Alhamdulillah, segala puji bagi Allah
Berikut merupakan sebuah hadis yang aku telah hafal sanad dan teks hadis dari sebuah kitab iaitu Sahih Al-Bukhari yang berbunyi :-
No. 7563 Al-Imam Al-Bukhari telah meriwayatkan di dalam Sahih Al-Bukhari , Ahmad bin Iskab telah memberitahu kami, Muhammad bin Fudhail telah memberitahu kami, dari Umarah bin Qa'qa', dari Abi Zur'ah, Abu Hurairah r.a telah berkata, Nabi Sallallahu alaihi wasallam telah bersabda :
"Dua kalimah yang dicintai oleh Ar Rahman, ringan di lisan, berat di Mizan"
سُبْحَانَ الله وَبِحَمْدِهِ ، سُبْحَانَ الله الْعَظِيْمِ
Subhanallahi wabihamdihi, subhanallahil azim
Indahnya Sahih al-Bukhari disusun hadis pertama dari gurunya 'al-Humaidi' dan hadith akhirnya dari gurunya 'Ahmad'. Keduanya dari perkataan 'hamd' ( حمد ) iaitu pujian. Pujian untuk Allah SWT. Allah rahmati Imam kita, al-Imam al-Bukhari.
Amalan untuk membaca dua kalimah ini adalah amat digalakkan secara istiqamah. Kerana amalan yang istiqamah sangat disayangi Allah.
Galakan untuk berzikir dan seumpanya, kepada Allah.
Lebih menarik lagi, Al-Imam Al-Bukhari membuka dan menutup kitab sahihnya dengan hadis gharib. Hadis pertama tentang niat, tafarrud pada jalan Yahya bin Said al-Ansari. Hadis terakhir tentang tasbih, tafarrud pada jalan Muhammad bin Fudail.
a) Ahmad Bin Ishkab (ج)
Beliau merupakan Tabi'ul Atba' kalangan pertengahan. (Rujukan)
b) Muhammad bin Fudhail (ع)
Nama asalnya ialah Muhammad bin Fudhail bin Ghazwan. Dikalangan tabiin dan tidak pernah berjumpa dengan sahabat. (rujukan)
c) Umarah Ibn al-Qa'qa' (ع)
Nama asalnya
Umarah bin Al Qa'qa' bin Syubrumah (rujukan) dan dikalangan tabiin (tidak pernah jumpa sahabat).
d) Abu Zur'ah (ع)
Namanya yang sebenar ialah Abdur Rahman bin Shakhr. Merupakan seorang sahabat yang dalam kumpulan Kelompok yang paling banyak meriwayatkan hadis dari nasi Sallalahu alaihi wasallam.
a) Dalam Sahih Muslim :-
Info Perawi dalam Hadis Ini
a) Ahmad Bin Ishkab (ج)
Beliau merupakan Tabi'ul Atba' kalangan pertengahan. (Rujukan)
b) Muhammad bin Fudhail (ع)
Nama asalnya ialah Muhammad bin Fudhail bin Ghazwan. Dikalangan tabiin dan tidak pernah berjumpa dengan sahabat. (rujukan)
c) Umarah Ibn al-Qa'qa' (ع)
Nama asalnya
Umarah bin Al Qa'qa' bin Syubrumah (rujukan) dan dikalangan tabiin (tidak pernah jumpa sahabat).
d) Abu Zur'ah (ع)
Beliau merupakan tabiin dikalangan pertengahan. (Rujukan)
- Hadis ini diriwayatkan oleh guru al-Imam Al-Bukhari yang bernama Abu Abdullah Ahmad bin Ishkab al-Safar al-Kufi, anak murid kepada Muhammad bin Fadayl bin Ghazwan, juga seorang yang dihukum tsiqah oleh ulama hadis. Meninggal pada tahun 217 AH . (Sumber 1) (Sumber 2)
- Kemudian diriwayatkan pula oleh Muhammad bin Fudhail
- Kemudian diriwayatkan pula oleh Umarah bin Qa'qa'
- Kemudian diriwayatkan pula oleh Abu Zur'ah
Nama penuhnya Abu Zara' bin 'Amr bin Jarir bin Abdullah bin al-Bajali al-Khufi.
