بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ
Alhamdulillah, sekali lagi saya berkesempatan untuk menulis berkenaan ilmu agama ini. Demikian Sabda nabi Muhammad SAW, “Setiap perkataan atau perkara penting yang tidak dimulakan dengan menyebut nama Allah, maka terputuslah berkahnya.” (Sumber : Musnad Ahmad). Oleh itu dengan kesempatan ini saya ingin berkongsi tentang penggunaan bismillah dan penggunaanya dalam kehidupan seharian.
1) Bismillah adalah ayat yang tidak lengkap, kerja kita melengkapnya
Ayat bismillah sering kita gunakan dalam permulaan amalan seharian, sama ada secara umum mahupun ibadah yang khusus. Namun tahukah anda, ayat bismillah merupakan sebuah ayat yang tidak lengkap? Sebuah ayat bermula dengan kata nama, dibahagikan kepada dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Barulah sesebuah ayat itu dikatakan lengkap.
Ayat bismillah sering kita gunakan dalam permulaan amalan seharian, sama ada secara umum mahupun ibadah yang khusus. Namun tahukah anda, ayat bismillah merupakan sebuah ayat yang tidak lengkap? Sebuah ayat bermula dengan kata nama, dibahagikan kepada dua bahagian iaitu subjek dan predikat. Barulah sesebuah ayat itu dikatakan lengkap.
Untuk makluman, terjemahan bismillah adalah "dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang". Ini antara contoh terjemahan yang kita selalu jumpa. Sebenarnya, tiada bahasa di dalam dunia ini mampu menterjemahkan bahasa arab dengan baik. Melainkan bahasa arab itu perlu difahami dan dipelajari dengan konteks bahasa arab sendiri. Al-Imam at-Tobari RAH menyebut dalam tafsirnya ketika menta'wil kalimah bismillah,
قال أبو جعفر :
وهذا الذي قلنا في تأويل ذلك ، هو معنى قول ابن عباس الذي : -
حدثنا به أبو كريب ، قال : حدثنا عثمان بن سعيد ، قال : حدثنا بشر بن عمارة ، قال : حدثنا أبو روق ، عن الضحاك ، عن عبد الله بن عباس ، قال : إن أول ما نزل به جبريل على محمد ، قال : "يا محمد ، قل : أستعيذ بالسميع العليم من الشيطان الرجيم " ثم قال : "قل بسم الله الرحمن الرحيم " .
قال : قال له جبريل : قل بسم الله يا محمد ، يقول : اقرأ بذكر الله ربك ، وقم واقعد بذكر الله .
Terjemahan :
Dan inilah yang telah kami sebutkan dalam menta'wil perkara tersebut, ia adalah makna dari pendapat Ibn Abbas radiyallahuanhu (rujuk matan untuk sanad penuh), Sesungguhnya yang terawal disampaikan oleh Jibril alaihissalam kepada Nabi Muhammad ﷺ adalah , "Wahai Muhammad sebutlah Aku memohon perlindungan dengan Yang Maha Mendengar Lagi Maha Mengetahui, daripada syaitan yang direjam", kemudian Jibril berkata kepada baginda, "Sebutlah Bismillahirrahmanirrahim".
Kata Ibn Abbas radiyallahuanhu, Jibril berkata kepadanya (Nabi Muhammad ﷺ ), "Sebutlah Bismillah wahai Muhammad (ﷺ ), kemudian dia berkata lagi, "Bacalah dengan menyebut Allah; tuhanmu. Serta hendaklah kau berdiri dan duduk dengan menyebut nama Allah."
Jadi ini merupakan ta'wilan al-Imam At-Tabari ketika memberi maksud Bismillah itu harus disertai dengan niat atau kelakuan kita.
2) Maksud Bismillah
وإنما معنى قوله "باسم الله " : أبدأ بتسمية الله وذكره قبل كل شيء ، [ ص: 116 ] أو أقرأ بتسميتي الله ، أو أقوم وأقعد بتسميتي الله وذكره - لا أنه يعني بقيله "بسم الله " : أقوم بالله ، أو أقرأ بالله ، فيكون قول القائل : أقرأ بالله ، أو أقوم أو أقعد بالله - أولى بوجه الصواب في ذلك من قوله "بسم الله " . هـ
Terjemahan :
Sesungguhnya makna Bismillah adalah : Aku memulakan denagn sebutan nama Allah dan mengingatinya sebelum segala sesuatu. atau Aku membaca dengan sebutan aku akan nama Allah, atau aku bangun atau aku duduk dengan sebutan nama Allah dan mengingatinya. BUKANLAH aku bermaksud dengan kata-kata Bismillah itu dengan makna Aku bangun dengan izin Allah, atau aku membaca dengan izin Allah. Namun, bila seseorang mengatakan Aku bangun/duduk dengan izin Allah, maka itu lebih tepat berbanding dengan menyebut Bismillah.
3) Zikir harian yang dimulakan dengan Bsimillah
Terdapat empat (4) zikir yang saya kenalpasti mempunyai kalimah bismillah dalam ayatnya, iaitu
i. Doa sebelum menyuapkan makanan ke mulut
بِسْمِ اللهِ
ii. Zikir pagi petang, Riwayat Aban bin Uthman Bin Affan
بِسْمِ اللهِ الَّذِي لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْـمِهِ شَيْءٌ فِـي الأَرْضِ وَلاَ فِي السَّـمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ العَلِيمُ
iii. Doa keluar rumah
بِسْمِ اللَّهِ وَلَجْنَا وَبِسْمِ اللَّهِ خَرَجْنَا وَعَلَى اللَّهِ رَبِّنَا تَوَكَّلْنَا
iv. Doa masuk rumah
بِسْمِ اللَّهِ تَوَكَّلْتُ عَلَى اللَّهِ، لَا حَوْلَ وَلَا قُوَّةَ إِلَّا بِاللَّهِ
Abu Hud Fhaiq al-Mi'mariy,
Putrajaya 2019
Putrajaya 2019
Comments
Post a Comment