Antara manfaat yang Allah beri kepada manusia, umur yang tua dan dipenuhi dengan amal-amal kebajikan yang banyak. Hidup manfaat dan tidak nyanyuk. Saya melihat dua manusia dalam hidup saya, umurnya tua tapi tidak pernah lekang dari membaca al-quran. Hampir setiap minggu khatam, bahkan punyai hafalan yang luar biasa. Saya mendengar sebuah riwayat yang dibacakan kepada guru kami Dr. Najm di USIM satu ketika dahulu dari kitab al-Umur WasSyaib karangan al-Imam Ibn Abid Dunya Rahimahullah,
عن الشعبي قال :
مَنْ قَرَأَ القُرْآنَ لَمْ يَخْرف . رواه ابن أبي الدنيا في العُمر والشيب . هـ
Terjemahan : Dari as-Sya'bi rahimahullah beliau berkata, "Siapa yang membaca al-quran, dia tidak akan nyanyuk."
Merujuk pada Kitab Tafsir At-Tabari,
من قرأ القرآن ، لم يُرَدَّ إلى أرذل العمر ، وذلك قوله تعالى ثُمَّ رَدَدْنَاهُ أَسْفَلَ سَافِلِينَ إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا. هـ
Terjemahan : Diriwayatkan bahawa Ibn Abbas RA (wafat 68 Hijrah) pernah berkata, "Barangsiapa yang membaca al-Quran tidak akan dikembalikan ke usia yang paling rendah (menjadi nyanyuk) ini kerana Allah berfirman;"Kemudian Kami kembalikan dia kepada serendah-rendah keadaan yang terendah..." (At-Tin:5) Kecuali orang yang beriman..(At-Tin:6)."
قال : إلا الذين قرءوا القرآن
Terjemahan : Berkata Ibn Abbas RA, "maksudnya kecuali orang yang membaca al-Quran. (Sumber : HR Al-Hakim dengan sanad yang sahih)
مَن جَمع القرآن لم يُرَدّ إلى أرذل العمر. هـ
Terjemahan : Ikhrimah rahimahullah menyebutkan hal yang sama dengan mengatakan, "Barangsiapa yang menghafal al-Quran tidak akan dikembalikan kepada usia yang terendah (maksudnya menjadi nyanyuk tidak tahu apa)."
Comments
Post a Comment