Tempat lahir : al-Kufa
Gurunya
: Datuknya, Abu Hurairah, Mu'awiya ibn Abu Sufyan, 'Abdullah bin 'Amr
bin al-'Aas, Thabit bin Qays al-Nakha'i, Kharsha bin al-Hurr al-Fazari, عبد الله بن يحيى الحضرمي, 'Umar ibn al-Khattab, Abu Zar al-Ghaffari
Anak muridnya : Ibrahim bin Jryr bin Abd, حفيداه جرير, يحيى ابنا أيوب بن أبي زرعة,
Jryr bin Zayd, Ibrahim al-Nakha'i, al-Harith bin Yazid al-'Akli, Talq
bin Mua'wiya al-Nakha'i, 'Abdullah bin Shabarma, 'Abdullah bin Yazid
al-Nkh'y, 'Amr bin 'Uthman bin 'Abdur Rahman, Yahya bin Sa'id bin Hiyan,
Yazid bin Hameed, Abu Tiyah, 'Urwa bin al-Harith, 'Amr bin Sa'id
al-Quraishi, علي بن مدرك سماه جريرا باسم أبيه, غلب عليه أبو زرعة رأي عليا, كان انقطاعه إلي أبي هريرة, سمع من جده أحاديث
Berkata Ibnu Hajar dalam Fathul Bari ketika mensyarahkan hadis berikut :
حَدَّثَنَا
مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ، قَالَ: حَدَّثَنَا عَبْدُ الوَاحِدِ بْنُ
زِيَادٍ، قَالَ: حَدَّثَنَا عُمَارَةُ بْنُ القَعْقَاعِ، قَالَ: حَدَّثَنَا
أَبُو زُرْعَةَ، قَالَ: حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ، قَالَ: كَانَ
رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسْكُتُ بَيْنَ
التَّكْبِيرِ وَبَيْنَ القِرَاءَةِ إِسْكَاتَةً - قَالَ أَحْسِبُهُ قَالَ:
هُنَيَّةً - فَقُلْتُ: بِأَبِي وَأُمِّي يَا رَسُولَ اللَّهِ، إِسْكَاتُكَ
بَيْنَ التَّكْبِيرِ وَالقِرَاءَةِ مَا تَقُولُ؟ قَالَ: " أَقُولُ:
اللَّهُمَّ بَاعِدْ بَيْنِي وَبَيْنَ خَطَايَايَ، كَمَا بَاعَدْتَ بَيْنَ
المَشْرِقِ وَالمَغْرِبِ، اللَّهُمَّ نَقِّنِي مِنَ الخَطَايَا كَمَا
يُنَقَّى الثَّوْبُ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، اللَّهُمَّ اغْسِلْ
خَطَايَايَ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالبَرَدِ "
قَوْلُهُ حَدَّثَنَا أَبُو زرْعَة هُوَ بن عَمْرِو بْنِ جَرِيرٍ الْبَجَلِيِّ
Ertinya :
Perkataannya : Telah menceritakan kepada kami Abu Zur'ah, iaitu Ibnu 'Amr Bin Jarir Al-Bajali
Ini adalah penerangan Ibnu Hajar ketika nama Abu Zur'ah ini pertama kali muncul dalam kitab syarahnya.
Rujukan : Biodata Abu Zur'ah islamweb
Rujukan : Biodata Abu Zur'ah muslimscholars
- Kemudian diriwayatkan pula oleh Abu Hurairah. Abu Hurairah diperselisihkan tentang namanya. (Rujuk)
Namanya yang sebenar ialah Abdur Rahman bin Shakhr. Merupakan seorang sahabat yang dalam kumpulan Kelompok yang paling banyak meriwayatkan hadis dari nasi Sallalahu alaihi wasallam.
Dalam nota kali ini pula, akan menerangkan sanad di dalam hadis-hadis lain yang bertemu dengan Muhammad Bin Fudhail
a) Dalam Sahih Muslim :-
حَدَّثَنِي أَحْمَدُ بْنُ إِشْكَابٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ الْقَعْقَاعِ عَنْ أَبِي زُرْعَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ـ: كَلِمَتَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ
Hadis ini juga terdapat dalam kitab Sahih Muslim. Hadis ini juga bertemu pada rawi yang bernama Muhammad Bin Fudail.
b) Dalam Jaami' at-Tirmizi :-
No. 3467, Kitab Doa, Kelebihan dalam bertasbih, bertakbir, bertahlil dan bertahlil,
باب ما جاء في فضل التسبيح والتكبير والتهليل والتحميد
حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ عِيسَى حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ الْقَعْقَاعِ عَنْ أَبِي زُرْعَةَ بْنِ عَمْرِو بْنِ جَرِيرٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَلِمَتَانِ خَفِيفَتَانِ عَلَى اللِّسَانِ ثَقِيلَتَانِ فِي الْمِيزَانِ حَبِيبَتَانِ إِلَى الرَّحْمَنِ سُبْحَانَ اللَّهِ وَبِحَمْدِهِ سُبْحَانَ اللَّهِ الْعَظِيمِ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ غَرِيبٌ
Berkata Abu Isa, "hadis ini hasan sahih gharib".
c) Al- Imam al-Daraqutni dalam kitabnya "al-Afrad wal -Gharaib" (Atrafuhu@Ibn Tahir al-Maqdisi - 2/343 (no:5549) cet.Darul Tadmuriyyah 2007) :-
قال الدارقطني : تفرد به عمارة بن القعقاع عن أبي زرعة
Terjemahan :-
"tafarrud "Umarah bin al-Qa'qa', daripada Abu Zur'ah" . Menunjukkan ada dua rawi sekali yang tafarrud dalam satu hadis."
Sebagai pencerahan, jika terdapat tafarrud maka dinilai hadis itu sebagai "gharib". Ini kerana tafarrud itu antara sekian banyak petunjuk bagi hadis yg dhaif.
Tetapi jika hadis tafarrud itu dinilai SAHIH oleh pakar hadis kurun ke-2H, ke-3H maka hadis itu telah menjadi hadis SAHIH GHARIB (ia dalam kategori hadis SAHIH).
Istilah SAHIH GHARIB atau HASAN SAHIH GHARIB ini banyak digunakan oleh al-Tirmidzi dalam kitabnya al-Sunan. Apatah lagi jika hadis tafarrud itu terdapat dalam Sahih al-Bukhari, maka ia hadis SAHIH GHARIB.
Kadang-kadang bukan dua rawi sahaja yang bertafarrud, bahkan kadang-kadang 3-4 rawi dalam satu sanad, tapi pada peringkat yang berbeza. kes ini sangat banyak dalam Mukjam Ausat Tabarani.
Abu Hud Fhaiq Amrie al Mi'maariy,
Putrajaya.
إنَّمَا العَالِمُ هو صالِحُ الخُلُقِ فقَلِيلُ العِلمِ جَلّ بِخُلُقِه
"Manusia yang berakhlak adalah manusia yang berilmu. Kalaupun dia 'kurang pandai', dia akan mulia kerana akhlaknya."
Comments
Post a Comment