:: NAMA ANAK ::

Beberapa tahun lepas saya ade terbaca beberapa tulisan di FB. Ditujukan kepada orang awam seperti saya yang tiada lulusan mana2 Univ. dalam bidang agama. Antara panggilannya adalah “jahil”. Tapi sebenarnye ini adalah satu perangai biasa dikalangan orang berilmu. Kadang2 akan rasa lebih pandai sikit berbanding orang lain. Cuma kesalahan yang sering dilakukan adalah menyampaikan maklumat atau cara memperbetulkan kesalahan orang lain. Sampai TERkeluar perkataan “jahil” tu. hehe..

Antara isunya adalah penggunaan nama anak dalam bahasa arab yang dimelayukan sebutannya. Kadang kita terlupa, bukan semua manusia direzekikan ilmu pengetahuan dlm bahasa arab, ataupun dalam ilmu agama. Nama anak ni, sebenarne sensetifvuntuk diejek, dijahilkan. Yelah, mana lah ade orang nak bagi nama anak yang aib, mestilah tujuan mereka nak yang baik-baik utk anak mereka.

Ada juga saya baca beberapa tulisan, yang melekeh-lekehkan penerjemah ‘noob’ yang terjemah perkataan أن dalam ayat. Bunyinya begini , “hello... tahu tak perkataan Inna/In tu tak payah terjemah pun takpa..!”. Jangan marah ya tuan, bila ayat seperti ini ditulis, kita akan baca ia dalam nada yang berbeza. Boleh jadi org yang membaca ayat tersebut dengan nada yang sombong. Kan?

Dahulu, pernah saya sampaikan nasihat pada isteri, “Tidak ada manusia dalam dunia ini tahu semua perkara sampaikan kita nak cakap TAKKAN ITUPUN TAK TAHU.” Beritahu sahajalah perkara yang betul kan senang. Selang beberapa hari, saya diuji dengan tindakan yang sama. Menganggap semua orang terlalu meremehkan ilmu pengetahuan yang asas.

Jadi saya beri CADANGAN pada dia, berhemahlah dalam memberi ilmu dan menasihat. Orang islam memang ada semangat untuk menyuburkan agama dalam keluarga. Dari segi beri nama, buat amalan dan lain-lain lagi. Cuma yang membezakan kita semua ialah ilmu. Dengan ilmulah yang menghasilkan ‘outcome’ yang berbeza. Solusinya : “Kejahilan perlu dikawal, tapi dengan cara yang sebaiknya. Bukannya diejek dan merendah-rendahkan.”

Pernah juga satu ketika dahulu, saya melakukan perkara yang sama. Memanggil orang jahil hanya kerana ada kelebihan tahu satu atau dua perkara yang berbeza. Lalu kini saya fikir, ada ilmu lah yang membuatkan kita lebih rasa rendah diri. Lebih yakin dalam ibadah. Saya menyesal selepas saya melihat perbuatan ini dilakukan oleh orang lain. Menesal kerana teringatkan dir sendiri. Dan tidaklah saya menulis ini, untuk menyalahkan sesiapa. Hanya untuk memberi kesedaran pada diri sendiri jua. Boleh jadi, ia akan jadi dalam apa juga bidang ilmu. Niat dan tindakan yang salah, akhirnya memberi mudarat kepada pelakunya. Moga tuan-tuan yang pernah saya ‘ejek’ dahulu maafkan kesalahan saya ini.

Fhaiq Amrie 
Putrajaya 2019

Comments