Nabi Doakan keberkatan makanan ketika perang
Yang pertama ialah hadis Jabir RA.
Ibnu Sunni RAH telah meriwayatkan sebuah hadis bacaan doa makan yang mana sekian banyaknya ulama telah mendhaifkan hadis tersebut kerana di dalamnya ada rawi yang bernama Abu al-Zuaiziah. Kata Al-Imam Al-Bukhari RAh, Abu Al-Zuaiziah : Beliau adalah "mungkarul hadis jiddan". Namun begitu, doa makan ini juga disebut oleh al-Imam an-Nawawi dalam kitabnya al-Azkar dan menyandarkan sanad doa makan ini pada kitab Ibnu Sunni, amal al-yaum wallaillah. Kemudian datang pula Ibnu 'Allan as-Syafie RAH (wafat 1501H) yang mensyarahkan al-Azkar an-Nawawiyyah, beliau RAH mengatakan terdapat kisah Jabir RA ketika perang Khandak dan kisah Abu Thalhah yang mana datang Nabi SAW ke rumah sahabat dan mendoakan makanan dan makanan tersebut di makan oleh ramai sahabat yang lain, diriwayatkan ribuan orang. Bahkan makanan yang tinggal itu disedekahkan pula ke jiran-jiran berhampiran.
Al-Imam Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan dalam Shahih keduanya dari Jabir bin Abdullah RAH :
لَمَّا حُفِرَ الْخَنْدَقُ رَأَيْتُ بِالنَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمَصًا شَدِيْدًا فَانْكَفَأْتُ إِلَى امْرَأَتِي فَقُلْتُ: هَلْ عِنْدَكِ شَيْءٌ فَإِنِّي رَأَيْتُ بِرَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَمَصًا شَدِيْدًا؟ فَأَخْرَجَتْ إِلَيَّ جِرَابًا فِيْهِ صَاعٌ مِنْ شَعِيْرٍ وَلَنَا بُهَيْمَةٌ دَاجِنٌ فَذَبَحْتُهَا وَطَحَنَتِ الشَّعِيْرَ فَفَرَغَتْ إِلَى فَرَاغِي وَقَطَّعْتُهَا فِي بُرْمَتِهَا ثُمَّ وَلَّيْتُ إِلَى رَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، فَقَالَتْ: لاَ تَفْضَحْنِي بِرَسُوْلِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَبِمَنْ مَعَهُ. فَجِئْتُهُ فَسَارَرْتُهُ فَقُلْتُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ ذَبَحْنَا بُهَيْمَةً لَنَا وَطَحَنَّا صَاعًا مِنْ شَعِيْرٍ كَانَ عِنْدَنَا، فَتَعَالَ أَنْتَ وَنَفَرٌ مَعَكَ. فَصَاحَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ: يَا أَهْلَ الْخَنْدَقِ، إِنَّ جَابِرًا قَدْ صَنَعَ سُوْرًا فَحَيَّ هَلاً بِهَلِّكُمْ. فَقَالَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ تُنْزِلُنَّ بُرْمَتَكُمْ وَلاَ تَخْبِزُنَّ عَجِيْنَكُمْ حَتَّى أَجِيْءَ. فَجِئْتُ وَجَاءَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقْدُمُ النَّاسَ حَتَّى جِئْتُ امْرَأَتِي فَقَالَتْ: بِكَ وَبِكَ. فَقُلْتُ: قَدْ فَعَلْتُ الَّذِي قُلْتِ. فَأَخْرَجَتْ لَهُ عَجِيْنًا فَبَصَقَ فِيْهِ وَبَارَكَ ثُمَّ عَمَدَ إِلَى بُرْمَتِنَا فَبَصَقَ وَبَارَكَ ثُمَّ قَالَ: ادْعُ خَابِزَةً فَلْتَخْبِزْ مَعِي وَاقْدَحِي مِنْ بُرْمَتِكُمْ وَلاَ تُنْزِلُوْهَا. وَهُمْ أَلْفٌ، فَأُقْسِمُ بِاللهِ لَقَدْ أَكَلُوا حَتَّى تَرَكُوْهُ وَانْحَرَفُوا وَإِنَّ بُرْمَتَنَا لَتَغِطُّ كَمَا هِيَ وَإِنَّ عَجِيْنَنَا لَيُخْبَزُ كَمَا هُوَ
“Ketika menggali parit di perang khandaq, aku melihat Rasulullah SAW dalam keadaan sangat lapar, maka aku pergi ke isteriku dan berkata kepadanya: “Apakah engkau punya sesuatu? Karena aku melihat Rasulullah SAW dalam keadaan sangat lapar”. (dalam hadis lain, kisah yang sama Nabi SAW memecahkan batu yang besar menjadi pasir halus, yang mana sahabat-sahabat lain telah usaha keras untuk menghancurkannya namun gagal).
Isteriku mengeluarkan karung kulit yang di dalamnya terdapat segantang gandum. Dan kami mempunyai seekor kambing kecil. Akupun menyembelih kambing itu sementara isteriku mengadun tepung (membuat roti). Dia pun menyelesaikan kerjanya dan aku pula menyelesaikan pekerjaanku. Lalu aku memotong-motongnya di dalam burmah (periuk dari batu), kemudian aku kembali kepada Rasulullah SAW. Isteriku berkata: “Jangan membuat aku malu di hadapan Rasulullah SAW dan para sahabatnya”.
Akupun menemui beliau dan berbisik kepada beliau, aku katakan: “Wahai Rasulullah, kami sudah menyembelih seekor kambing kecil dan mengadun segantang gandum milik kami. Jadi, jemputlah engkau dan beberapa sahabatmu datang”.
Maka Rasulullah SAW pun berseru: ‘Wahai para penggali parit, sesungguhnya Jabir sudah menyiapkan hidangan. Marilah segera, kalian semua!’
Kemudian Rasulullah SAW berkata: ‘Jangan turunkan periuk dan adunan kalian sampai aku datang.’
Akupun pulang dan datanglah Rasulullah SAW mendahului kaum muslimin hingga aku menemui isteriku.
Dia berkata: ‘Gara-gara kamu, gara-gara kamu.’
Aku katakan: ‘Sudah aku lakukan apa yang kamu katakan.’
Lalu dia pun mengeluarkan adunan tersebut dan menyerahkannya kepada Rasulullah SAW. Beliau pun meludahnya (meniup/menyemburkan sedikit air liur) dan MENDOAKAN KEBERKATAN KE ATASNYA, kemudian menuju periuk kami, lalu meludahi dan mendoakan keberkahan padanya. Kemudian beliau berkata: ‘Panggil si pembuat roti agar dia buat roti bersamaku dan cedoklah dari periuk kalian, tapi jangan diturunkan.’
Mereka ketika itu berjumlah seribu orang. Aku bersumpah demi Allah, sungguh semuanya makan sampai mereka tinggalkan (bersisa) dan kembali pulang, sementara periuk kami benar-benar masih mendidih (isinya) sebagaimana awalnya, dan adonan itu juga masih seperti semula.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim dari Jabir bin ‘Abdillah RAHuma)
Comments
Post a Comment