Nama sebenar beliau adalah Abu Muhammad Sufyan bin Uyainah bin Maimun al-Hilali al-Kufi al-Makki. Beliau dilahirkan di Kuffah pada tahun 107 H.
Dalam Kitab Tahzib al-Kamal, al-Mizzi mengatakan, "Dia adalah orang yang buta mata sebelahnya."
Beliau mempelajari hadis sejak umurnya muda lagi (kanak-kanak iaitu sejak umur 12 tahun). Beliau wafat pada umur 91 tahun iaitu bersamaan 198 H, Sabtu 1 Rejab dan dikebumikan di Makkah selepas setahun menunaikan ibadah haji dan berdoa, "Ya Allah jadikanlah wuquf ini kehadiranku yag terakhir di tempat ini."
Sufyan cukup masyhur kerana sering melakukan tadlis dalam hadis, beliau merupakan seorang pencari sanad uluw (tinggi). Tetapi tadlis yang dilakukannya berasal dari orang yang terpercaya menurut pandangannya. Beliau merupakan seorang yang sering menjadi rujukan bagi ummat islam.
Tidak suka berfatwa
Ustaz Umar Muhammad Nor menukilkan dalam majalah al-Ustaz, halaman 90 dalam tajuk Jejak Fuqaha, bahawasanya :
al-Imam al-Syafie mengatakan, "Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih menguasai ilmu tetapi sangat takut berfatwa daripada Sufyan bin Uyainah."
Ali bin al-Madini bercerita , "Setiap kali ditanya persoalan, Sufyan selalu menjawab 'SAYA BUKAN PAKARNYA.'. Lalu kami berkata, 'Siapa yang harus kami tanya?'. Beliau menjawab, 'Tanyalah para ulama. Mintalah petunjuk Allah.' "
Antara gurunya
Ustaz Umar Muhammad Nor menukilkan dalam majalah al-Ustaz, halaman 90 dalam tajuk Jejak Fuqaha, bahawasanya :
al-Imam al-Syafie mengatakan, "Aku tidak pernah melihat seseorang yang lebih menguasai ilmu tetapi sangat takut berfatwa daripada Sufyan bin Uyainah."
Ali bin al-Madini bercerita , "Setiap kali ditanya persoalan, Sufyan selalu menjawab 'SAYA BUKAN PAKARNYA.'. Lalu kami berkata, 'Siapa yang harus kami tanya?'. Beliau menjawab, 'Tanyalah para ulama. Mintalah petunjuk Allah.' "
Antara gurunya
- Amr bin Dinar
- Ziyad bin Ilaqah
- Muhammad bin Syihab al-Zuhri
- Abu Ishaq
- al-Sabi'i
- Zaid bin Aslam
- Muhammad bin Idris al-Syafie
- Ahmad bin Hanbal (guru al-Bukhari)
- Abdullah bin Zubair al-Humaidi (guru al-Bukhari)
- Ali bin al-Madini (guru al-Bukhari)
- Muhammad bin Al Mutsanna (guru al-Bukhari)
- Abu Bakar Abdullah bin al-Zubair bin ‘Isa al-Humaidi (teman rapat al-Syafie dan juga anak murid al-Syafie, juga guru al-Bukhari)
- Hamam bin Yahya
- Zuhair bin Mua'wiyah
- Abu Ishaq Al Fazari
- Abdullah bin Al-Mubarak
- Yahya bin Said Al-Qathan (guru al-Bukhari)
- Said bin Manshur
- Yahya bin Ma'in (guru al-Bukhari)
- Abu bakar bin Abu Syaibah (Ibnu Abi Syaibah)
- Az Zubair bin Bikar
- Mis’ar bin Kidam
Antara kata-kata mutiara Sufyan bin Uyainah
Dari Ibrahim al-Jauhari mengatakan, aku mendengar Sufyan bin uyainah berkata "Orang yang berilmu yang benar-benar ahlinya, hanyalah orang yang mengamalkannya."
Dari Sufyan bin Uyainah dia mengatakan, "Ada yang mengatakan 'pergauilah orang-orang yang bijak, kerana bergaul dengan mereka itu keuntungan, menyertai mereka adalah keselamatan dan bersaudara dengan mereka adalah kemuliaan.' "
Semua hal di atas juga disebut dalam Kitab Hilyah al-Auliyah wa Thabaqat al-Ashfiya'.
Pujian ulama kepadanya
al-Imam al-Zahabi meriwayatkan dalam as-Siyar bahawa :-
- Abdurrahman bin Mahdi mengatakan bahawa, "Ibnu Uyainah adalah orang yang paling tahu tentang hadis Hijjaz."
