berada di langit dunia?

 Jawapan :

Pertama, jika dilihat makna ad-dunya dalam surah al-Mulk ayat 5 adalah di bawah wazan fu’la iaitu tafdhil untuk muannas. Ayatnya  ;

 وَلَقَدْ زَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَجَعَلْنَاهَا رُجُومًا لِلشَّيَاطِينِ وَأَعْتَدْنَا لَهُمْ عَذَابَ السَّعِيرِ سورة الملك ٥

Yang bermaksud, Allah SWT berfirman :
"Telah kami hiasi langit yang paling dekat (dengan manusia) bintang-bintang dan kami jadikannya sebagai rejaman kepada syaitan-syaitan dan kami sediakan azab neraka yang menjulang-julang."

Dari sudut bahasa, الدُّنْيا : فُعْلى datang dari perkataan دنا (rujuk lisanul arab) yang membawa maksud 'dekat' atau pun 'paling bawah'.


Ini menunjukkan dunya itu mengikut mausufnya iaitu as-sama, juga akan menunjukkan as-sama’ ini sifatnya muannas.
  
Manakala Al-Imam at-Tobari rahimahullah menyebut di dalam tafsirnya dengan membawa riwayat yang menyatakan al-Masobih (المصابيح) itu bermakna al-Kawakib (الكواكب), pada surah al-Fusilat ayat yang ke 12.
  
حدثنا بشر, قال: ثنا يزيد, قال: ثنا سعيد, عن قتادة ( وَأَوْحَى فِي كُلِّ سَمَاءٍ أَمْرَهَا ) : خلق فيها شمسها وقمرها ونجومها وصلاحها.

 وقوله: ( وَزَيَّنَّا السَّمَاءَ الدُّنْيَا بِمَصَابِيحَ وَحِفْظًا ) يقول تعالى ذكره: وزيَّنا السماء الدنيا إليكم أيها الناس بالكواكب وهي المصابيح.

Juga jumpa tiga ayat dalam al-quran yang diulang (السماء الدنيا) iaitu pada surah al-Soofat ayat 6, af-Fusilat ayat 12 dan al-Mulk ayat 5.


Dalam kamus DBP m/s 2015 ,الكواكب datang dari perkataan الكوكب yang bermakna kilauan atau bercahaya atau  planet. Manakala المصابيح membawa makna bintang. Jadi bermakna, setiap planet, objek yang bercahaya di langit mahupun seluruh alam semesta , boleh jadi termasuk dalam ayat tersebut.

Kedua, As-samau d-dunya adalah sifat mausuf iaitu langit yang paling dekat atau rendah, bukannya idhofah iaitu langit kepada dunia. Ad-dunya bawah wazan fu'la (tafdhil muannas ; yang paling) yang membawa maksud sifat yang dekat. Sebab ade riwayat (terjemahan) yang disebut oleh al-Imam at-Tobari rahimahullah dalam kitabnya Tafsir Tobari ketika menafsirkan ayat ( فَلا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ ) :

Kata Ibnu Ababs radhiyallahu anhu :

عن ابن عباس، قال: نـزل القرآن في ليلة القدر من السماء العليا إلى السماء الدنيا جملة واحدة، ثم فرق في السنين بعد. قال: وتلا ابن عباس هذه الآية ( فَلا أُقْسِمُ بِمَوَاقِعِ النُّجُومِ ) قال: نـزل متفرّقًا.

"Al-Quran telah diturunkan pada malam lailatul qadr dari langit YANG paling tinggi (ulya;fu'la) ke langit YANG paling rendah."

Rujuk :


Kesimpulannya, kalau ikutkan, selagi kita nampak bintang, planet, meteor, galaksi dan yang berkaitan di langit sana. Selagi itulah langit PALING rendah yang Allah ciptakan. Jika alam semesta yang sebesar-besar alam ini tidak dapat dijangka besarnya, bagaimana dengan lapisan kedua, ketiga dan seterusnya. Maha Suci Allah tidak jadikan perkara ini sia-sia, selamat kami dari asab neraka. 

Abu Hud Fhaiq Amrie al-Mi'mariy,
Putrajaya 2018.

Comments