القَارِيْءُ حَالِبٌ
وَالمسْتَمِعُ شَارِبٌ
“Orang yang membaca Al Qur’an adalah pemerah, sedangkan
yang mendengarnya adalah yang meminumnya.”
Al-Imam
al-Nawawi rahimahullah dalam al-Tibyan mengatakan bahawa tangisan ketika mendengar al-Quran
adalah tanda sifat al-Arifiin dan syiar orang-orang soleh. Seperti mana firman
Allah :-
وَيَخِرُّونَ
لِلْأَذْقَانِ يَبْكُونَ وَيَزِيدُهُمْ خُشُوعًا الإسراء/109
Dan mereka tersungkur di atas
muka mereka sambil menangis dan mereka bertambah khusyu’. (Al-Isra’ :109)
Sifat 'al-arifin' iaitu
orang-orang yang mengenali Allah (فاعل: عرف) dengan sebenar-benarnya dan
menjadi syiar atau simbol hamba-hamba Allah yang soleh.
Begitu juga, Imam al-Ghazali
rahimahullah mengatakan bahawa menangis semasa membaca al-Quran adalah
digalakkan.
Dalam Sunan Ibn Majah terdapat
sebuah hadith Daripada
Sa’ad bin Abi Waqqas RA, Nabi SAW bersabda :
إِنَّ
هَذَا الْقُرْآنَ نَزَلَ بِحُزْنٍ، فَإِذَا قَرَأْتُمُوهُ فَابْكُوا، فَإِنْ لَمْ تَبْكُوا
فَتَبَاكَوْا
Maksudnya:
“Sesungguhnya al-Quran ini turun dengan kesedihan, maka jika kamu membacanya
hendaklah kamu menangis, jika kamu tidak (bisa) menangis, maka berusahalah
untuk menangis”. [Riwayat Ibn Majah (1337)][Hadith ini dinilai
dhaif oleh Ibn Hajar akan tetapi menangis ketika membaca al-Quran merupakan
kebiasaan atau amalan para Salaf al-Soleh].
Begitu
juga dengan pendapat sebahagian salaf. Mereka berkata :
يا
أيها الناس ابكوا فإن لم تبكوا فتباكوا
فإن
أهل النار يبكون الدموع حتى تنقطع
ثم
يبكون الدماءحتى لو أرسلت فيها السفن لجرت
[أبو
موسى الأشعري]
Maksudnya: “Wahai manusia.
Menangislah kamu. Jika kamu tidak dapat menangis, maka berusahalah untuk
menangis. Sesungguhnya, ahli neraka itu akan menangis dengan air mata
sehinggalah terputus air mata (kering air mata). Kemudian mereka akan menangis
dengan mengalir darah sehinggalah jika dilepaskan kapal pada himpunan tangisan
mereka, nescaya kapal pun boleh berlayar padanya.” [Hilyah Al-Auliya’]
Akhirnya, semoga Allah SWT
menjadikan kita dalam kalangan hamba-hambanya yang kasih kepada al-Quran serta
menjadikan al-Quran itu sebagai syafaat kita di hari Akhirat kelak. Amin.
Juga Merujuk pada fatwa : http://www.muftiwp.gov.my/index.php/ms-my/perkhidmatan/irsyad-al-hadith/1418-irsyad-al-hadith-siri-ke-160-menangis-mendengar-al-quran
Abu Hud Fhaiq al-Mi’mariy,
Putrajaya. 2017
Comments
Post a Comment