- Juuga "Ini menunjukkan keluasan ilmu Sufyan bin Uyainah. Beliau menghimpunkan ahli ilmu Iraq dan ahli Hijjaz. Beliau juga berjumpa dengan ramai ulama yang tidak dijumpai oleh imam Malik."
al-Imam al-Zahabi meriwayatkan dalam as-Siyar bahawa ar-Rabi' bin Sulaiman mengtakan, al-Imam asy-Syafie berkata ;
"Kalau bukan kerana Malik dan Sufyan bin Uyainah, pastilah ilmu orang-orang Hijjaz telah lenyap."
"Aku belum pernah berjumpa dengan orang yang memiliki alat-alat keilmuan seperti yang dimiliki oleh Sufyan bin Uyainah. Dan aku tidak pernah berjumpa orang yang pakar memberikan fatwa selainnya, aku belum pernah berjumpa orang yang menafsirkan hadis selainnya."
"Terdapat lebih 500 hadis tentang masalah dasar hukum, semuanya ada pada Malik kecuali 30 hadis, dan itu semua ada pada Sufyan bin Uyainah kecuali 6 hadis."
Ali bin al-Madini mengatakan, "Tidak ada seorang pun dari kalangan sahabat az-Zuhri yang lebih gemar berinfak selain dari Sufyan bin Uyainah."
Yahya bin Ma'in mengatakan, "Dia adalah orang yang paling tsabat berkenaan riwayat Amr bin Dinar."
Abu Hatim ar-Razi mengatakan, "Sufyan bin Uyainah adalah imam, tsiqah PALING TAHU MENGENAI HADIS AMR BIN DINAR daripada Syu'bah."
Dia juga mengatakan, "Sahabat az-Zuhri yang paling hampir tsabat adalah Sufyan dan Malik."
Semua hal di atas juga disebut dalam Kitab Siyar A'lam an-Nubala.
Dalam Kitab Tahzib al-Kamal, Utsman bin Sa'id ad-Darimi mengatakan, "Aku bertanya kepada Yahya bin Ma'in, 'Ibnu Uyainah lebih engkau sukai berkenaan riwayat dari Amr bin Dinar atau ats-Tsauri?' Dia menjawab, 'Ibnu Uyainah lebih tahu tentang Amr bin Dinar.' Aku bertanya, 'Ibnu Uyainah lebih engkau sukai tentang riwayat Amr bin Dinar ataukah Hammad bin Sa'id?' Dia menjawab, 'Ibnu Uyainah lebih tahu tentang Amr bin Dinar.' "
Dalam Kitab Tahzib al-Kamal, Muhammad bin Ishaq mengatakan, "Dia adalah tsiqah, tsabat, banyak hadis, hujah, Meninggal pada usia 91."
Beliau sempat berjumpa dan belajar dengan Amr bin Dinas, az-Zuhri, Muhammad bin al-Munkadir, al-Masy, Sulaiman at-Taimi, Humaid ath-Thawil.
(سُفْيَانَانِ) = Sufyanan (Dua orang Sufyan)
Apabila di dalam kitab-kitab hadits menyebutkan "Sufyanan", maka ianya merujuk kepada:
Imam Ibn Hajar al-Asqalani membezakan Sufyan al-Tsauri pd tobaqat ketujuh manakala Sufyan bin Uyainah dalam tobaqat pertengahan daripada tabi' tabiin (tobaqat kelapan) berdasarkan kepada kitabnya, Taqrib al-Tahzib.
Imam Ibn Hajar al-Asqalani membezakan Sufyan al-Tsauri pd tobaqat ketujuh manakala Sufyan bin Uyainah dalam tobaqat pertengahan daripada tabi' tabiin (tobaqat kelapan) berdasarkan kepada kitabnya, Taqrib al-Tahzib.
1- Abu Abdullah Sufyan bin Sa'id bin Masruq al-Tsauri al-Kufi. Dilahirkan pada tahun 97 H dan meninggal dunia pada tahun 161 H. Beliau merupakan seorang yang Tsiqah Hafiz Faqih 'Abid Imam Hujjah. Beliau kadang-kadang melakukan tadlis, tetapi melalui perawi-perawi yang Tsiqah.
