:: MALAS IBADAH? ::

Saya terbaca sebuah kisah dari Facebook Maulana Zaharuddin Nawi Qasimi hafizahullah : 


"Ada seorang hamba Allah yang uzur memberitahu saya dia sangat berminat mengaji nahu kerana hendak memahami Al-Quran. Tapi malangnya katanya bahasa Arab dia sangat lemah. Saya tak banyak tanya perihal dia dlm message itu. Dia yang beritahu bahasa Arabnya lemah. Dia cuba mengikuti pengajian Mughni Labib dalam utube. Dia kata dia boleh faham apa yang saya terangkan dalam utube kerana huraian dalam bahasa Melayu tetapi dia kena kerja keras. Kalau video saya sejam lebih dia akan ambil masa empat hingga lima jam untuk habiskan video itu. Dia akan tulis semula apa yang dihuraikan dalam video apa yang patut. Dia tidak putus-putus memberi semangat untuk saya postkan video-video. Saya terkejut juga mendengar al kisahnya. Saya ingat yang tengok video tu hanya para ustaz atau student agama di universiti sahaja kerana subjeknya yang agak pusing-pusing. Begitulah halnya orang yang mencari sesuatu yang dirasakan berharga buat dirinya dia akan buat apa sahaja demi mencapai impiannya."


Ya Allah. Lihatlah bagaimana al-quran telah membuatkan seseorang itu sibuk. Bukti yang mana Allah berikan rezeki setiap manusia berbeza-beza. Ada rezeki lebih beribadah, ada rezeki lebih bersedekah. Setiap kita punya yang berbeza-beza.

Benarlah. Siapa yang sibuk degan kebaikan (Allah buatkan dia sibuk dengan kebaikan), maka perkara yang tidak baik akan menjauhinya. Bila sebut sahaja tentang masa untuk ibadah, sering saya memikirkan dua hadis yang sentiasa menjadi ingatan dan teguran tatkala diri ini malas dan urusan ibadah jadi tidak tentu arah. Mungkin dari tips ini akan mebantu pembaca untuk meningkatkan diri rajin beribadah dan baca quran. Yang pertama iaitu sebuah hadis yang diriwayatkan oleh al-Imam Ibnu Majah RAH :

من حديث زَيْد بْن ثَابِتٍ قَالَ: سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ، يَقُولُ:   مَنْ كَانَتِ الدُّنْيَا هَمَّهُ، فَرَّقَ اللَّهُ عَلَيْهِ أَمْرَهُ، وَجَعَلَ فَقْرَهُ بَيْنَ عَيْنَيْهِ، وَلَمْ يَأْتِهِ مِنَ الدُّنْيَا إِلَّا مَا كُتِبَ لَهُ، وَمَنْ كَانَتِ الْآخِرَةُ نِيَّتَهُ، جَمَعَ اللَّهُ لَهُ أَمْرَهُ، وَجَعَلَ غِنَاهُ فِي قَلْبِهِ، وَأَتَتْهُ الدُّنْيَا وَهِيَ رَاغِمَةٌ   ورواه ابن ماجه 
Dari Zaid bin Tsabit RA , ia mendengar Rasululluah SAW bersabda,"Barangsiapa yang menjadikan dunia itu adalah tujuan hidupnya, maka Allah akan mencerai-beraikan urusannya, menjadikan kefakiran di antara kedua kelopak matanya, dan ia tidak mendapatkan dunia kecuali menurut ketentuan yang telah ditetapkan baginya. Barangsiapa yang niatnya adalah akhirat (sebagai tujuan hidupnya), Allah akan mengumpulkan urusannya dan menjadikan kekayaan di hatinya, dan dunia akan mendatanginya dalam keadaan hina.” 

Yang kedua adalah sebuah hadis yang diriwaytakan oleh al-Imam at-Tirmizi RAH :

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ الرَّبُّ عَزَّ وَجَلَّ  مَنْ شَغَلَهُ الْقُرْآنُ وَذِكْرِي عَنْ مَسْأَلَتِي أَعْطَيْتُهُ أَفْضَلَ مَا أُعْطِي السَّائِلِينَ وَفَضْلُ كَلَامِ اللَّهِ عَلَى سَائِرِ الْكَلَامِ كَفَضْلِ اللَّهِ عَلَى خَلْقِهِ   
قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ غَرِيبٌ

Diriwayatkan dari Abu Said Al-Khudri RA , dari Nabi SAW bahwa beliau bersabda : Allah SWT  berfirman, Siapa yang SIBUK membaca Quran dan berzikir kepada Aku, sehingga tidak sempat meminta kepada Aku maka akan Aku berikan sebaik-baik apa yang Aku berikan kepada orang yang meminta! Sedangkan keutamaan firman Allah di antara seluruh perkataan seperti keutamaan Allah atas seluruh ciptaan-Nya" (katanya Abu Isa hadis ini hukumnya hasan gharib)

وفي تحفة الأحوذي شرح الترمذي: قَوْلُهُ: مَنْ شَغَلَهُ الْقُرْآنُ عَنْ ذِكْرِي وَمَسْأَلَتِي أَعْطَيْتُهُ أَفْضَلَ مَا أُعْطِي السَّائِلِينَ ـ أَيْ مَنِ اشْتَغَلَ بِقِرَاءَةِ الْقُرْآنِ وَلَمْ يَفْرُغْ إِلَى ذِكْرٍ وَدُعَاءٍ أَعْطَى اللَّهُ مَقْصُودَهُ وَمُرَادَهُ أَكْثَرَ وَأَحْسَنَ مِمَّا يُعْطِي الَّذِينَ يَطْلُبُونَ حَوَائِجَهُمْ. انتهى.

Dalam Kitab Tuhfatuh Ahwazi, syarah kepada Jami' Tirmizi , "Siapa yang sibuk dengan bacaan quran dan tidak memenuhi untuk berzikir, berdoa, maka Allah memberi menunaikan kehendak dan permintaannya, lebih baik dan banyak dari apa yang Allah berikan kepada orang yang meminta daripada orang yang sekadar berdoa dan meminta (tanpa membaca Quran)."

Abu Hud Fhaiq Amrie al-Mi'mariy
Putrajaya 2019

Comments