Akhirat ..
Nanti di hari akhirat, ade sekelompok manusia merasa
cemburu dan menyesal ke atas sekelompok manusia yang lain di syurga. Kerena
kelompok yang lain tu mendapat ganjaran khas dari Allah , hanya kerana mereka
dahulu di dunia bersabar atas dugaan yang Allah beri.
Sampaikan golongan yg cemburu tu minta pada Allah untuk
kembali ke dunia, supaya mereka dapat gunting kulit mereka sendiri , kemudian
mereka bersabar atas rasa sakit yg mereka alami. Supaya mereka nanti dapat
ganjaran khas sama seperti yg Allah bagi pada kelompok yg mereka cemburu tu.
Dari hadis ;-
عن جابر قال قال
رسول الله صلى الله
عليه وسلم ؛
يَوَدُّ
أَهْلُ الْعَافِيَةِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَنَّ
جُلُودَهُمْ قُرِضَتْ بِالْمَقَارِيضِ مِمَّا يَرَوْنَ مِنْ
ثَوَابِ أَهْلِ الْبَلاَءِ الثَّوَابَ
لَوْ أَنَّ جُلُوْدَهُمْ كَانَتْ
قُرِضَتْ فِيْ الدُّنْيَا بِالْمَقَارِيْضِ
وهذا
حديث غريب لا نعرفه
بهذا الإسناد إلا من
هذا الوجه وقد روى
بعضهم هذا الحديث عن
الأعمش عن طلحة بن
مصرف عن مسروق قوله
شيئا من هذا
Kesabaran yang benar-benar ikhlas itulah adalah
keredhaan. Ummu Ad-Darda rahimahullah kata :
حَدَّثَنَا
عُمَرُ بْنُ ذَرٍّ ،
قَالَ : بَلَغَنَا أَنَّ أُمَّ الدَّرْدَاءِ
، كَانَتْ تَقُولُ
: " إِنَّ الرَّاضِينَ بِقَضَاءِ اللَّهِ الَّذِينَ مَا
قَضَى الله لَهُمْ رَضُوا
بِهِ ، لَهُمْ فِي
الْجَنَّةِ مَنَارٌ ليَغْبِطُهُمْ بِهَا
الشُّهَدَاءُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ "
“Sesungguhnya orang2 yg redha dengan qada (ketentuan)
Allah itu, adalah orang yang mana bila Allah uji mereka, mereka redha (terima
dgn ikhlas). Oleh kerana itu, mereka mendapat ganjaran di sebuah menara yang
bercahaya di dalam syurga. Yang mana para syuhada cemburu kepada mereka akibat
ganjaran tersebut pada hari kiamat.” (Riwayat Ibn Abi Ad-Dunya dlm kitabnya
Al-Redha AnilLah no. 8)
Abu Hud Fhaiq Amrie al-Mi'mairy,
Putrajaya 2019
Comments
Post a Comment