2- Abu Muhammad Sufyan ibn Uyainah bin Abi 'Imran Maimun al-Hilali al-Kufi al-Makki. Dilahirkan pada tahun 107 H dan meninggal dunia pada tahun 198 H. Beliau merupakan seorang yang Tsiqah Hafiz Faqih Imam Hujjah. Namun hafalan beliau bercelaru pada akhir usia beliau. Beliau kadang-kadang melakukan tadlis, tetapi melalui perawi-perawi yang Tsiqah. Beliau adalah orang yang paling tsabit (Atsbat al-Nas) meriwayatkan daripada Amru Bin Dinar.Ahli Hijjaz yang buta sebelah mata dan sezaman dengan Az-Zuhri.
Nasihat Sufyan bin Uyainah
Diceritakan dalam Tahdzibul Kamal fi Asma-i ar Rijal bahawa.
Yahya bin Yahya an Naisaburi menceritakan: Suatu hari, ada seorang lelaki mendatangi Sufyan dengan berkata : "Wahai , Aba Muhammad (yang dimaksud adalah Sufyan). Aku ingin mengadukan kepadamu tentang keadaan istriku. Aku menjadi lelaki yang paling hina dan rendah dimatanya."
Maka Sufyan menggeleng-gelengkan kepala hairan, dan kemudian berkata : "Mungkin, keadaan itu muncul kerana engkau menikahinya untuk meraih kehormatan?"
Lelaki itu pun mengakuinya: "Ya, betul wahai Abu Muhammad."
Sufyan lalu berpesan: "Barang siapa pergi karena mencari kehormatan, nescaya akan diuji dengan kehinaan. Barangsiapa mengerjakan sesuatu lantaran dorongan harta, niscaya akan diuji dengan kefakiran. Barang siapa bergerak karena dorongan din, nescaya Allah akan menghimpun kehormatan dan harta bersama agamanya. "
Hubungan Sufyan bin Uyainah dengan Imam Muhammad bin Idris al-Syafie
Hubungan Sufyan bin Uyainah dengan Imam Muhammad bin Idris al-Syafie
( ........dalam proses pembacaan Kitab Risalah dan Musnad Syafie........ )
Hubungan Sufyan bin Uyainah dengan al-Humaidi
Dalam laman web Darulkautsar.net :
Al-Humaidi banyak meriwayatkan daripada Sufyan bin Uyainah sehingga dianggap perawi utama dan murid Sufyan bin Uyainah yang paling diakui.
Beliau juga merupakan teman rapat al-Syafie dan juga anak murid al-Syafie
Al-Zahabi menukilkan bahawa al-Humaidi berkata: "Saya mendampingi Ibn ‘Uyainah selama 19 tahun atau lebih kurang itu. Beliau merupakan ketua kepada murid-murid Sufyan bin Uyainah. Beliau merupakan seorang yang thiqah dan imam.' (Kitab as-Siyar)
Abu Hatim berkata: “Orang yang paling teguh dalam riwayat daripada Sufyan bin Uyainah ialah al-Humaydi. (Kitab al-Jarh Wa al-Ta’dil, jil. 5, hal. 57)
Muhammad bin Sahl al-Quhustani berkata, al-Rabi’ bin Sulaiman menceritakan kepada kami katanya, saya mendengar al-Sayfi’i berkata: “Tidak pernah saya melihat orang yang lebih kuat ingatan daripada al-Humaidi. Beliau menghafaz sepuluh ribu hadis daripada Sufyan bin Uyainah." (Kitab as-Siyar)
Antara pandangan ulama tentang sanad ulluw (tinggi)
i. Yahya bin Ma'in berkata,
أَنَا أَبُو الْقَاسِمِ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ سُلَيْمَانَ الْمُؤَدِّبُ ، بِأَصْبَهَانَ ، أَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ الْمُقْرِئُ ، نَا الْحَسَنُ بْنُ حَبِيبٍ الدِّمَشْقِيُّ ، إِمَامُ بَابِ الْجَابِيَةِ ، نَا عَلانُ بْنُ الْمُغِيرَةِ ، قَالَ : سَمِعْتُ يَحْيَى بْنَ مَعِينٍ ، يَقُولُ : الْحَدِيثُ بِنُزُولٍ كَالْقُرْحَةِ فِي الْوَجْهِ
Terjemahan : "Hadith yang padanya Nuzul (isnad yang panjang) umpama ulser di wajah."
ii. Ahmad bin Hanbal ditanya mengenai lelaki yang mencari isnad yang tinggi, dia menjawab,
حُدِّثْتُ عَنْ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ جَعْفَرٍ الْحَنْبَلِيِّ ، قَالَ : أَنا أَبُو بَكْرٍ أَحْمَدُ مُحَمَّدُ بْنُ هَارُونَ الْخَلالُ ، نَا حَرْبُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ الْكِرْمَانِيُّ ، قَالَ : سُئِلَ أَحْمَدُ عَنِ الرَّجُلِ يَطْلُبُ الإِسْنَادَ الْعَالِيَ ، قَالَ : طَلَبُ الإِسْنَادِ الْعَالِي سُنَّةٌ عَمَّنْ سَلَفَ ، لأَنَّ أَصْحَابَ عَبْدِ اللَّهِ كَانُوا يَرْحَلُونَ مِنَ الْكُوفَةِ إِلَى الْمَدِينَةِ فَيَتَعَلَّمُونَ مِنْ عُمَرَ وَيَسْمَعُونَ مِنْهُ
Terjemahan : "Mencari isnad yang tinggi itu Sunnah daripada mereka yang terdahulu, kerana rakan-rakan Abdullah (bin Umar) melakukan rehlah dari Kufah ke Madinah lalu mereka belajar dari Umar sendiri dan mendengar daripadanya."
iii) Ali bin al-Madini berkata,
Terjemahan : "Nuzul (isnad yang panjang) itu suatu kecelakaan."
حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي الْفَتْحِ ، قَالَ : سَمِعْتُ أَبَا سَعْدٍ الإِدْرِيسِيَّ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ أَبَا أَحْمَدَ بْنَ عَدِيٍّ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ بَكْرَ بْنَ مُحَمَّدٍ الْكَاتِبَ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ إِسْمَاعِيلَ بْنَ إِسْحَاقَ ، يَقُولُ : سَمِعْتُ عَلِيَّ بْنَ الْمَدِينِيَّ ، يَقُولُ : النُّزُولُ شُؤْمٌ
Terjemahan : "Nuzul (isnad yang panjang) itu suatu kecelakaan."
iv) Yahya bin Ma'in berkata,
Terjemahan : "Hadith yang padanya Nuzul (isnad yang panjang) daripada seorang perawi yang kuat lebih baik daripada hadith yang padanya 'Uluw (isnad yang pendek) tetapi daripada perawi yang tidak kuat."
[3] Antara sanad yang ada pada Sufyan Bin Uyainah dalam Kitab Illat, Jaami at-Tirmidzi.
قال علي: قلت ليحيى: أيهما كان أحفظ للاحاديث الطوال: سفيان، أو شعبة؟ قال: كان شعبة أمر فيها
قال محمد بن بشار وترك عبد الرحمن بن مهدي حديث جابر الجعفي وقد احتج بعض أهل العلم بالمرسل أيضا
أَنَا أَحْمَدُ بْنُ أَبِي جَعْفَرٍ الْقُطَيعيُّ ، نَا عَلِيُّ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَسَنِ الْهَمَذَانِيُّ ، بِمَكَّةَ ، نَا أَبُو بَكْرٍ أَحْمَدُ بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ خَلَفٍ الْعُصْفُرِيُّ ، نَا أَبُو الْحَسَنِ مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ زُفَرَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ النَّاقِدُ ، عَنْ يَحْيَى بْنِ مَعِينٍ ، قَالَ : الْحَدِيثُ النُّزُولُ عَنْ ثَبْتٍ خَيْرٌ مِنْ عُلُوٍّ عَنْ غَيْرِ ذِي ثَبْتٍ
Terjemahan : "Hadith yang padanya Nuzul (isnad yang panjang) daripada seorang perawi yang kuat lebih baik daripada hadith yang padanya 'Uluw (isnad yang pendek) tetapi daripada perawi yang tidak kuat."
[3] Antara sanad yang ada pada Sufyan Bin Uyainah dalam Kitab Illat, Jaami at-Tirmidzi.
حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بِنْ إِسْمَاعِيْلَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الله بِنْ أَبِي الْأَسْوَدِ حَدَّثَنَا ابْنُ مَهْدِيٍّ قَالَ سَمِعْتُ سُفْيَانَ يَقُوْلُ شُعْبَةُ أَمِيْرُ الْمُؤْمِنِيْنَ فِي الْحَدِيْثِ
- Terjemahan : Muhammad Bin Ismail menyampaikan kepada kami dari Abdullah bin Abu al-Aswad, dari Ibnu Mahdi yang mengatakan, aku mengatakan Sufyan berkata, "Syu'bah adalah Amirul Mukminin dalam bidang hadis."
حدثنا أبو بكر، عن علي بن عبد الله قال: سمعت يحيى بن سعيد يقول: ليس أحد أحب إلي من شعبة، ولا يعدله أحد عندي، وإذا خالفه سفيان، أخذت بقول سفيان
قال علي: قلت ليحيى: أيهما كان أحفظ للاحاديث الطوال: سفيان، أو شعبة؟ قال: كان شعبة أمر فيها
قال يحيى بن سعيد: وكان شعبة أعلم بالرجال فلان عن فلان، وكان سفيان صاحب أبواب
- Abu Bakar menyampaikan kepada kami dari Ali bin Abdullah yang mengatakan aku mendengar Yahya bin Said berkata, "Tidak ada seorang pun yang lebih kucintai daripada Syu'bah dan bagiku tidak ada seorang pun yang menyamainya. Namun demikian, jika riwayat Sufyan berbeza dengan riwayat Syu'bah, aku akan mengambil riwayat Sufyan."
- Ali (al-Madini) berkata, "aku bertanya kepada Yahya, 'Siapakah diantara keduanya lebih hafal hadis-hadis yang panjang, Sufyan atau Syu'bah?' Dia menjawab , 'Syu'bah lebih unggul dalam masalah itu."
- Yahya bin Said melanjutkan, "Syu'bah lebih mengetahui para perawi iaitu fulan dari fulan, sedangkan Sufyan kaya dengan matan hadis."
حدثنا سعيد بن عبد الرحمن المخزومي ثنا سفيان بن عيينة عن عمرو ابن دينار قال : ما رأيت أحداً أنص للحديث من الزهري
- Sa'id bin Abdurrahman al-Makhzumi menyampaikan kepada kami dari Sufyan bin Uyainah bahawa Amr bin Dinar berkata, "Aku tidak pernah melihat orang yang lebih tinggi sanad hadisnya daripada az-Zuhri." Jaami' at-Tirmidzi, Kitab Illat .
أخبرنا إبراهيم بن سعيد الجوهري ثنا سفيان بن عيينة قال قال أيوب السختياني : ما علمت أحداً كان أعلم بحديث أهل المدينة بعد الزهري من يحيى بن أبي كثي
- Ibrahim bin Sa'id al-Jauhari menyampaikan kepada kami dari Sufyan bin Uyainah bahawa Ayub as-Sakhtiyani berkata, "Aku tidak mengenal seorang yang lebih mengetahui hadis riwayat para ulama Madinah setelah az-Zuhri, dibanding Yahya bin Abu Kathir."
سمعت محمد بن بشار يقول سمعت عبد الرحمن بن مهدي يقول ألا تعجبو من سفيان بن عيينه لقد تركت لجابر الجعفي بقوله لما حكى عنه 'اكثر من ألف حديث ثم هو يحديث عنه
قال محمد بن بشار وترك عبد الرحمن بن مهدي حديث جابر الجعفي وقد احتج بعض أهل العلم بالمرسل أيضا
- Abu Isa berkata, "Aku mendengar dari Muhammad bin Basyar (Bundar) yang mengatakan, aku mendengar Abdurrahman bin Mahdi berkata, "Apakah kelian tidak hairan dengan Sufyan bin Uyainah. Aku telah meninggalkan riwayat Jabir al-Ju'fi (kerana dia menceritakan kelemahan Jabir al-Ju'fi) lebih daripada seribu hadis. Setelah itu, Sufyan meriwayatkan darinya." Jaami' at-Tirmidzi, Kitab Illat .
- Muhammad bin basyar berkata, "Abdurrahman bin Mahdi meninggalkan hadis Jabir al-Ju'fi. Terlepas dari semua itu, sebahagian ulama ada pula yang berhujah dengan hadis mursal." Jaami' at-Tirmidzi, Kitab Illat .
عيينة كان نعد سهيل بن صالح ثبتا في الحديث
حدثنا ابن أبي عمر قال قال سفيان بن عيينة . كان محمد بن عحلان ثقه مأمونا في الحديث
- al-Hasan bin Ali al-Hulwani menyampaikan kepada kami dari Ali bin al-Madini bahawa Sufyan bin Uyainah berkata, "Kami menganggap Suhail bin Abu Salih kuat dalam masalah hadis." Jaami' at-Tirmidzi, Kitab Illat.
- Ibnu Abu Umar menyampaikan kepada kami bahawa Sufya bin Uyainah berkata, "Muhammad bin Ajlan tsiqah dan terpercaya dalam masalah hadis." Jaami' at-Tirmidzi, Kitab Illat.
Abu Hud Fhaiq Amrie al Mi'maariy,
Putrajaya
Comments
Post a Comment